Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Wednesday, January 30, 2013

VIVA - presentation FYP

asalamualaikum... hai, sekarang ni sebenarnya aku dah start cuti dan terlalu banyak tajuk dalam draft aku yang tak sempat aku publish. hahaha. tak tahu lah apa yang aku busy kan sangat, cuma apa yang aku rasa mood nak duduk depan laptop semakin berkurang. so, bila dah kurang mood ni, jangan cakap kan nak publish entry baru, nak buka blog sendiri pun aku rasa malas. ngeh..ngeh..ngeh...

hari ini, dengan kerajinan yang datang tanpa di seru, aku switch on lappy aku dan mula sign ini blog aku..... aku perhatikan tajuk-tajuk yang berderet kat draft. banyaknya aku nak publish tapi tergendala sebab kemalasan yang membuak-buak sejak ke'busy'an aku kat ump. sebab tu lah blog aku terbiar longlai dan hanya tinggal beberapa hari je di rumah untuk aku habiskan semua entry sebelum aku start practical!!! yahoooooo..ok, tu nanti aku akan sambung ye kat entry yang lain.

sekarang ni tajuk aku VIVA !!!! yang kat atas  tu mengarut je...tak ada kena mengena antara hidup dan mati... hahaha

selepas kelegaan yang aku lalui sebab dah hantar fyp, kini ada lagi halangan untuk aku nikmati keindahan hidup di universiti iaitu VIVA. aku pun tak tahu kenapa panggil VIVA, yang senang nak paham presentation la kan? hahaha... nak ringkas, VIVA but i still don't know what is the VIVA stand for.... argghh...forget about that. buat pening kepala otak aku je fikir. so, presentation yang akan berlangsung selama 20 minit untuk seorang. 20 minit tu adalah hidup dan mati sebagai seorang student selama 3 tahun setengah kat ump ni. menurut jadual tu, turn aku petang. OMG, kenapa petang...aku betul tak suka lah kalau petang-petang ni. mesti mood panel dah kurang baik sebab presentation yang pagi tapi aku tawakal je la kan.

aku prepare slide untuk presentation dengan tenangnya. hahaha. yela, orang dah ada pengalaman presentation fyp 1 kan, so tak lah gabra just apa yang buat aku cuak adalah data analysis aku yang aku rasa ntah apa-apa. hahaha. tapi aku gagahkan diri untuk belasah je lah kan dalam slide tu, kalau kena jawab, pandai-pandai lah aku kelentong. actually, presentation sepatutnya 21st December 2012 tapi dapat memo mengatakan yang bebudak ITM kena present 19th December 2012....masa tu aku rasa nak mengamuk gak lah tapi apa boleh buat, tugas sebagai seorang student, nak marah pun kena laluinya juga. betul tak? hehehe..belajar dari pengalaman...



hari yang dinanti telah tiba. kenapa aku tak ada rasa berdebar-debar ni, selalu bukan main dup dap dup dap jantung aku, elok pulak dia hari tu. atul, classmate aku merangkap roommate aku, sama je bilik presentation dengan aku just lain session lah. kira aku boleh dapat kesimpulan panel-panel aku dari dia lah dan bila atul balik......bad news....... she looks very sad n down. 

wah, masa tu aku dah semakin ready untuk dihentam. atul yang hebat tu pun boleh kena hentam macam tu, aku baru nak rasa cuak. then session aku hampir tiba, aku siap-siap, pakai comel-comel, sweet-sweet sebab nak sedap mata panel tu pandang aku,  tiba-tiba ziera datang bilik dan menangis teruk. berderau jantung aku. panel dia siap warning n ugut lagi. cis, come on tiqa!!!! u can do it!!! masa tu semangat aku semakin turun...makin lama makin turun....down...down...100>89>76>58>46>37>25>11>0>negative !!!!!!! tet..tet..tet...kalau kat hospital, dah mati dah ni tau...cuma jasad je berjalan ke tempat presentation. cuak nya bukan main lagi. 

