Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Friday, September 9, 2011

belajar tinggi, hantaran tinggi?

assalamualaikum..... penat + letih tak hilang lagi sebab bari balik dari bermandi manda di air terjun sagil bersama ieja & SelamBer , dan dedidated juga pada orang tangkak kita iaitu -oRanG jOhoRe- yang sama-sama memeriahkan suasana....hahaha...

tapi entry aku bukan berkisar tentang mandi manda di sagil, tapi mengenai hantaran menjadi trend masa kini. adakah ini semuanya betul atau satu propaganda yang dibawa ke dalam masyarakat kita untuk menakut-nakutkan anak muda zaman sekarang supaya menjadi motivasi kepada kaum adam agar belajar tinggi-tinggi dan kerja rajin-rajin??? begitu juga kepada kaum hawa supaya belajar rajin-rajin sebab nak dapat hantaran tinggi-tinggi???


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung Malaysia :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
 DEGREE : RM12,000 - RM15,000 
 MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000


HAH!!! macam mana dengan senarai hantaran di atas??? nak kahwin tak sekarang??? pasti membuat anda semua berfikir dan tersenyum.."betul ke ni semua?" tapi cuba renung dan fikir-fikirkan....sumber ni aku dapat dari page SelamBer la ni. dia pun ada membincangkan entry ni. 

aku bukan apa, aku rasa senarai ini membuatkan para adam bekerja keras untuk buat apa sahaja buat yang tersayang. tapi kalau dah tak mampu tu buat cara tak mampu. cakap terus terang pada keluarga si 'bunga' tu. jangan cakap 'yes makcik, i will do anything for your daughter'... memang masak lah kau lepas tu, hahaha....carilah duit untuk menanggung beban.

kepada ayah dan mak seluruh alam semesta, takkan lah nak tengok anak-anak mereka pagi petang cari duit hantaran. silap-silap haribulan, anak menantu buat loan sebab nak buat duit hantaran. tak ke gila tu. orang lain,duit loan beli kereta, beli rumah.....ni tidak, buat duit HANTARAN...nanti lepas je kahwin, sibuk nak bayar hutang bank (untuk buat duit hantaran tadi tu lahhh).

dan cuba korang fikirkan...kalau hantaran dah macam tu, macam mana pula dengan duit kenduri? ingat nak pakai sikit-sikit je ke? mesti berganda-ganda macam extravaganza punya lah. nak buat kat dua-dua pihak pengantin, pengantin pula nak buat pre wedding la, nak salin-salin baju la, nak make-up cantik-cantik, tak ke semuanya kos??? macam ni kena budget dari sekarang ni walaupun lambat lagi aq nak kahwin. hahahaha. duit! duit! duit! tak ada yang percuma ke??? ada siapa-siapa nak sponsor tak majlis perkahwinan aku nanti??? (= (saje je highlight kan supaya ramai yang akan baca...hehehe)

ok, sambung balik. tu belum duit rumah, kereta, enset, kasut, baju, seluar, makan, minum dan lain-lain........takkan la nak berhutang lagi??? jadi, belajar tinggi-tinggi pun sebabnya kena bayar hutang bank sahaja. nak ke? kalau macam tu, tak payah lah susah-susah....duit PTPTN pun belum tentu terbayar, ni nak tambah hutang lagi?? aiiiyaa...

ehhh!!! ada satu cadangan yang aku boleh kemukakan untuk membantu pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga tiang bumbung semua lah..... apa kata si 'bunga' yang kononnya dah belajar tinggi-tinggi tu, sampai degree, master, phd tu kan, mesti lah dapat kerja bergaji tinggi juga setaraf dengan kelulusan jadi, tolong la bakal suami tu kumpul duit hantaran bukannya mem'bankrap'kan lagi dia. hahaha... nasib lah korang kaum adam....

jadi, munasabah atau tidak harga hantaran itu adalah tidak penting. yang lebih penting adalah mas perkahwinan yang telah ditetapkan oleh Islam. sama-sama lah kita mendirikan 'masjid' ke jalan yang paling diredhai....insya'Allah.

p/s: tapi aku pun nak hantaran tinggi-tinggi juga...boleh tak sayang???? hik3 :)


meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...