Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Wednesday, December 5, 2012

5.12.2012

assalamualaikum dan salam rabu buat semua
hari ni aku bangun lambat
gara-gara aku tak boleh tidur malam tadi sebab mata ni tak mengantuk
dah tu aku tengok lah macam-macam cerita
adam hawa episod 58, pisau cukur, oh haram dan lain-lain


 























banyak lah juga aku tengok cerita tapi cepat-cepatkan lah
kalau tak, tak habis semua cerita
so, itulah sebab aku bangun lambat
( panjang aku terangkan, boleh dapat A++ untuk karangan tak?? )

bangun je, buka lappy
tengok apa-apa yang menarik kat fb & twitter
lepas tu gosok gigi, basuh muka tapi tak mandi pun
sarapan pagi pukul 12 pm
sarapan lagi ke namanya tu? 
tapi untuk aku yang baru bangun tidur ni kira sarapan lah kan?
sarapan dengan atul dan mimi...
buat fyp...online...baca blog...
makan tengahari pulak pukul 3 lebih
duduk dalam bilik, nak tahu makan apa??

ni lah makanannya, pagi petang siang malam makan roti

lepas tu, sambung mengarut buat fyp dengan atul sampai petang 
aku mandi dan siap-siap ke pasar malam
aku beli telinga keling, kuew teow goreng, hati dan perasaan dan air longan
sedap ooo air dia...
dah puas bermain-main kat pasar malam, balik bilik dan makan
dinner bersama roommates tersayang
atul, mimi, iera dan aishah
ramai kan roommates aku sebab ada sorang tu pendatang haram
hahaha (jangan marah ye aishah)

iera, aku, aishah dan 
pusha (dia ni bukan roomates aku pun tapi dah macam roommate da)
atul tengah snap gambar sambil tunggu mimi datang

so sekarang ni mata aku dah kuyu akibat makan berlebihan
dah macam kenderaan berat ke seblah kiri, beri laluan untuk memotong..hahaha...
macam mana nak sambung buat fyp ni kalau mata mengantuk?
otak tak berfungsi
fizikal tak bermaya
mata pun dah berat
tapi demi fyp aku gagahkan diri juga
jom atul kita buat fyp! siapkan dan bersuka ria di hari-hari terakhir kita di ump ni
(konon je..hehehe)
lagi beberapa hari je lagi
semangat je lebih tapi tak gerak-gerak pun gi buat fyp tu
nanti dah nak bla aku buat countdown ye
sekarang ni ada dalam sebulan lagi, lama lagi tu
hehehe
k la, tu je nak bebel hari ni
bye!

p/s: kejadian paling malu ---->>>> kerana sekeping duit RM1, aku malu sampai bila-bila
      hahahaha....macam nak terjun longkang je....maafkan aku ye kawan-kawan ! 


yang penat menaip selepas bergelut dengan syamimi wahid,


Tuesday, December 4, 2012

4.12.2012

Ya Allah, 
Kau permudahkanlah urusan aku
serta semua kawan2 aku
Aminnnn...

hari ni pergi kelas pukul 10 pagi
dalam kelas sejuk gila 
then jumpa abah a.k.a en shariman
untuk fyp
gaya dia cakap macam ada sebulan lagi untuk hantar fyp tu
hehehe
balik dari jumpa abah, makan kat kafe abang jimmy
sambil2 tu tunggu Mr. M atul
yang dah lama tak muncul2
*sabar ye atul
dia tak muncul pun akhirnya
pergi ina shoppe
pergi unit Li ambil offer letter yang dah sampai
tu pun orang lain yang bagitahu
balik bilik
tidur
sampai sekarang baru bangun
hujan dan gelap je bilik
malam ni berjuang buat fyp!
ok tu je
bye!


