Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Saturday, May 14, 2011

cuti vs. kerja

Assalamualaikum....... alhamdulillah. sempat juga aku update entry aku hari ini. setiap hari aku mengharapkan aku dapat update entry aku pada waktu cuti kali ni tapi aku tak berdaya. buat pengetahuan semua aku sudah pun diterima bekerja di sebuah restoran yang tak semua orang tahu kewujudannya. menyajikan makanan jawa indonesia, aku kadang-kadang kekok juga. yelah, jarang aku jumpa masakan-masakan jawa ni. tapi masakan ni dah di 'upgrade' lah kan. tak kan lah kat restoran nak masak macam masak kat rumah, lari semua customer. 

            sebenarnya, aku minta 3 kerja iaitu, kedai baju baby, kedai game dan juga restoran. gaji boleh lah tapi yang paling banyak kat restoran tu lah. hah, jangan nak cakap aku mata duitan tapi cuba pikir, dah alang-alang kerja, dah alang-alang penat, baik aku kerja bermati-matian sambil mencari duit yang banyak. hahahaha. betul la kan? sebanarnya, antara ketiga-tiga tempat ni, yang paling awal call dan paggil aku bekerja ialah restoran tu lah. kedai baju baby tu lambat 3 hari. siapa suruh kan. rugi betul bos tu sebab kehilangan seorang yang berkaliber macam aku. hahaha...(perasan sendiri) yang kedai game tu lagi teruk, langsung tak call aku. mungkin bos dia ingat aku ni tak pandai kot mengenai game-game. teruk betul bos yang berfikiran macam tu. ish3. lagi pun aku kerja dekat je dengan tempat tu semua. jalan kaki pergi kerja. makan minum ditanggung. jimat kos. hahahaha......

          sekarang moh aku cerita apa ruti aku setelah bekerja sebagai promoter, waitress, dan tukang kemas. banyak kan kerja aku? gilir-gilir lah dengan pekerja lain. hahahaha. memang lah penat tapi demi $$$ aku buat juga. orang-orang  yang kerja kat situ semuanya macam peramah tapi aku still tak biasa. aku punya lah paggil semua orang akak padahal ramai yang lagi muda dari aku. hahahaha. klakar la pula kan. macam-macam ragam manusia yang aku jumpa. berdepan dengan orang buat aku yangg pemalu ni jadi lebih berani untuk bercakap.  cewah.... ada banyak lagi aku nak cerita tapi nanti-nanti  lah aku update k. tunggu kan episode yang akan datang. 

sebelum berakhir, nak tahu tak aku kerja kat restoran mana????

AYAM PENYET


 
pernah dengar tak ayam penyet????

sedap tau..tiap-tiap hari aku makan ayam ni.....
rasa-rasa gemok tak aku nanti???



jemput lah singgah untuk merasa keenakkan ayam penyet yer


Monday, May 9, 2011

nak kerja!!! tolong bagi cadangan!!!

Assalamualaikum kawan-kawan. belum sampai seminggu di rumah, aku dah rasa bosan dah ni. macam mana nak duk 4 bulan di rumah tanpa buat apa-apa. nak tolong mak dan ayah, sampai dah tak ada kerja nak ditolongnya. nak kerja kat tesco depan rumah tu, belum ada rezeki lagi. nak buat apa yer? rakan-rakan ada cadangan tak? beri cahaya dan suluhkan jalan untuk aku teruskan hidup ini...... cewah ayat.... 

kalau boleh nak je duduk rumah, jual online ke, apa-apa je lah online je tapi macam tak boleh dipercayai pula kan. cuba kawan-kawan bagi cadangan. mana lah tahu kan, boleh tolong aku yang sedang dalam kebuntuan ini. 

aku yang hidup dalam kebosanan

Friday, May 6, 2011

gembiranya saya!

assalamualaikum....
hai!!! sebenarnya aku dah pun berada di rumah. tak sempat nak tulis entry mengenai aku dah habis exam dan dah sampai kat rumah sebabnya tak ada masa. tup..tup...nak tulis entry yang aku memang sedang gembira dan puas! 

kenapa pula tiba-tiba kan???


