Assalamualaikum.....lama rasanya tak corat coret di blog ini. hari ini da mula dah study week tapi hakikatnya aku belum mula study lagi. sibuk menyiapkan 'research methodology' yang di'reject' oleh seorang lecturer yang tidak pernah memikirkan perit getir seorang pelajar. kalau tanya kawan-kawan aku dari group INTECHMA, msti mereke semua sedang keluh kesah memikirkan perjalanan jadual belajar untuk study week ni. mana taknya, jadual peperiksaan yang dikeluarkan oleh Universiti Malaysia Pahang tercinta ini sangat sistematik. 3 hari berturut-turut ada exam, jadi memang aku akan kembali ke zaman SPM dulu. jangan result aku macam SPM dah la. mintak-mintak dijauhkan.
Entry aku hari ini adalah kisah mengenai 'datang dan pergi'
setiap yang mula akan ada akhirnya
setiap yang hidup akan kembali ke penciptaNya
maksudnya tiada apa yang akan kekal abadi kecuali Dia
sudah dua malam aku berada di bilik 24 jam perpustakaan atas alasan ingin menyiapkan assignment. setiap hari aku balik ketika subuh menjelang dan pagi tadi setelah aku berada di bilik dan usai sahaja solat subuh, aku naik ke katil (double decker) kerana mata aku pinta untuk direhatkan sebentar. berada sahaja di atas katil, aku seperti biasa mencari bantal dan selimut aku untuk meneruskan pelayaran tetapi malangnya selimut aku tak ada di atas katil aku. terus, aku melihat di bawah katil (katil bawah double decker) dan selimut itu di kaki romate ku. alamak, macam mana aku nak ambil ni??? aku biarkan niat aku sebab aku tahu mesti dia pun baru tidur akibat assignment itu. tiba-tiba telefon romate aku tu berbunyi sekali. perkara biasa. berbunyi dua kali dan romate aku yang tak tidur lagi pun pergi tengok siapa yang telefon. dan dari perkara biasa yang menjadi luar biasa adalah paggilan itu dari keluarganya. aku yang masih belum tidur pun, dengan mata yang memberontak ingin direhatkan terus melihat romate aku yang sedang menjawab panggilan itu.... "abang aku dah tak ada, meninggal"......................inalillahiwainnallilahirojiun................. hati aku tersentak. subhanallah, mata aku segar. sebab itu mengingatkan aku bahawa yang hidup pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini. Dia mengambil nyawa tanpa mengira tempat, sakit, jantina mahipun umur. terlalu singkat hidup ini sehingga kita kembali ke sana.
Ainaa, sabar ya. aku tahu kau kuat. kau tabah menghadapi dugaan ini. walaupun aku tak luahkan kata-kata ini ketika itu tapi dalam hati aku menyatakannya. kita sama-sama doakan arwah supaya berada dalam golongan orang-orang yang soleh. insya'allah. al-fatihah. aku risau. hari ini mulanya study week tapi ainaa dah pulang ke rumah. aku harap dia kuat untuk meneruskan final exam ini. apa pun yang terjadi, yang masih berjalan di bumi Allah ini harus meneruskan hidup. yang pergi, tak akan kembali. yang hidup, harus terus hidup.
Bissmilahirahmanirahim....Ya Allah, begitu hebat dugaan yang Engkau uji kepada hambamu ini. aku tahu yang Engkau akan memberi dugaan kepada orang-orang yang mampu tetapi sungguh berat ujian ini kepada hambamu ya Rahman. semoga engkau menambahkan iman di dalam diri kami semua. amin.
buat renungan bersama-sama......
setiap insan pati akan merasakan saat perpisahan yang terakhir.
dunia fana ini akan ditinggalkan dan hanya amalan sahaja yang akan dibawa....
terdengar sayup surah yassin dibaca, sayu alunan suara orang yang tersayang,
cemas di dada lemah tidak bermaya kerana terbuka hijap di depan mata....
selamat tinggal kepada semua, kita akan berpisah selama-lamaya,
kita tidak sama nasib di sana....baik atau sebaliknya....hanya Allah yang tahu.....
ketika itu, hanya amalan dan taqwa menjadi bekalan....
sekujur tubuh berselimut putih....
rebah bersemadi sendirian
mengharapkan kasih anak-anak soleh solehah dan isteri yang taat
apakah mungkin pahala dikirim........
terbaring sempit seluas pusara, soal bicara di sana terus bermula
ketika ini, sesal dan insaf tidak berguna lagi, maka hancurlah jasad dimamah bumi.....
kini,
berpisah sudah segala-galanya
yang tinggal hanyalah kenangan ketika hidup
diiringin doa dan air mata kesedihan
YANG PERGI TAK AKAN KEMBALI
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...andai itu ketentuanNya, maka redhailah ia..ternyata Allah lebih menyayangi arwah...diringankan kepayahan menghadapi kesakitan didunia...malah lebih awal bertemu dengan Maha Pencipta..
ReplyDeletekepada kita yang masih hidup ini, usahla takut dengan mati...kerana setiap yang hidup pasti akan mati jua akhirnya...yang berbeza adalah waktu dan ketika...sediakanlah diri kita pada setiap masa untuk menghadapi saat itu...laluilah hari ini seperti ini adalah hari terakhir kita didunia ini....semoga dengan berita ini akan meningkatkan keimanan dalam diri kita...semoga sahabatku tabah menghadapi dugaan yang menimpa...setiap ujian diturunkan supaya hambaNya akan lebih mengingatiNya dan lebih tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang.
betul tu adeeba....semoga kita semua akan sentiasa beringat dan saling mengingati. insya'Allah
ReplyDeletegood luck exam nnt! :)
ReplyDeleteAL-FATIHAH buat arwah.........
ReplyDeleteandai ku tahu..kapan tiba ajal ku..
andai ku tahu..kapan tiba saat ku...
syafiqah: ok..thanks ok...doakan kejayaan kita bersama.......
ReplyDeleteshahanaz: terima kasih...... suka kan ko dengan lagu tu....