bila sampai, session yang sebelumnya tak habis lagi sebab dalam session aku, aku orang first yang sepatutnya present. so, kena lah tunggu dan tunggu. sambil-sambil tunggu tu, ramai lah classmate aku yang berkeliaran. ada yang nak tunggu giliran, ada yang dah habis presentation, ada yang happy, ada yang cool, sedih dan macam-macam lagi. sukar untuk aku gambarkan perasaan aku masa tu. dan tiba-tiba aku teringat sesuatu, aku tak call mak aku lagi lah nak bagitahu yang aku nak presentation. i need her. 

aku: assalamualaikum mak, mak tengh buat apa tu?
mak: wa'alaikummuassalam..tak buat apa, ada je duk kat rumah ni..
aku: akak nak presentation FYP akak ni. kjap lagi giliran akak. risau sebab macam ada yang kena hentam teruk dari panel. mak doakan akak ye... hehehe
mak: ye...buat yang terbaik. mak doakan akak. jangan risau.
aku: ok mak. kirim salam kat ayah n yang lain-lain
mak: ok... assalamualaikum
aku: wa'alaikumussalam

ini lah aku, setiap kali apa yang penting dalam hidup aku, aku akan cari mak. even aku nak exam pun, pagi-pagi aku dah call mak. tak pun, otw nak ke hall, mesti aku call dan bagitahu. itu petua aku macam mana aku boleh berjaya sampai ketahap ini. semua atas doa dan restu mak, ayah dan family.

ok...sambung balik cerita aku, lepas je aku call mak, semangat aku start naik dan naik. masa tu aku dapat rasakan doa seorang ibu yang tiada hijab. dari perasaan yang cuak gila tadi aku dah mula cool. alhamdulillah. orang yang terakhir keluar, dia menangis dan panel mula rehat. break sekajap, mungkin solat dan bertenang. lepas ni giliran aku. aku hanya mampu berdoa supaya semuanya ok.

kini, tiba lah masanya, next! panel yang pada mulanya ada 3 orang sudah menjadi 2 orang. sejuknya dalam bilik presentation tu, buat aku sedikit gementar. tak tahu lah sejuk sebab aku gementar atau sebab air conditioner tu yang rendah sangat suhu nya. panel aku, seorang tu amat-amat dikenali iaitu ketua program aku, En Nazif dan seorang lagi lecturer foreigner, Dr Ali...walaupun berdua je, En Hamzah tak ada, tu dah cukup untuk buat aku rasa menggigil tahu tak. bila aku start je bercakap, Dr Ali said "next"..... "next"....."next" dah tu tinggal apa je aku nak present kalau semuanya "next". aku present mana yang patut je. yang penting. rupa-rupanya memang tak nak dengar pun aku present sangat, dorang lebih suka tanya soalan dari dengar aku present sebab dah tak cukup masa rasanya. yela, group lain dah nak habis, group aku ada 4 orang lagi. masa semakin suntuk. ada lah correction yang aku kena buat. ada lah perbalahan sedikit antara Dr Ali dan En Nazif. memang susah nak puaskan hati semua orang. apa-apa pun aku tetap berpuas hati dengan presentation tu walaupun ada je yang kena betulkan. cuak lah aku kan kalau-kalau apa yang aku buat tu tak berbaloi. walaupuan............tak apa, ni hanya aku dan atul je tau macam mana fyp aku tu berjaya disiapkan. hahahaha. sekurang-kurangnya aku kembali normal dan tak melatah...ermm, maksud aku, tak marah-marah sebab aku dengar macam-macam cerita. ada yang jerit shut up lah kt panel. gila tak gila namanya tu? hahaha. so, settle aku punya VIVA dengan jayanya. yyyyeeeaaaahhh!!!!!!!!!!!! 

ALHAMDULILLAH 


snap sikit ^_^
ainie present lepas aku

budak senget :)


Sunday, January 13, 2013

FYP - what's that pokemon?

Assalamualaikum.... mungkin dah lapuk dah tajuk aku ni tapi masih lagi aku gagahkan diri untuk berceloteh di sini. binatang apa lah FYP tu kan? pokemon? digimon? hahahaha...ni kalau supervisor aku tahu mesti dia geleng kepala. ampun ye abah... 