ikhlas dari aku, 


Monday, December 3, 2012

dugaan & kawan ^_^

assalamualaikum dan salam ceria buat semua


tajuk entry berkenaan dugaan tapi aku masih boleh tersenyum. bukan bermaksud aku cuba untuk memperlekehkan dugaan dan masalah yang datang tapi aku cuba untuk menjadi kuat supaya aku tidak akan lemah seperti dulu. siapa kata aku tak pernah jatuh? siapa kata aku tak pernah tersungkur? cuma di kala itu, hanya hati aku yang merasakannya dan aku cuba untuk bertahan untuk meneruskan perjuangan aku di samping kawan-kawan dan keluarga. semua yang berlaku ada hikmahnya, dan sepatutnya kita belajar dari kesilapan tapi sebagai manusia biasa, kita semua tak lari dari mengulangi apa yang telah berlaku kerana itu semua tanpa sedar. 

ntah apa lah aku membebel ni kan...hanya buat renungan untuk aku supaya ini tidak akan terjadi lagi kepada aku dan kawan-kawan semua. tatkala semua orang sibuk menyiapkan projek akhir tahun ini, ada juga hati yang terluka, ada juga hati yang berdarah kembali. luka yang lama, jika di toreh, akan kembali koyak dan semakin teruk. cewah! buakan main puitis lagi ayat aku, macam baru baca novel je. hahahaha......

sebenarnya aku nak cerita dugaan berkawan ni. bukan mudah untuk berkawan kerana setiap orang ada ragamnya, yang penting jangan pentingkan diri sendiri. dugaan berkawan.... kan mudah kalau kita semua serupa, sekurang-kurangnya jika terluka, kita sama-sama terluka. hahahaha...pelik la pula kalau semua orang sama kan. kawan, jangan pentingkan hati sendiri. jangan ego dengan pendirian sendiri jika ingin disenangi oleh kawan-kawan. kawan ni orang yang paling rapat dengan kita jika kita berjauhan dengan keluarga tapi jika perasaan pentingkan diri sendiri itu wujud tanpa rasa tolak ansur, akhirnya kita yang akan terluka. 

ini semester akhir aku di sini, sebab semester depan aku dah praktikal. comfirm lah aku nak balik negeri bersejarah tu, tak sanggup aku nak duduk di bumi pahang ni lagi. dari semester 1 sehinggalah semester 7, terlalu banyak kenangan bersama kawan-kawan. suka duka, pahit manis dan akhirnya siapa yang dapat bertahan dengan aku adalah kawan aku. aku serik dengan kawan yang mengkhianati aku tapi itu tidak bermakna aku tidak mahu menambah kawan. aku cuma perlu berhati-hati kerana aku betul-betul ikhlas jika berkawan. aku takut suatu hari nanti keikhlasan aku juga semakin pudar buat kawan2 aku tapi aku harus sedar yang aku tidak boleh menghukum orang lain atas kesalahan orang lain. 

kawan, 
kita berjumpa kerana takdir
kita berkawan kerana kasih dan sayang
kita bersama kerana persefahaman
kita bergaduh kerana satu ikatan
tanpaNYA tak mungkin sekarang ini terjadinya satu jalinan
satu rahsia hati yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa 
yang memahami erti persahabatan

kawan,
aku tidak mencari kawan yang sempurna serba serbi
aku tidak pernah menetapkan sifat-sifat untuk menjadi kawan
cukuplah sekadar yang memahami
yang menghormati antara satu sama lain

kawan, 
kadang kala ada juga aku menyakiti hati mu
kata-kata aku membuat hatimu terasa
gurauan aku membuat kau terluka
tapi percayalah wahai kawan
yang aku tak bermaksud buat kau sakit
aku juga manusia biasa yang alpa dan lupa untuk menjaga bicara aku
tiap patah yang keluar tidak bermakna aku tujukan buat kau

kawan,
dulu, kini dan selamanya
insan yang pernah bergelar kawan kepada aku
insan yang sedang menjadi kawan kepada aku
dan juga insan yang akan menjadi kawan kepada aku
aku dengan hina
menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf
atas semua salah dan silap selama ini
dari jauh aku memohon doa dari Allah 
Yang Maha Mendengar
Yang Maha Mengetahui apa segala yang terjadi
supaya insan yang bergelar kawan ini akan berjaya di dunia dan akhirat
supaya bahagia dan gembira menjalani kehidupan yang penuh liku-liku 
amin..amin... Ya Rabbal'allamin