....jeng....jeng....jeng....
(suspen tak? hahaha) 

KERANA tadi aku keluar dengan my beloved. walaupun aku meragam macam baby tapi dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya aku. hampir 2 bulan tak berjumpa dengan dia dan akhirnya tadi dapat juga aku lihat wajahnya secara live. ceh, tiba-tiba jiwang kan.... hahahaha... inilah yang dikatakan dilamun cinta...


mungkin inikah yang dinamakan cinta
hati gembira rasa bila kau kata cinta
siang yang suram, kini menjadi ceria
hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

cukup...cukup...
tadi mr. Love bawa aku pergi tengok wayang dan yang paling bestnya tengok FAST AND FURIOUS 5. gila punya best la cerita tu, aku bagi 5 star ok. nak tengok sikit tak? 

 memang tak rugi lah kalau pergi tengok cerita ni tapi yang kelakarnya, ramai sangat orang hari ni sampai kami kena duk depan. seat second raw. tak kisah lah, nasib baik cerita tu best kalau tak mesti aku dah bising-bising dan mr. Love juga yang kena kan. hehehe...(sabar lah ye)

lepas tu, macam biasa kalau pergi keluar dating mana boleh tak pergi pantai kan? tapi hari ni apa ntah mimpi mr. Love aku ajak duduk kat pantai klebang yang panas tu. selalunya mesti kat pantai putri. mula-mula nak protes juga tapi sebab aku sayang dia kan, so, panas pun boleh jadi sejuk dengar dia sakat-sakat aku. hahahahaha..... kelakar kan aku ni. duduk-duduk tepi pantai sambil makan pisang dan cendawan goreng. semangat betul aku tengok mr. Love makan sampai aku stop makan dan tengok dia makan. pelik kan, bukan selalu aku nak tolak makanan. inilah akibatnya kalau dah lama tak jumpa, sampai dia makan pun aku nak tengok. yela, takut nanti susah nak jumpa. ahad ni dia dah nak balik uia dah. 
(sedih la)


apa-apa pun, i'm so happy and i hope he also happy like me! yeah!


kepada mr. Love
terima kasih sebab bawa saya keluar tadi. saya gembira sangat-sangat. saya juga nak minta maaf sebab awak kena layan perangai saya yang macam budak kecil tadi. hehehe... (p/s: jangan cerita kat orang lain tau, malu saya) dan saya harap awak pun gembira dan seronok macam saya juga walaupun awak banyak menyakat saya hari ini. hahaha. saya gembira dengan cara awak just there is something that i was thinking about it. mungkin betul cakap awak tu. saya je yang terasa lebih-lebih. hehehe. apa-apa pun, thanks a lot dear! ilysm! imysm!

inilah orang yang suka sakat tu!!! (=

sempat beli jam !!! 

sempat bergambar masa tunggu mr. Love
datang rumah
(^_^)

sepatutnya post malam tadi
 tapi tertidur 
depan my lappy...
hehehe....
anggap je post ini malam tadi ok 



sekian sahaja untuk kali ini.....wassalam.....

Sunday, May 1, 2011

terakhir sebelum balik rumah

assalamualaikum..... 
lagi nak habis exam, lagi malas. 
cepat la cahya!!!! 
study!!! 



bila dah habis study baru la boleh bermain-main dan tidur dengan nyenyak. 
nak balik rumah kan?
 hah, cepat study...
ceh, gertak diri sendiri... ingat takut sangat ke? 
hahahha... 
ok, apa-apa hal pun jom study untuk last paper!!!!
go cahya! go! go!



ajak missmelati sekali

 (jangan asyik tengok bola jerk..hehehe...)

diam

Assalamualaikum....
kenapa kalau mereka ada, aku jadi kaku. DIAM. pelik gak aku tengok dengan diri aku. aku dah tak biasa dengan apa yang berlaku dalam bilik ni. adussshhhh... pelik bin ajaib ni. bukan aku tak nak cakap dengan mereka tapi apa je aku nak cakap. diaorang pun tak nak cakap dengan aku. siapa suruh kan? kalau diaorang nak orang mula kan dulu, aku pun nak macam tu. biar diaorang yang mulakan dulu. kalau diaorang ada ego, kenapa aku tak boleh ada ego kan. 

"wei aini, akak kau call kan semalam??"

ops......aku dah dah jatuhkan n pecahkan ego aku. yeah!!! aku mengelak daripada dosa sebab aku dah bercakap dengan mereka. tak da lah aku tak tegur 3 hari. hahahahahahaha......apa lah cahya ni kan...... tak kisah lah, apalah ada dengan ego kalau dapat dosa. ingat ye, SABAR ITU INDAH!!! sangat indah jika kita ikhlas.


anda berjaya cahya!

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...