FYP tu ialah Final Year Project atau bebudak kat ump ni selalu panggil PSM (projek sarjana muda) tapi kalau sebut kat universiti lain, semua terpinga-pinga. yela, semua nak english kan, so semua orang tahu FYP, bukan PSM. okey2, nak cerita pasal FYP aku ni. 

Title: JIT in manufacturing
Supervisor: abah shariman




jadi, aku kena lah buat thesis mengenai JIT. nak tahu apa tu JIT? sorry, aku bukan nak cerita apa yang terkandung dalam JIT tu tapi aku nak cerita apa yang terjadi sepanjang aku buat FYP ni. hahaha. lawak je sebab aku bukan lah orang yang buat kerja awal-awal. last minutes people. tapi aku dah cari information awal-awal dah just bila jumpe supervisor, dia suruh buat macam-macam. hah! baru lah nak kelam kabut tonggang terbalik bila kena siapkan. 

kira aku macam orang senget juga lah nak siapkan report tu. yela, nak kena hantar pada supervisor aku dan cerita yang paling menyedihkan, bila aku perlukan supervisor aku tu, dia boleh pula menghilangkan diri dia. cis! sampai hati abah buat macam ni. hehe. actually, dia busy sebab dia ketua akademik kat fakulti aku tu, so memang dia sibuk lah kan. tu lah, padan muka aku kan siapa suruh tangguh-tangguh nak jumpa abah tu, so selama seminggu tu buat sendiri tanpa bantuan lecturer. i know the report will become worst but i trying my best to finish up this my beloved FYP because this is the requirement for my graduation. oh no! i want graduate without finishing my FYP but i know it is impossible... so nak ke tak nak, pahit macam mana pun aku kuatkan diri juga buat semua ni. berapa hari aku tak tidur dengan sempurna. nak tidur pun rasa serba salah sebab tak siap lagi kan.hehehe...macam-macam ragam nak siapkan FYP ni. bergelimpangan sana sini. 


DAN


ALHAMDULILLAH


akhirnya, semuanya berjaya!!!


yehaaa...i know i can do it!!!
                             

congratulation to myself!!!



(tak ada orang nak wish congrate kan, so wish untuk diri sendiri...kesian kan aku? padan muka...hehehe)

                                    student yang bakal bergraduasi tak lama lagi,









Wednesday, January 9, 2013

konon-konon

Assalamualaikum...
hah! ini lah konon-kononnya nak update blog setiap hari walaupun sikit-sikit tapi bila datang kerja yang bertimbun akibat last minutes, desakan kemalasan yang bercambah dalam diri ini, cahaya pilihan ini lah yang jadi mangsa bila semua itu menguasai diri. walhal, banyak sangat-sangat benda yang mau diceritainya.... 
ceh, tetiba jadi indon lak aku kan. hehehe...

ok..ok... ni azam baru lah konon, walaupun dah 9hb, tak ada apa-apa makna untuk diri aku sebab aku tak merasai permulaan tahun ini dengan baik. 


sebenarnya, ni semester aku yang terakhir buat 4 tahun pengajian aku sebelum aku meneruskan semester untuk latihan industri. sedih? gembira? tak dapat aku gambarkan kerana banyak perkara yang perlu aku fikirkan sebelum aku tinggalkan tempat ini. atau mungkin aku belum merasainya kerana aku masih terdampar di bumi pahang ini dengan keadaan yang tak berapa produktif sebab tanpa kelas dan exam, aku hanya perlu siapkan report final year aku. dan dengan ikhlas dan jujurnya, aku malas nak siapkan. ok, bye!

ni kalau supervisor aku baca mesti aku kena panahan petir sehingga boleh mengundang maut. hahaha...

p/s: nantikan semua cerita yang sepatutnya aku cerita kan. mana yang aku ingat je la ye. ikut mood juga sebab konon-konon nak post tapi terbengkalai je. hehehe

budak yang konon-konon :p
                                                                                                                   


meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...