itulah dugaan berkawan. hehehe.... bukan mudah untuk bertemu dengan kawan yang ada bersama kita susah dan senang. mungkin kita tidak nampak bahawa yang kawan kita bersusah payah kerana kita. mungkin kawan itu tidak tunjuk keprihatinannya tapi tidak bermaksud dia tidak ambil peduli. mungkin...mungkin dan mungkin....terlalu banyak kemungkinan dalam hidup ini sehingga kita sendiri keliru dengan hidup kita dan akhirnya kita tidak tahu apa yang kita inginkan. 

ok lah, aku nak sambung kerja yang patut aku buat. ceh, bukan sambung, sebenarnya baru nak mula pun. hahahaha.... ok la...bye2

salam manis dari aku,



Friday, November 23, 2012

masquerade dinner

assalamualaikum
saja nak share gambar dinner :)
2012

tema  : Masquerade Dinner
tarikh : 2 september 2012
masa  : 8 pm


burung hantu 0.O
hohoho...

tiket dinner dan gambar bersama classmate ^_^

suami isteri
semoga bahgia selamanyaaaa.....

#theaweks
sleeq : cun saja :p hahaha

budak gedikzz

bergambar bersama bebudak PM dan classmate aku sendiri :) hehehe

ni gambar bebudak kelas dari meja ke meja ^_^


ni gambar bebudak kelas dari meja ke meja ^_^


hah! ni pantang nampak camera :)
macam2 gaya ada...hehe

aweks2 cun bila dah posing

so, kesimpulannya, aku saja je masukkan gambar2 ni sebagai kenangan bersama mereka....
apa pun jadi aku masih ada kenangan bersama 
student2 ITM 2009-2013
kenangan suka duka manis pahit 
akan terpahat di hati ini walaupun pedih untuk disimpan


                                    iklas dari aku,


kisah kawan saya (part 4)

assalamualaikum...lama tak update cerita kawan aku ni...ceh, dah banyak sangat ketinggalan sebenarnya. aku cerita apa yang aku ingat je ye....ceh, mana satu yang aku nak cerita dulu ek? banyak...serius banyak sebab ada je kejadian2 yang tak disangka2 berlaku tanpa di sangka...
ok! aku dah tahu nak cerita yang mana.....

caption dia : #kekbatik

lepas ni setiap kali makan kek batil comfirm ingat kisah mar & mel...

dengan perasaan yang berbunga2, mel buat kek batik kat bilik, sebenarnya memang buat nak bagi mar makan tapi sebelum mar makan, kami - roommate2 yang comel, dah melantak dulu dah. maaf ye mar!!! hahaha...bila malam je menjelma, mel sms mar untuk ambil kek batik tu di kafe

tapi........

mar reply yang dia ada kerja dan tak dapat ambil....mel kecewa dan tak nak bagi langsung kat mar. atas nasihat #theaweks mel akan tinggalkan kat satu tempat supaya mar boleh ambil lepas habis kerja nanti. at least, mar akan ambil juga kan kek batik tu. mel pun bercadangan nak letak kat rak kedai kak ina...ingat lagi tak yang sebelum ni mel ada letak air dengan bunga ros kat situ? tak ingat???? aisshhhhh...baca ni balik ehem...ehem...click2! 

tapi........

ada tapi lagi lak kan, hahaha.... kiteorang masa tu kat kafe....dinner yang dah lewat dan sengaja melewat-lewatkan (argg! rindu gile kafe lama....damn!) kiteorang borak2, dan tiba2 ada anak2 kucing datang kat tempat kiteorang so apa lagi, semua busy main dengan anak2 kucing tu lah....tiba2, mel dapat sms dari mar, dia dah pergi ke rak tu tapi tak ada apa2...OMG!!! kiteorang punya lah bermain dengan anak kucing tu sampai tak ingat dan tak nampak apa yang terjadi di sekeliling tu. haiiisssshhh..... 

