Assalamualaikum....
sedikit perkongsian bagi yang terlupa dan terleka apabila kita tidak mendapat sesuatu yang diimpikan. manusia. kadang kala alpa dengan rezeki yang ada di depan mata dan sering mencari yang tiada. lumrah manusia. itu sebablah ada peribahasa ini "yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran". terlalu mengejar rezeki yang tiada sehingga lupa apa yang dikendong, hah! kan dah tak dapat dua-dua. hehehe. so ada sedikit tazkirah buat renungan kita semua termasuklah aku. betapa bersyukurnya kita sebenarnya dengan rezeki yang kita ada. boleh mencari yang lebih baik tetapi jangan kita mengeluh dan merungut. takzirah ini diambil dari facebook Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff
mari kita hayati bersama
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
lihat,
betapa bertuahnya kita dengan rezeki Allah
Subhanallah