Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Sunday, November 27, 2011

terima kasih

assalamualaikum.....
dari semalam aku mengalami symptom flu ni. bila dah selesema, aku dapat rasakan batuk akan menyusul dan seterusnya bila dah batuk datang lah satu penyakit yang aku sendiri tak sanggup nak hadapi. seolah-olah menghadapi maut. siapa yang suka sakit kan? aishhhh

dan memang betul, semalaman aku tak boleh tidur akibat tak boleh bernafas. masa macam tu baru tahu sakit tak sakit. tapi alhamdulillah aku masih bernafas sehingga sekarang. aku masih lagi di dunia yang fana ini. alhamdulillah......kata syukur kepada Allah dengan nikmat hidup yang Engkau berikan. sakit itu memberi aku satu pengalaman di mana sakitnya mati. kalau tak cukup nafas pun dah macam ni, macam mana bila nafas tu dah betul-betul tak ada. semua yang hidup pasti akan mati!

entry ni bukan lah nak membebel pasal sakit aku. aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada orang-orang yang mengambil berat terhadap aku.

adiba melati & norainshahrom,
sebenarnya memang dah dapat rasa dah sakit sejak sampai kat bilik, tapi masa tu masih boleh bertahan. buat macam tak ada apa-apa. bila dah malam, daripada selesema tu bertukar batuk, aku nak kejutkan korang tapi aku tahu semuanya penat. kan baru balik dari berjalan-jalan. masa mimi balik tu pun aku masih tak boleh tidur tapi tak tahu lah kenapa atul macam tak dengar suara aku. then, maca akak kejut bangun subuh tu, nak cakap pada akak tapi tak terdaya. maaf ye kawan-kawan. makin lama, makin sakit. dah sedut dah ubat tu tapi paham-paham lah kalau dah sedut, mesti badan mengeletar. bukan tak nak makan makanan yang korang beli, tapi memang tak larat nak telan nanti. ehhh, bukan tak makan langsung k, aku dah makan dah pun sebelum aku cot cet kat blog aku ni. ubat, semua aku makan tau......masa tu aku jemput semua makan tapi semua sibuk kot, makan sorang-sorang je lah...akak tengok movie, atul baca novel, mimi gi disscusion......hehehe...tapi tak pe, dah selamat telan dah semuanya

muhammad farhan bin muhammad fauzi,
bukan tak nak gi klinik, kalau gi malam tadi logik la juga, ni dah ok sikit dah ni... bukan sy tak sayang awak tapi saya tau apa yang badan saya rasakan....tak pa lah, saya tau saya banyak menyusahkan awak....maafkan saya k~ saya sayang awak

along, mak, ayah
mak ayah, bukan akak tak nak cakap kat mak akak sakit tapi nanti mak tu risau.... nanti ok lah ni...sakit sikit je. mak jangan risau k.. along, kau jangan lah bagitahu macam-macam kat mak. kang kalau mak risau, mak call uncle...nanti semua risau. apa la kau ni.... aku sakit sikit je...semput...macam kau tak tahu je kan adik kau ni memang ada penyakit ni. 

kepada semua di atas, saya sayang semuanya. ok2, air mata dah nak meleleh-leleh dah ni. kang elok-elok nak baik, terus sakit lagi..... 

i luv u all~

Tuesday, November 22, 2011

kemenangan harimau muda

Alhamdulillah...
itu perkataan yang perlu kita ucap di atas kemenangan Malaysia. bukan mudah untuk mendapat  kejayaan di tempat lawan.

Malaysia VS Indonesia
8.30 malam
lokasi tontonan : kafe KK1

meriah! itu sahaja yang dapat aku gambarkan suasana ketika perlawanan bermula. memang ramai orang la yang tengok perlawanan ni sampai ada yang terpaksa berdiri untuk sama-sama menyaksikan kemenangan tanah air sendiri. yela, nak pergi tengok kat luar pun kena kos, kalau tengok kat kafe, sambil tengok tu, boleh makan malam sekali kan. hahahaha....

aku bersama-sama roomate aku yang semuanya gila bola memang macam dah gila tengok Indonesia yang menjaringkan gol pada minit ke-5. semua cuak gila sampai ada yang meluahkan kata-kata kesal dan yang paling best dalam hati aku tiba-tiba membuat spekulasi yang Malaysia akan kalah di tangan Indonesia. 