then, mel hantar sms suruh mar datang turun kat tempat kiteorang makan untuk ambil kek batik tu...mula2, ingatkan mar ni tak turun sebab dia dah naik bilik dia yang ntah tak tahu tingkat berapa, mungkin tingkat 3 atau 4 sebab itu je bilik bebudak international... 

tiba-tiba, tanpa tidak disangka2, mar muncul kat situ dan pada masa yang sama mel tengah duduk mencangkung bermain dengan anak2 kucing tu....alamak!!!!! mel, control ayu sikit...hehehe....so, kiteorang yang ada di situ, #theaweks dapat menyaksikan dan menjadi saksi kepada kejadian itu. wah, so sweet bila mar turun semata-mata untuk ambil pemberian mel. 

mel pun bangun dengan nervous (ni aku yang nampak lah..hahaha) dan ambil tupperware yang berisi kek batik tu bagi kepada mar. ceh3, bukan main lebar lagi cik mar ngan cik mel bertukar senyuman. hehehe.... rasa masa tu, kteorang nak tepuk tangan je tau.... nasib baik boleh kawal diri masa tu, kalau tak memang merahlah muka mel tu. hihihi

lepas tu, mel terus duduk nak sambung main dengan anak kucing tu. tak tahu lah, gaya spontan atau mel cuba untuk tahan malu bila berdepan dengan mar. tengah mel duduk mencangkung kat situ, tiba2 mar datang dekat dan hulurkan sesuatu kat mel. OMG! (sekali lagi) mar hulurkan sesuatu kat mel. hehehe....so sweet dan masa tu #theaweks yang tengok sempat snap gambar mereka. hehehe...nakal betul #theaweks ni...ish2!

hah! tengok, ingat niat mel je nak bagi kek batik kat mar tapi mar pun ada bagi kacang kat mel. ceh2, so sweet bila ingat balik peristiwa ni. hehehe. kacang dari China tu khas buat mel. hahahha

malam tu macam biasa lah, mar balik bilik dengan hati yang berbunga-bunga.... 


tu lah peristiwa kek batik yang aku tak akan lupakan.....


                                                                   yang penat mengarut,





Tuesday, November 20, 2012

lab batal @#$%^*

assalamualaikum..... 
Dengan sukacita nya aku memaklumkan lab untuk petang ni batal...cis, aku dah siap dah, lab boleh batal....memang jauh dilubuk hati aku, aku terlompat-lompat kegembiraan akibat lab batal tapi oleh sebab fizikal aku dah siap sedia dengan jacket fakulti dan berstokin, dapat pesanan sms dari seorang rakan sekelas yang lab batal...OMG!!!! tadi aku sms kat en zam (orang yang ajar lab) 

'petang ni lab milling ngan lab turning ada tak? macam biasa ke?' 
 dia reply, 'macam biasa' 

tapi sebenarnya lab milling tak ada...sabar je lah dan oleh kerana keciwa yang teramat sangat aku pun ikut group lain ke lab cad cam....so aku online dengan jaya nya sambil hilangkan rasa marah lab tak ada...hahaha..tu je aku nak mengarut sebab dah lama tak update blog ni dengan cerita-cerita best. 

salam manis semanis senyuman
=) senyum sikit
salam

Thursday, July 12, 2012

They said I could be anything, so I became a Churper. #ChurpChurp

They said I could be anything, so I became a Churper. #ChurpChurp

cuti sem

assalamualaikum kawan2... dah lama dah sebenarnya cuti sem tapi baru nak update entry pasal cuti sem ni. hahaha... ala, apa lagi, aku kebosanan lah kat rumah. just ada lah hari2 yang best dan tak dapat aku lupa kan. nak je aq update tp kemalasan tahap dewa aku ni menghalang aku dari terus melingkar di atas katil. ok2... kalau aku rajin kejap lagi, aku upload gambar2 yang aku simpan semasa cuti sem. hahaha..boleh plak macam tu kan. ok la... ada benda aku nak buat ni, rajin2 lah buka blog aku ni, sebab aku akan bergiat aktif kembali. cewah, macam tu lak kan. bye2 (^_^)

