Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Thursday, May 17, 2012

12 sifat sahabat sejati (Imam Al-Ghazali)


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu~

InsyaAllah






Sunday, May 13, 2012

selamat hari ibu

assalamualaikum...
selamat hari ibu kepada mak, rosilah binti hashim yang sekarang berada di rumah. tak tahu nak luahkan bagaimana rasa di dalam hati ini keranan masih memiliki insan bernama Mak.

Mak,
terima kasih
terima kasih
terima kasih

hanya itu ucapan yang mampu kakak ucapankan
segala pengorbanan mak
tak akan kakak lupakan

kalau dulu masa kakak kecil-kecil
kakak terasa yang mak abaikan kakak
kakak terasa yang mak tak peduli kan kakak
tapi kakak tak tahu
mak kerja mencari kesenangan
untuk kakak dan along ketika itu

kakak masih kecil dan tersalah tafsir
kakak jauhkan diri dari mak
sebab rasa tak disayangi
kakak mula mencari kwan-kawan disekolah
untuk berkongsi segalanya

semakin hari, kakak semakin besar
kakak dah boleh fikir
yang mak sebenarnya sayangkan kakak
semakin hari, kakak semakin dewasa
kakak dah boleh fikir
yang mak sebenarnya curahkan kasih kepada kakak

sekarang
aku dah tahu siapa mak kepada aku
dia adalah insan yang tiada galang gantinya
aku terlalu menyayanginya
aku terlalu menyintainya
aku tak ingin kehilangannya
belum tiba waktunya
aku berdoa agar mak dipanjangkan umur
aku masih perlukan mak disisi untuk
meneruskan perjalanan hidup aku ini
dalam suka dan duka kehidupan.....





Bissmillahirrahmanirrahim.....
Ya Allah Ya Tuhan ku,
aku menadah kedua tapak tangan dengan rasa hina,
memohon Engkau melimpahkan rahmat dan hidayahMu
kepada kedua mak dan ayah ku...

Ya Allah Ya Tuahan ku,
ampunkan lah dosa kedua mak dan ayahku,
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku ketika kecil,
buka kan lah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu,
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka....

Ya Allah Ya Tuhan ku,
kau ampunkan dosa aku
dosa kedua mak dan ayah ku,
berikanlah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka kepada aku
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku....

Ya Allah Ya Tuhan ku,
makbulkan doa hambaMu ini
demi kebaikan kedua mak dan ayah ku
sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung
yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
amin Ya Rabbal 'alamin

Saturday, May 12, 2012

adab-adab pelajar dengan guru a.k.a LECTURER

asaalamualaikum.... sambil duduk-duduk hari ni, aku terbaca satu article mengenai guru. dulu masa kita sekolah, puas kita buat apa saja untuk jaga hati guru. budak nakal macam aku pun tahu hormat guru. mana tak nya, keberkatan seorang guru itu penting bila ilmu nya sampai ke kita. tapi sekarang bukan zaman sekolah lagi, dah melangkah ke universiti, guru dah tak ada.... tak ada guru??? memang lah tak ada guru tapi pensyarah juga seorang guru yang mengajar kita. pensyarah a.k.a LECTURER. nanti ada yang tak perasan pula yang lecturer tu pun seorang guru. 

jom kita baca !

Sifat pertama yang perlu ada pada setiap pelajar di dalam menunaikan hak terhadap guru ialah menghormati guru. Guru wajib dihormati kerana kedudukannya yang menyampaikan ilmu kepada pelajar. Pelajar juga wajib menghormati guru kerana kedudukan pelajar yang menerima ilmu darinya. 

Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam pernah bersabda (yang bermafhum):

“Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya “
(Riwayat Ath-Thabrani)

Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam juga mengingatkan akan hak pelajar terhadap guru dalam sabda baginda:

“Tidak termasuk umatku orang yang tidak mengagongkan orang besar dari kami, tidak mengasihi orang kecil dari kami, dan tidak mengetahui hak orang alim dari kami “
(Riwayat Ath-Thabrani)

Sayyidina Ali Radhiallahu ‘anh pernah memberi pesanan dalam soal menghormati guru dengan berkata:

“Hak seorang alim (guru) yang wajib atas dirimu ialah: memberi salam kepada semua orang yang berada dalam majlisnya, dan mengkhususkannya dengan berjabat tangan. Hendaklah duduk berhadapan dengannya, tidak boleh menunjuk jari di hadapannya, tidak boleh mengerling mata dengan orang lain di hadapannya, tidak menyebut kata-kata orang lain di hadapannya, tidak boleh mencaci orang di hadapannya dan sekiranya dia melakukan kesilapan hendaklah maafkannya. Muliakanlah dirinya kerana Allah SWT, dan kiranya dia memerlukan sesuatu, hendaklah segera menghulurkan bantuan kepadanya, jangan memuji-muji orang lain di dalam majlisnya, jangan menarik bajunya, jangan memaksanya jika dia keberatan, jangan merasa jemu duduk bersamanya. Anggap dia laksana lebah dan dirimu menunggu sesuatu yang akan jatuh daripadanya pada bila-bila masa sahaja”.

Sehubungan dengan hadith di atas serta pesanan Sayyidina Ali Radhiallahu ‘anh, Dr.Abdullah Nasih Ulwan membuat beberapa kesimpulan akan adab-adab pelajar terhadap gurunya :

1. Seorang pelajar hendaklah merendahkan dirinya di depan guru, jangan keluar daripada pendapat dan arahannya. Merendahkan diri terhadap guru adalah satu kemuliaan dan ketinggian. 

Imam Ghazali ada menyatakan :

“Ilmu itu hanya akan diperolehi dengan merendahkan diri dan memperhatikannya...”

Imam Ahmad berkata kepada Khalafu’l-Ahmar:

“Aku tidak pernah duduk kecuali di hadapanmu, kami telah diperintahkan untuk merendahkan diri terhadap orang yang kami ambil ilmunya “

2. Seorang pelajar hendaklah memandang gurunya dengan kemuliaan dan meyakini bahawa gurunya memiliki darjat yang tinggi. 

Imam Syafi’i ada menyatakan:

“Pernah aku menyimbak (membuka) lembaran kertas di depan Malik dengan lembut kerana kewibawaannya, agar dia tidak mendengar gemerisiknya “

Ar-Rabi’ berkata :

“Demi Allah, aku tidak berani meminum air sedangkan As-Syafi’i melihatku kerana rasa hormat kepadanya “
 

Pelajar-pelajar juga hendaklah dilatih supaya tidak memanggil gurunya dengan kata-kata “kamu”, tetapi dengan mengatakan “wahai guruku atau wahai ustazku”, kerana kata-kata panggilan yang baik merupakan pengikat rasa kasih sayang antara murid dan gurunya.

3. Hendaklah pelajar mengetahui hak-hak terhadap gurunya dan tidak melupakan jasa gurunya sehingga ke akhir hayat. 

Syu’bah berkata:

“Apabila aku mendengar hadis Rasulullah SAW daripada seseorang, selama itulah aku menghormatinya.”
 

Sebaiknya seorang pelajar mendoakan kesejahteraan gurunya sepanjang hayat. Jika guru itu sudah wafat hendaklah diambil berat hal ehwal keturunan dan orang-orang yang mencintainya.

4. Jika guru menegur atau marah, maka hendaklah murid bersikap sabar. Hendaklah pelajar menganggap bahawa kemarahan guru adalah sebagai tanda kasih sayang guru terhadap pelajarnya. Para guru sebenarnya ingin memperbaiki kelemahan pelajarnya. Dengan sikap sedemikian, akan lahirlah rasa sayang para pelajar terhadap guru dan bermanfaatlah segala ilmunya bagi pelajar dalam urusan din, dunia dan akhirat.

Sebahagian ahli salaf berkata:
 

“Barang siapa tidak sabar dalam belajar, maka dia akan buta huruf selama hidupnya. Dan barang siapa bersabar di dalamnya, dia akan mendapat kemuliaan dunia dan akhirat.”

5. Hendaklah pelajar duduk di hadapan gurunya dengan sopan, tenang, merendahkan diri dan hormat sambil mendengar dan memberi sepenuh perhatian kepada gurunya.Seorang pelajar juga haruslah menghindarkan segala perbuatan yang tidak sopan terhadap gurunya.

6. Janganlah pelajar berjumpa gurunya di kelas, rumah atau tempat khusus sebelum mendapat izin daripadanya. Sebaiknya seorang pelajar menghadap gurunya dalam keadaan sempurna, dengan badan dan pakaian yang bersih, terutama jika dia hendak ke majlis ilmu. Kerana majlis ilmu adalah majlis zikir, pertemuan dan ibadah.