What??!!! come on bebe.... masih jauh lagi perjalanan yang harus kita tempuhi. tak kan pemain dalam padang pun bersungguh-sungguh bermain, kita sebagai penyokong nak mengalah! no way!
tapi memang mendebarkan....
jantung aku memang dup dap dup dap...
tapi setelah malaysia menyamakan kedudukan 1-1
aku dapat rasakan yang Malaysia boleh menumpaskan Indonesia
dengan syarat tolong la passing bola tu betul-betul...
kadang-kadang sakit hati juga bila tengok bola yang dah sampai di kaki striker tapi terlepas macam tu saja tanpa percubaan ke gawang gol pihak lawan...

satu lagi ketidakpuashatian aku adalah
pemain Indonesia memang banyak sinetron nya
jatuh sikit dah sakit sampai pemain Malaysia mendapat hobi baru dengan mengumpul kad kuning..
mujurlah tak ada yang kena buang padang...
risau juga aku, mana lah tahu kan tiba-tiba sesuatu yang tak diingini berlaku...
yang pelik nya, pemain kita buat sikit, dah kena kat kuning 
TAPI
pemain Indonesia buat pemain kita, minta maaf, dan teruskan permainan...
kurang sabar ye aku kat situ...
marah betul aku.
hehehehe..
nasib baik kemenangan di pihak Malaysia 
walaupun masing-masing tak nak mengalah..

ya! memang aku akui yang kedua-dua pasukan
mempunyai potensi untuk menang tapi of course la aku sokong Malaysia kan..
berkat doa rakyat Malaysia dan ini juga menunjukkan satu pembalasan yang sangat drastik....

pengajarannya,
hormat menghormati sesama kita...
jangan kita terlalu ingin menjatuhkan orang lain sehingga teraniaya diri nya
dan sesungguhnya
doa-doa orang teraniaya itu diterima oleh Allah s.w.t

 ketika menunggu perlawanan bermula
~suasana di kafe~

 bila semua orang kusyuk tengok bola
sempat snap..hehehe...

 tengok ni...dah tak ada tempat duduk tapi sanggup duduk kat lantai
Malaysia boleh!

 akak!!!! dah menang dah masa ni....
jangan buat-buat lupa kena pakai baju ni selama seminggu!
(^_^)

kegembiraan terpancar apabila kemenangan
di pihak Malaysia

dan akhirnya, kami menyanyikan lagu 'NEGARAKU' selepas penyerahan pingat...

TAHNIAH MALAYSIA!!!!
TAHNIAH HARIMAU MUDA!!!!!





Monday, November 21, 2011

blog yang macam tak bertuan

blog siapa yang macam tak bertuan tu? aishhh...ada ke patut buat blog macam tu, bila nak datang, tak nak tinggal-tinggalkan....ingat blog ni apa???

ceh, yang aku marah sangat buat apa kan, blog aku sendiri lah... apa lah aku ni kan? bukan saja tinggal-tinggalkan... kan ada pepatah melayu mengatakan "sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan" jadi aku tinggalkan lah blog ini sebentar kerana aku sangat lah sibuk sampai aku lupa nak update.... padahal cerita aku ni, berjela-jela cuma aku tak sempat nak berkongsi... aku sibuk melayan facebook dan twitter. sebenarnya facebook pun aku tak layan sangat juga, sekadar melihat-lihat aktiviti kawan yang lain dan aku mempunyai laman social yang baru iaitu google+ yang fungsinya hampir-hampir sama dengan facebook cuma di g+ ni tak ramai kawan lah.... 

aku nak share macam-macam ni tapi tak tahu nak mula dengan apa. sampai dah tak tahu nak update apa... owh, malam ni ada perlawanan antara Malaysia vs Indonesia. pasukan harimau muda yang akan menentang garuda pada malam ni betul-betul buat aku cuak. harap-harap menang lah... aku akan update keputusan perlawanan malam ini.... mari kita sama-sama doakan semoga pasukan harimau muda negara kita akan menumpaskan garuda yang ingin terbang jauh... insya'Allah dengan berkat doa dari semua penduduk Malaysia, kita boleh melakukannya...

Malaysia Boleh! 

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...