Tuesday, June 19, 2012

kisah kawan saya (part 3)

assalamualaikum

31 MARCH 2012
betul ke nak jumpa ni?
aku pun macam tak percaya tapi itu yang mel dapat dari text mar
aku pun tak tahu nak jawab apa bila mel tanya nak jumpa ke x
yela, kau pun tak tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran mel
aku tahu dia gembira dan dia juga mesti takut
akhirnya aku cakap dengan mel
why not kalau kau pergi je jumpa
nak kawan kan dengan mar?
so, jumpa je dia
hari dah nak magrib
awan semakin menghitam menutupi keterangan alam
masa berlalu tanpa berhenti walaupun sesaat
tapi masa tu jantung mel rasa berdebar-debar
nasib baik tak berhenti tahu tak
kalau berhenti memang mar kena bawa pergi hospital
tapi tak ada ubat lah sebab mana ada ubat untuk jantung berdebar-debarkan
hahahahaha.....
malam tu aku dan mel nak keluar dengan kawan-kawan sebenarnya
jadi mel pun ber'date' lah dengan mar...
nak tahu berapa minit???
aku rasa adalah dalam 2 minit je....hehehe
comel2 je aku tengok (dua-dua pakai baju putih....janji ek? hehehe....)
so dengan rasminya mereka dah berjumpa
aku tak akan lupa tarikh ini untuk kawan aku... hehehe...
banyak lagi kisah antara mereka tapi aku akan sambung bila ada mood sebab sekarang ni dah cuti semester....kita sambung semester depan jika dipanjangkan usia.....hehehehe :)
happy holiday mel & mar!

Thursday, May 17, 2012

12 sifat sahabat sejati (Imam Al-Ghazali)


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu~

InsyaAllah






Sunday, May 13, 2012

selamat hari ibu

assalamualaikum...
selamat hari ibu kepada mak, rosilah binti hashim yang sekarang berada di rumah. tak tahu nak luahkan bagaimana rasa di dalam hati ini keranan masih memiliki insan bernama Mak.

Mak,
terima kasih
terima kasih
terima kasih

hanya itu ucapan yang mampu kakak ucapankan
segala pengorbanan mak
tak akan kakak lupakan

kalau dulu masa kakak kecil-kecil
kakak terasa yang mak abaikan kakak
kakak terasa yang mak tak peduli kan kakak
tapi kakak tak tahu
mak kerja mencari kesenangan
untuk kakak dan along ketika itu

kakak masih kecil dan tersalah tafsir
kakak jauhkan diri dari mak
sebab rasa tak disayangi
kakak mula mencari kwan-kawan disekolah
untuk berkongsi segalanya

semakin hari, kakak semakin besar
kakak dah boleh fikir
yang mak sebenarnya sayangkan kakak
semakin hari, kakak semakin dewasa
kakak dah boleh fikir
yang mak sebenarnya curahkan kasih kepada kakak

sekarang
aku dah tahu siapa mak kepada aku
dia adalah insan yang tiada galang gantinya
aku terlalu menyayanginya
aku terlalu menyintainya
aku tak ingin kehilangannya
belum tiba waktunya
aku berdoa agar mak dipanjangkan umur
aku masih perlukan mak disisi untuk
meneruskan perjalanan hidup aku ini
dalam suka dan duka kehidupan.....





Bissmillahirrahmanirrahim.....
Ya Allah Ya Tuhan ku,
aku menadah kedua tapak tangan dengan rasa hina,
memohon Engkau melimpahkan rahmat dan hidayahMu
kepada kedua mak dan ayah ku...

Ya Allah Ya Tuahan ku,
ampunkan lah dosa kedua mak dan ayahku,
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku ketika kecil,
buka kan lah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu,
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka....

