assalamualaikum dan salam ceria buat semua
tajuk entry berkenaan dugaan tapi aku masih boleh tersenyum. bukan bermaksud aku cuba untuk memperlekehkan dugaan dan masalah yang datang tapi aku cuba untuk menjadi kuat supaya aku tidak akan lemah seperti dulu. siapa kata aku tak pernah jatuh? siapa kata aku tak pernah tersungkur? cuma di kala itu, hanya hati aku yang merasakannya dan aku cuba untuk bertahan untuk meneruskan perjuangan aku di samping kawan-kawan dan keluarga. semua yang berlaku ada hikmahnya, dan sepatutnya kita belajar dari kesilapan tapi sebagai manusia biasa, kita semua tak lari dari mengulangi apa yang telah berlaku kerana itu semua tanpa sedar.
ntah apa lah aku membebel ni kan...hanya buat renungan untuk aku supaya ini tidak akan terjadi lagi kepada aku dan kawan-kawan semua. tatkala semua orang sibuk menyiapkan projek akhir tahun ini, ada juga hati yang terluka, ada juga hati yang berdarah kembali. luka yang lama, jika di toreh, akan kembali koyak dan semakin teruk. cewah! buakan main puitis lagi ayat aku, macam baru baca novel je. hahahaha......
sebenarnya aku nak cerita dugaan berkawan ni. bukan mudah untuk berkawan kerana setiap orang ada ragamnya, yang penting jangan pentingkan diri sendiri. dugaan berkawan.... kan mudah kalau kita semua serupa, sekurang-kurangnya jika terluka, kita sama-sama terluka. hahahaha...pelik la pula kalau semua orang sama kan. kawan, jangan pentingkan hati sendiri. jangan ego dengan pendirian sendiri jika ingin disenangi oleh kawan-kawan. kawan ni orang yang paling rapat dengan kita jika kita berjauhan dengan keluarga tapi jika perasaan pentingkan diri sendiri itu wujud tanpa rasa tolak ansur, akhirnya kita yang akan terluka.
ini semester akhir aku di sini, sebab semester depan aku dah praktikal. comfirm lah aku nak balik negeri bersejarah tu, tak sanggup aku nak duduk di bumi pahang ni lagi. dari semester 1 sehinggalah semester 7, terlalu banyak kenangan bersama kawan-kawan. suka duka, pahit manis dan akhirnya siapa yang dapat bertahan dengan aku adalah kawan aku. aku serik dengan kawan yang mengkhianati aku tapi itu tidak bermakna aku tidak mahu menambah kawan. aku cuma perlu berhati-hati kerana aku betul-betul ikhlas jika berkawan. aku takut suatu hari nanti keikhlasan aku juga semakin pudar buat kawan2 aku tapi aku harus sedar yang aku tidak boleh menghukum orang lain atas kesalahan orang lain.
kawan,
kita berjumpa kerana takdir
kita berkawan kerana kasih dan sayang
kita bersama kerana persefahaman
kita bergaduh kerana satu ikatan
tanpaNYA tak mungkin sekarang ini terjadinya satu jalinan
satu rahsia hati yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa
yang memahami erti persahabatan
kawan,
aku tidak mencari kawan yang sempurna serba serbi
aku tidak pernah menetapkan sifat-sifat untuk menjadi kawan
cukuplah sekadar yang memahami
yang menghormati antara satu sama lain
kawan,
kadang kala ada juga aku menyakiti hati mu
kata-kata aku membuat hatimu terasa
gurauan aku membuat kau terluka
tapi percayalah wahai kawan
yang aku tak bermaksud buat kau sakit
aku juga manusia biasa yang alpa dan lupa untuk menjaga bicara aku
tiap patah yang keluar tidak bermakna aku tujukan buat kau
kawan,
dulu, kini dan selamanya
insan yang pernah bergelar kawan kepada aku
insan yang sedang menjadi kawan kepada aku
dan juga insan yang akan menjadi kawan kepada aku
aku dengan hina
menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf
atas semua salah dan silap selama ini
dari jauh aku memohon doa dari Allah
Yang Maha Mendengar
Yang Maha Mengetahui apa segala yang terjadi
supaya insan yang bergelar kawan ini akan berjaya di dunia dan akhirat
supaya bahagia dan gembira menjalani kehidupan yang penuh liku-liku
amin..amin... Ya Rabbal'allamin
itulah dugaan berkawan. hehehe.... bukan mudah untuk bertemu dengan kawan yang ada bersama kita susah dan senang. mungkin kita tidak nampak bahawa yang kawan kita bersusah payah kerana kita. mungkin kawan itu tidak tunjuk keprihatinannya tapi tidak bermaksud dia tidak ambil peduli. mungkin...mungkin dan mungkin....terlalu banyak kemungkinan dalam hidup ini sehingga kita sendiri keliru dengan hidup kita dan akhirnya kita tidak tahu apa yang kita inginkan.
ok lah, aku nak sambung kerja yang patut aku buat. ceh, bukan sambung, sebenarnya baru nak mula pun. hahahaha.... ok la...bye2

No comments:
Post a Comment