7. Apabila seorang pelajar mendengar gurunya menyebut sesuatu dalil hukum, menceritakan sesuatu syair, membawa sesuatu berita atau mengemukakan sesuatu ilmu, hendaklah dia mendengar dengan penuh perhatian seakan-akan dia belum pernah mendengar sama sekali.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan ada mengatakan bahawasanya memenuhi hak terhadap guru adalah wajib lebih-lebih lagi jika guru tersebut adalah dikalangan mereka yang bertaqwa dan beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Itulah adab-adab terpenting yang harus diamalkan oleh para pelajar dalam rangka untuk menjadi pelajar yang benar-benar berilmu, beradab dan bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala.

jadi kawan-kawan yang dah masuk universiti tu, jangan lah tertalu takbur, kita masih seorang pelajar. mungkin kita lupa yang LECTURER kita itu juga seorang guru. jangan buat guru kita sakit hati dengan kita, kerana keberkatan yang kita cari tidak diperolehi. jangan buat guru kita sakit hati kerana aku pernah rasa hidup tanpa keberkatan seorang guru. mencari kemaafan seorang guru bukan mudah. jika tidak, tunggang langgang hidup kita. kita harus ingat yang hidup dan perjalanan kita masih jauh lagi. jika bukan di sini bala nya, suatu hari nanti kamu pasti merasa juga kerana itu janji Allah kepada kita. peritnya hidup tanpa berkat guru adalah sangat-sangat menyesakkan kerana bila kita rasa sudah perfect tetapi ianya tidak menjadi. ketika itu lah, baru kita terkial-kial mencari apa silap dan salah kita. itu yang berlaku. jadi kawan-kawan, carilah keberkatan seorang guru itu. jangan jadi seperti aku kerana pengalaman itu mengajar kita erti sebuah kehidupan. ingat! bila seorang guru itu marah, ilmu tidak berkat, hidup kita tak akan tenang....

fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah

pesanan buat saya sendiri dan juga sahabat-sahabat di luar sana



saya seorang pelajar!






















Thursday, May 10, 2012

kisah kawan saya (part 2)

assalamualaikum...
hai...hai...hai...
meh sini nak sambung cerita mel dengan mar ni
mar ni tahu je mel nak kawan dengan dia
tapi mar buat tak tahu je
yang aku kagum dengan mel ni sebab mel ni tak putus asa
yela,
kalau orang lain ni aku rasa dah lama dah give up


mana tak nye, mar tu buat tak layan je...
kadang-kadang aku rasa aku pun nak give up 
sebabnya aku takut mel tu kecewa pula nanti
tapi korang semua mesti tak puas hati kan kalau mel tu give up tengah jalan
hehehehe...sebenarnya banyak lagi peristiwa yang terjadi

nak tahu tak?

ni peristiwa yang aku sendiri tak akan lupa untuk mel tau

satu hari tu, mel dengan aku berada di hostel
patutnya dah lama dah balik sebab cuti pertengahan semester
tapi sebab ada visit dekat KL bersama course mate,
terpaksa lah duduk kat hostel diam-diam
gila tak bosan masa tu sebab ramai yang dah balik
room mate aku pun dah hilang sebab gembira balik rumah
dijadikan cerita petang tu,
mel dengan aku jalan-jalan sekitar universiti
biasanya lah kan, duduk kafe, makan-makan, tengok tv
nak naik bilik tu,
tiba-tiba
ternampak mar ni main basket ball kat court biasa
wah, bunga-bunga lah hati mel kan



lupa pula aku yang mar mesti lah tak balik sebab dia student international kan
nak balik mana pula, so memang sepanjang semester break dia mesti ada kat sini!
senyum lebar mel nampak mar main basket ball
then, idea gila dia datang lagi

nak tahu apa???!
mesti terkejut sebab mel ni bercadang nak bagi air 100plus kat mar
yela, nampak mar berpuluh-peluh sakan main basket ball tu kan
tapi nak bagi macam mana pula kali ni?
kalau sebelum ni bagi roti melalui kawan mar tu,
tapi kali ini tukar strategi sikit
sebab nya dulu lepas pass kat kawan mar tu
semua pandang mel kalau terserempak
so, tak nak malukan diri sendiri
mel bercadang letak 100plus tu kat rak kedai kak ina
hehehe...