Ya Allah Ya Tuhan ku,
kau ampunkan dosa aku
dosa kedua mak dan ayah ku,
berikanlah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka kepada aku
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku....

Ya Allah Ya Tuhan ku,
makbulkan doa hambaMu ini
demi kebaikan kedua mak dan ayah ku
sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung
yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
amin Ya Rabbal 'alamin

Saturday, May 12, 2012

adab-adab pelajar dengan guru a.k.a LECTURER

asaalamualaikum.... sambil duduk-duduk hari ni, aku terbaca satu article mengenai guru. dulu masa kita sekolah, puas kita buat apa saja untuk jaga hati guru. budak nakal macam aku pun tahu hormat guru. mana tak nya, keberkatan seorang guru itu penting bila ilmu nya sampai ke kita. tapi sekarang bukan zaman sekolah lagi, dah melangkah ke universiti, guru dah tak ada.... tak ada guru??? memang lah tak ada guru tapi pensyarah juga seorang guru yang mengajar kita. pensyarah a.k.a LECTURER. nanti ada yang tak perasan pula yang lecturer tu pun seorang guru. 

jom kita baca !

Sifat pertama yang perlu ada pada setiap pelajar di dalam menunaikan hak terhadap guru ialah menghormati guru. Guru wajib dihormati kerana kedudukannya yang menyampaikan ilmu kepada pelajar. Pelajar juga wajib menghormati guru kerana kedudukan pelajar yang menerima ilmu darinya. 

Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam pernah bersabda (yang bermafhum):

“Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya “
(Riwayat Ath-Thabrani)

Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam juga mengingatkan akan hak pelajar terhadap guru dalam sabda baginda:

“Tidak termasuk umatku orang yang tidak mengagongkan orang besar dari kami, tidak mengasihi orang kecil dari kami, dan tidak mengetahui hak orang alim dari kami “
(Riwayat Ath-Thabrani)

Sayyidina Ali Radhiallahu ‘anh pernah memberi pesanan dalam soal menghormati guru dengan berkata:

“Hak seorang alim (guru) yang wajib atas dirimu ialah: memberi salam kepada semua orang yang berada dalam majlisnya, dan mengkhususkannya dengan berjabat tangan. Hendaklah duduk berhadapan dengannya, tidak boleh menunjuk jari di hadapannya, tidak boleh mengerling mata dengan orang lain di hadapannya, tidak menyebut kata-kata orang lain di hadapannya, tidak boleh mencaci orang di hadapannya dan sekiranya dia melakukan kesilapan hendaklah maafkannya. Muliakanlah dirinya kerana Allah SWT, dan kiranya dia memerlukan sesuatu, hendaklah segera menghulurkan bantuan kepadanya, jangan memuji-muji orang lain di dalam majlisnya, jangan menarik bajunya, jangan memaksanya jika dia keberatan, jangan merasa jemu duduk bersamanya. Anggap dia laksana lebah dan dirimu menunggu sesuatu yang akan jatuh daripadanya pada bila-bila masa sahaja”.

Sehubungan dengan hadith di atas serta pesanan Sayyidina Ali Radhiallahu ‘anh, Dr.Abdullah Nasih Ulwan membuat beberapa kesimpulan akan adab-adab pelajar terhadap gurunya :

1. Seorang pelajar hendaklah merendahkan dirinya di depan guru, jangan keluar daripada pendapat dan arahannya. Merendahkan diri terhadap guru adalah satu kemuliaan dan ketinggian. 

Imam Ghazali ada menyatakan :

“Ilmu itu hanya akan diperolehi dengan merendahkan diri dan memperhatikannya...”

