Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Monday, April 30, 2012

elak kemalasan!!!

assalamualaikum.... malas...itu adalah lumrah setiap manusiawi. jadi kita harus mencari jalan untuk mengatasinya termasuklah berdoa kepada Allah s.w.t 

peringatan buat semua termasuk diri ini

doa :

Bissmillahirrahmanirrahim



Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.

mengapa turunnya ayat di atas???
ini kisahnya...

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri r.a. :

Masa zaman Rasulullah s.a.w dulu ada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah. Dia sangat miskin dan setiap hari (siang dan malam) dia tinggal di masjid. Cerita perihal keanehan pada diri Abu Umamah diketahui ramai sehingga Rasulullah s.a.w juga tahu. Baginda memanggil Abu Umamah dan bertanya kenapa dia bersikap begitu. Lalu, Abu Umamah pun cerita tentang betapa banyaknya hutang yang tak dapat dibayarnya sampai tak boleh nak balik dan tinggal kat rumah.. Bila dengar penerangan dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w merasa sungguh hiba dan berkata, "Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat? Amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu kelonggaran"... Rasulullah s.a.w terus membaca doa di atas. 

Abu Umamah mendengarnya dengan baik dan dia membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w itu siang dan malam dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya. Lepas beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurang dan akhirnya hilang semua sekali dan terbuka mindanya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang berjaya sehingga semua hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya dan dia menjadi orang yang kaya raya.



jadi,
marilah kita amalkan bacaan ini
untuk lemudahan pada hari-hari mendatang
Insya'Allah
Allah itu Maha Mendengar lagi Maha mengetahui






kawan baru

assalamualaikum

siapa kawan baru aku???!
mesti tertanya-tanya kan...

hahahahaha


jeng

jeng

jeng

:
:
:
:
:

mereka lah kawan-kawan baru aku...





tak ada nama lagi atas sebab-sebab tertentu
kena register nama lain...hehehe...
siapa ada cadangan nama boleh bagitahu aku ye
macam nak cari nama anak pula rasanya

kat bawah ni
ada lagi kawan-kawan baru

ni pula si sepat
yang ni nama dia Tuah dan Teja
pusha punya ikan
(^_^)


seterusnya
atul 
dia pun ada bela juga
sama macam sepat kat atas ni
tapi nama dia moden sikit
Edward dan Bella
tak ada gambar 
sebab 
tuan dia belum snap lagi gambar  
hehehe...

satu lagi
mama (aten) punya
si sepat juga
nama dia cepet
si cepet ni dah lama dah mama bela
kira dia senior la dalam kalangan ikan-ikan kat atas
yang lain-lain ni junior je kat sini
hahahaha

nanti aku masukkan gambar-gambar semua ye
sekarang aku ada gambar si puyu, si tuah & teja
yang tak ada si edward, bella dengan cepet
aku akan masukkan lain kali ye....

bye2!






Thursday, April 26, 2012

dedication for my friend

assalamualaikum.... selamat pagi semua... oleh sebab hari ni aku tak ada kelas, aku bangun je terus mengadap laptop ni. buntu. tak tahu nak buat apa walaupun banyak kerja sebenarnya yang nak kena fikir. hehehe.... aku nak post entry kali ni untuk atul. oleh sebab dia suka nyanyi lagu ni sampai terbawa-bawa dalam tidur aku (mana tak nya, dia nyanyi aku follow kan...hehehe..) kan dah terngiang-ngiang kat telinga aku. so, biar aku kongsi lagu apa sebenarnya yang atul nyanyi... (^_^)


Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…


ni lah dia ainan tasneem
"aku suka dia"
so atul, apa kata kau belajar main lagu ni...boleh hiburkan aku...hehehe 

supaya aku boleh tidur dengan nyenyak
sekian...





Wednesday, April 25, 2012

aerobic di petang rabu

assalamualaikum semua.... 
hari ni aku dan kawan-kawan kat UMP pergi ber'aerobic' (^_^) dah macam jadi aktiviti mingguan je aerobic setiap petang rabu ni. dulu aku dengan atul je yang selalu pergi berdua. kadang-kadang dengan roomate aku yang sorang tu, mimie. akak (roomate aku yang sorang lagi) jangan cakap lah, busy je memanjang....dah final year kan...hehehe.... hope benda ni boleh berkekalan sebab sekurang2nya boleh menghilangkan stress kiteorang yang sememangnya stress nak gila.
(ceh, padahal berat dah naik dah aku ni)

kalau dah nama pun perempuan, ke mana saja ada gambarnya...


ni lah atul
merangkap roomate + classmate + kakak aku
(sebab anak kepada mama yg sama) 
(^_^)


ni pula mama a.k.a fatin
hah..ni lah mama aku + atul
(^_^)


ni aku bersama ibu a.k.a pusha
dia ni ibu kepada ziera
:
:
:
awex tu ada kat bawah ni


ni nama dia ziera
anak kepada ibu kat atas tu
(^_^)


kat sini geng yang pergi aerobic sama-sama
+nad+atul+aku+mimie+ziera+pusha+
dan untuk mama yang sedang
ambil pic yang cute ni
...................
sekian


amalan gaya hidup sihat

Monday, April 23, 2012

testing..testing..

1...2...3...testing...testing...

FUH...FUH...

berabuk blog ni.....

saja nak testing blog yang telah dinaiktaraf oleh tuannya




p/s: sila ikuti perkembangan blog saya yang baru ni :)


meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...