kiteorang naik bilik dulu sebab nak solat
tiba-tiba mama dan ibu datang bilik

(watak tambahan)
fafa - mama
fifi - ibu

dorang berdua ni baru je balik dari majlis orang kahwin
macam-macam lah dorang bawa balik
nasi, lauk-pauk, goodies dan yang paling best
bunga rose hidup

ting...ting...ting!
nak tahu tak kenapa bunyi macam tu? tu nama dia dapat idea
hahahhaha
mama ngan ibu cakap, ambil la bunga-bunga tu kalau nak...
pilih-pilih lah sebab banyak sangat
dengan sepantas kilat
mel dan aku keluarkan bunga rose tu
aku excited je tapi tak tahu nak bagi siapa
buah hati aku jauh sangat lah (eh, dah masuk cerita lain pula ni..hehe...)
tapi aku tengok  mel betul-betul pilih
rupa-rupanya nak bagi mar tu bunga rose
aku ingat dia main-main je dengan aku
but see the leg la
mel buat betul-betul!!!!!!
petang tu juga kiteorang pergi beli 100plus kat kedai kak ina tu
dan tinggalkan kat rak depan tu

bersama sekuntum bunga rose yang mekar, semekar cinta mel kepada mar (tagline)

ceh, pandai je aku tambah-tambah kan...baru seronok cerita aku ni
lepas dah letak 100plus dengan rose tu
kiteorang balik bilik
dan mel terus mesej kat mar

lepas je kejadian tu,
tiba-tiba......pada hari yang sama...
mar mesej mel cakap nak jumpa
jeng-jeng-jeng!
gila!!!!
terkejut tak? berdebar-debar tak korang?


aku yang taip ni pun berdebar tahu tak...hahahaha
kita sambung lagi lain kali ok!
tunggu ye....
(dah macam cerita alam fantasi dah ni tapi ini realiti ok!)


Jika kamu ingin memiliki sesuatu yg tak pernah kamu miliki, 
kamu harus melakukan sesuatu yg tak pernah kamu lakukan

jalan-jalan Teluk Cempedak

Assalamualaikum
gambar jalan-jalan kat 
Teluk Cempedak, Kuantan , Pahang


walaupun dah 3 tahun duduk Kuantan
baru sekarang nak jalan-jalan
tak salah kan???
meh aku share gambar-gambar menarik

kat bawah ni ada gambar-gambar yang comel
view lah ye
(^_^)






ketibaan kami di Teluk Cempedak!!!
ceh, dah macam ketibaan VVIP  pula.......

melancong ke melencong ni???
hahahaha....


jalan-jalan sekali terjumpa dengan budak kecik ni
anak buah kepada Ahmad Shah
(budak matrik aku dulu)



semangat tu ambil gambar
bergaya kalah artis...hehehe...


gaya pelancong habis
pakcik tu pun melayan je


beli kak, jangan tak beli :)


rupa-rupanya beli bubbles
dah sampai pantai la katakan....


titian Teluk Cempadak
dah baru tu...
dulu aku naik masa tahun 1, kayu je la
bagus! dah maju...hahaha


awex dan bubbles 


tagline: gembira dapat mengembirakan orang lain


semangat sampai kat sini
jauh tu lalu titi
hehehe



pasangan berchenta....
hahahaha



cantik la... 
nanti kawen boleh shoot kat sini



baik-baik turun tu
kang ada yang tergolek pula...
hahahaha


ni superman
salah...superwoman


gadis dan angan-angan....


ni kanak-kanak riang!
bersama bubble ^_^


nice shoot!


tagline: bawa ku terbang tinggi ke angkasa!!! 


terbang tinggi
setinggi langit ke tujuh
peduli kan orang lain.......




gambar skema !


superwomen pun nak bubbles juga....hehehe....


pusha,
kalau kau rasa kelakar gambar ni
aku rasa cantik


ada juga gambar berdua dengan atul 
hehehe


nice!


smile :)


berangan la tu
apa lah yang dia angan kan....
nak juga tahu kan...


atas batu pun nak juga bergambar


cikgu kami!


dah nak balik da ni...
malam dah


bye2 Teluk Cempedak
cepat!!!! masuk kereta
ada monyet kejar!!!!!


ini tujuan asal nya nak pergi Teluk Cempedak ni
nak makan McD je sebenarnya
tapi melencong sekejap....
selamat tinggal TC!





Monday, May 7, 2012

short story - ayah & anak

assalamualaikum....
aku terbaca cerita ni kat fb kawan aku....tetiba aku rasa terharu (tak menangis pun) tapi sampai lah kat hati aku ni.

kisah ni bermula apabila seorang ayah pulang lewat daripada bekerja. ayah bekerja kuat untuk menyara keluarganya. pada malam yang sama, semasa ayah baru balik, keletihan dan sedang berehat, anaknya yang berusia 7 tahun datang kepadanya.....

anak : ayah, boleh saya tanya satu soalan kepada ayah?
ayah: boleh
anak: ayah, berapa banyak yang ayah dapat dalam masa sejam bekerja???
ayah: itu bukan masalah kamu....
anak: ayah, tolong lah bagitahu saya.....
ayah: RM20 sejam
anak : ayah, boleh tak saya nak pinjam duit ayah RM10?

si ayah pun naik marah dan menyuruh anaknya pergi tidur kerana sudah lewat malam....
anak pun dengan hati yang sedih, berlalu masuk ke bilik
dan tutup pintu....
selepas beberapa ketika dan ayah sudah bertenang,
ayahnya pun pergi ke bilik anaknya....

ayah: maafkan ayah sayang kerana berkasar dengan kamu... ini RM10 yang kamu minta
anak: (sambil tersenyum) terima kasih ayah!!!!

kemudian, anak mengambil semua duit syiling yang disimpan di bawah bantalnya,
dia mengira dan terus berkata kepada ayahnya

anak: ayah, sekarang saya ada RM20, boleh saya beli sejam waktu bekerja ayah? boleh ayah pulang ke rumah awal esok? saya hanya nak makan malam bersama ayah.....

seorang anak sanggup membeli masa untuk besama dengan ayahnya
bagaimana dengan kita yang punya banyak masa ini???
sempatkah kita untuk makan malam bersama mak dan ayah kita???
renung-renungkan lah.....
















ayah, mak...
anak mu ini amat merindui 
tetapi demi cita-cita yang aku kejarkan
aku terpaksa bekorban di sini
mungkin aku terlalu sibuk dengan kerja
tapi itu tak bermakna aku lupa
aku pun terlalu merindui dan menyayangi kamu berdua
maafkan anak mu jika aku ada menguris perasaan 
maafkan aku jika aku menyakiti hati mu
aku sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu
ayah dan mak......

Saturday, May 5, 2012

kisah kawan saya (part 1)

assalamualaikum...
hari ini terasa banyak sangat masa lapang, 
so aku rasa macam nak conteng-conteng kat blog aku ni pasal kawan aku. jangan marah ye kawan sebab setiap kali aku terkenang kisah dia ni, aku tertanya-tanya aku ni kat korea ke, kat malaysia. hehehe...nak tahu kenapa aku rasa macam tu? meh aku cerita kat korang semua.... 
identiti dirahsiakan...aku pakai bukan nama sebenar ok....

nak pakai nama apa ek?
kawan aku - mel
orang yang dia suka - mar
watak sampingan - aku dan kawan-kawan
(nak juga masuk jadi watak sampingan..hehehe)

kisah dia bermula bila mel ni terpandangkan mar sebab dia teringat kat seorang budak tu. dia memang suka lah budak tu kan. so, bila dia tengok mar kat kafe, dia rasa dia suka kat mar tu. 
aku tak lah ingat sangat jalan cerita dorang ni sebab dah lama
sikit-sikit aku ingat lah sebab aku pun selalu ada kat tempat kejadian sebab dah memang aku berdua je dengan  mel tu. apa-apa yang terjadi insya'allah aku akan ceritakan (kalau aku ingatlah..hehehe)
banyak sebenarnya yang terjadi tapi mungkin aku tak ingat sangat, kalau tanya mel tu sendiri comfirm dia ingat kan. dah dia yang suka mar tu. of course la dia ingat setiap detik....
pada awalnya si mel ni just pandang-pandang, jeling-jeling je kat mar tu. eh, sebelum aku terlupa, mar tu adalah international student from China
hebat kan kawan aku ni, nak yang international kan..hehehe
ok2, aku teruskan cerita....
setiap hari mel ni akan tunggu mar tu balik kelas, mar beli mkanan kat kafe
ada sekali tu, mar lalu kat kafe masa aku n mel ni ngah lepak kafe, serta merta mel ni bangun ikut belakang mar....aku yang terkejut sebab aku ngah cakap-cakap, tengok seblah dia tak ada, rupanya dia dah ikut mar tu... sabar je lah aku kan....lawak pun aku rasa masa tu...
mula-mula aku rasa, mel ni macam main-main nak berkenalan dengan mar tu, yela, berlainan budaya, agama dan bahasa. tapi ada satu pagi ni, dia bukak ecom (portal universiti aku lah) dia search nama lecturer sebab nak hantar assignment kalau tak silap aku lah, dia ternampak nama budak mar tu, siap dengan nama penuh & phone no. excited gila dia...aku pun tumpang sekaki lah. aku dengan semangatnya suruh mel tu call or msej budak mar tu tapi mel cakap tak nak. ala, nak tahu betul ke tak je. hehehe.....
lepas kejadian tu, setiap pagi mel ni akan text mar tu
masa tu tak sure pun tu mar ke tak
main hentam je la...
setiap pagi mel akan wish 'good morning' kat mar tu
mula-mula mar tu tanya la juga siapa kan
mel pun cakap lah just nak kawan
aku tak ingat sangat lah part ni sebab setiap hari mel ni akan text dia
so, memang banyak lah kisah message ni. nak tahu kena tanya dia sebab aku tak boleh lah bagi detail kan...
hahahaha...

seterusnya, mel ni dah agak macam putus asa lah sebab mar ni macam tak layan
satu malam tu, masa tengah discussion kat kafe, aku rasa lapar sangat
aku cakap lah nak makan yang ringan-ringan je
nak makan burger tapi kena tunggu lama, so aku beli je la roti hotdog tu...
si mel ni pun lapar juga tapi tak ada selera nak makan
aku teman lah dia beli roti kat kedai kek
lepas beli tu, mel ni tak ada selera lak nak makan
dah tu aku tetiba macam ada idea suruh mel bagi roti tu kat mar melalui kawan dia
tunggu punya tunggu, dah habis discussion, masa nak balik tu, mel ni tulis note nak bagi roti tu kat kawan mar tu (si mata biru - international student juga)
lepas kejadian tu, mel ni dihujani dengan pandangan penuh pertanyaan dari kawan-kawan mar tu. hehehe... masa tu rasa famous juga la si mel tu walaupun hati dia tak tentu arah...
sejak peristiwa tu,
si mel ni macam dah slow sikit aktiviti mengusha mar.
kalau usha pun dari jauh lah. 
satu lagi aktiviti yang mel ni suka buat adalah usha si mar ni main basket ball setiap petang
sampaikan mel ni tau setiap jadual dia tau
hebatkan kawan aku ni!

banyak lagi cerita dia ni...nanti aku sambung lagi k
nanti aku tulis banyak2 pun bukan ada orang nak baca....
so cerita seterusnya akan aku sambung kemudian apabila banyak masa 
sekarang aku nak makan dengan kawan-kawan ni.....




will  be continue.....


Wednesday, May 2, 2012

kawan

assalamualaikum..hai! mulakan hari ini dengan senyuman
(ceh, nampak sangat tak ikhlas patung ni senyum)

meh tengok aku senyum pula

dah iklan colgate lak ni..hehehe

saja nak post entry pagi-pagi ni...
khas buat kawan-kawan 
yang masih di sisi
walaupun susah dan senang

bagi yang pernah berkawan dengan aku
aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu semua
tipu aku cakap kalau aku tak ada rasa sayang pada persahabatan kita
namun, ini hakikat yang harus aku terima
terima kasih atas segala pengalaman yang telah kamu semua berikan
kenangan yang mungkin aku tak akan lupakan

buat kawan-kawan yang masih di sisi
mari kita teruskan perjuangan ini walaupun payah
walaupun banyak dugaan di hadapan kita
lupakan segala kesusahan kerana kita harus tabah menghadapinya
senyum
 ketawa
mengalah bukan erti kita kalah
kita cuba menjadi dewasa demi kebaikan bersama
terima kasih kerana masih berada di sisi aku
untuk meneruskan perjuangan 
di sini

semoga persahabatan ini berkekalan....
janganlah kita bersedih kerana ada insan lain yang lebih teruk dari apa yang kita alami

Kawan - Hijjaz

untuk kawan-kawan


Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan





meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...