Imam Ahmad berkata kepada Khalafu’l-Ahmar:

“Aku tidak pernah duduk kecuali di hadapanmu, kami telah diperintahkan untuk merendahkan diri terhadap orang yang kami ambil ilmunya “

2. Seorang pelajar hendaklah memandang gurunya dengan kemuliaan dan meyakini bahawa gurunya memiliki darjat yang tinggi. 

Imam Syafi’i ada menyatakan:

“Pernah aku menyimbak (membuka) lembaran kertas di depan Malik dengan lembut kerana kewibawaannya, agar dia tidak mendengar gemerisiknya “

Ar-Rabi’ berkata :

“Demi Allah, aku tidak berani meminum air sedangkan As-Syafi’i melihatku kerana rasa hormat kepadanya “
 

Pelajar-pelajar juga hendaklah dilatih supaya tidak memanggil gurunya dengan kata-kata “kamu”, tetapi dengan mengatakan “wahai guruku atau wahai ustazku”, kerana kata-kata panggilan yang baik merupakan pengikat rasa kasih sayang antara murid dan gurunya.

3. Hendaklah pelajar mengetahui hak-hak terhadap gurunya dan tidak melupakan jasa gurunya sehingga ke akhir hayat. 

Syu’bah berkata:

“Apabila aku mendengar hadis Rasulullah SAW daripada seseorang, selama itulah aku menghormatinya.”
 

Sebaiknya seorang pelajar mendoakan kesejahteraan gurunya sepanjang hayat. Jika guru itu sudah wafat hendaklah diambil berat hal ehwal keturunan dan orang-orang yang mencintainya.

4. Jika guru menegur atau marah, maka hendaklah murid bersikap sabar. Hendaklah pelajar menganggap bahawa kemarahan guru adalah sebagai tanda kasih sayang guru terhadap pelajarnya. Para guru sebenarnya ingin memperbaiki kelemahan pelajarnya. Dengan sikap sedemikian, akan lahirlah rasa sayang para pelajar terhadap guru dan bermanfaatlah segala ilmunya bagi pelajar dalam urusan din, dunia dan akhirat.

Sebahagian ahli salaf berkata:
 

“Barang siapa tidak sabar dalam belajar, maka dia akan buta huruf selama hidupnya. Dan barang siapa bersabar di dalamnya, dia akan mendapat kemuliaan dunia dan akhirat.”

5. Hendaklah pelajar duduk di hadapan gurunya dengan sopan, tenang, merendahkan diri dan hormat sambil mendengar dan memberi sepenuh perhatian kepada gurunya.Seorang pelajar juga haruslah menghindarkan segala perbuatan yang tidak sopan terhadap gurunya.

6. Janganlah pelajar berjumpa gurunya di kelas, rumah atau tempat khusus sebelum mendapat izin daripadanya. Sebaiknya seorang pelajar menghadap gurunya dalam keadaan sempurna, dengan badan dan pakaian yang bersih, terutama jika dia hendak ke majlis ilmu. Kerana majlis ilmu adalah majlis zikir, pertemuan dan ibadah.

7. Apabila seorang pelajar mendengar gurunya menyebut sesuatu dalil hukum, menceritakan sesuatu syair, membawa sesuatu berita atau mengemukakan sesuatu ilmu, hendaklah dia mendengar dengan penuh perhatian seakan-akan dia belum pernah mendengar sama sekali.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan ada mengatakan bahawasanya memenuhi hak terhadap guru adalah wajib lebih-lebih lagi jika guru tersebut adalah dikalangan mereka yang bertaqwa dan beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Itulah adab-adab terpenting yang harus diamalkan oleh para pelajar dalam rangka untuk menjadi pelajar yang benar-benar berilmu, beradab dan bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala.

jadi kawan-kawan yang dah masuk universiti tu, jangan lah tertalu takbur, kita masih seorang pelajar. mungkin kita lupa yang LECTURER kita itu juga seorang guru. jangan buat guru kita sakit hati dengan kita, kerana keberkatan yang kita cari tidak diperolehi. jangan buat guru kita sakit hati kerana aku pernah rasa hidup tanpa keberkatan seorang guru. mencari kemaafan seorang guru bukan mudah. jika tidak, tunggang langgang hidup kita. kita harus ingat yang hidup dan perjalanan kita masih jauh lagi. jika bukan di sini bala nya, suatu hari nanti kamu pasti merasa juga kerana itu janji Allah kepada kita. peritnya hidup tanpa berkat guru adalah sangat-sangat menyesakkan kerana bila kita rasa sudah perfect tetapi ianya tidak menjadi. ketika itu lah, baru kita terkial-kial mencari apa silap dan salah kita. itu yang berlaku. jadi kawan-kawan, carilah keberkatan seorang guru itu. jangan jadi seperti aku kerana pengalaman itu mengajar kita erti sebuah kehidupan. ingat! bila seorang guru itu marah, ilmu tidak berkat, hidup kita tak akan tenang....

fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah

pesanan buat saya sendiri dan juga sahabat-sahabat di luar sana



saya seorang pelajar!






















Thursday, May 10, 2012

kisah kawan saya (part 2)

assalamualaikum...
hai...hai...hai...
meh sini nak sambung cerita mel dengan mar ni
mar ni tahu je mel nak kawan dengan dia
tapi mar buat tak tahu je
yang aku kagum dengan mel ni sebab mel ni tak putus asa
yela,
kalau orang lain ni aku rasa dah lama dah give up


mana tak nye, mar tu buat tak layan je...
kadang-kadang aku rasa aku pun nak give up 
sebabnya aku takut mel tu kecewa pula nanti
tapi korang semua mesti tak puas hati kan kalau mel tu give up tengah jalan
hehehehe...sebenarnya banyak lagi peristiwa yang terjadi

nak tahu tak?

ni peristiwa yang aku sendiri tak akan lupa untuk mel tau

satu hari tu, mel dengan aku berada di hostel
patutnya dah lama dah balik sebab cuti pertengahan semester
tapi sebab ada visit dekat KL bersama course mate,
terpaksa lah duduk kat hostel diam-diam
gila tak bosan masa tu sebab ramai yang dah balik
room mate aku pun dah hilang sebab gembira balik rumah
dijadikan cerita petang tu,
mel dengan aku jalan-jalan sekitar universiti
biasanya lah kan, duduk kafe, makan-makan, tengok tv
nak naik bilik tu,
tiba-tiba
ternampak mar ni main basket ball kat court biasa
wah, bunga-bunga lah hati mel kan



lupa pula aku yang mar mesti lah tak balik sebab dia student international kan
nak balik mana pula, so memang sepanjang semester break dia mesti ada kat sini!
senyum lebar mel nampak mar main basket ball
then, idea gila dia datang lagi

nak tahu apa???!
mesti terkejut sebab mel ni bercadang nak bagi air 100plus kat mar
yela, nampak mar berpuluh-peluh sakan main basket ball tu kan
tapi nak bagi macam mana pula kali ni?
kalau sebelum ni bagi roti melalui kawan mar tu,
tapi kali ini tukar strategi sikit
sebab nya dulu lepas pass kat kawan mar tu
semua pandang mel kalau terserempak
so, tak nak malukan diri sendiri
mel bercadang letak 100plus tu kat rak kedai kak ina
hehehe...

kiteorang naik bilik dulu sebab nak solat
tiba-tiba mama dan ibu datang bilik

(watak tambahan)
fafa - mama
fifi - ibu

dorang berdua ni baru je balik dari majlis orang kahwin
macam-macam lah dorang bawa balik
nasi, lauk-pauk, goodies dan yang paling best
bunga rose hidup

ting...ting...ting!
nak tahu tak kenapa bunyi macam tu? tu nama dia dapat idea
hahahhaha
mama ngan ibu cakap, ambil la bunga-bunga tu kalau nak...
pilih-pilih lah sebab banyak sangat
dengan sepantas kilat
mel dan aku keluarkan bunga rose tu
aku excited je tapi tak tahu nak bagi siapa
buah hati aku jauh sangat lah (eh, dah masuk cerita lain pula ni..hehe...)
tapi aku tengok  mel betul-betul pilih
rupa-rupanya nak bagi mar tu bunga rose
aku ingat dia main-main je dengan aku
but see the leg la
mel buat betul-betul!!!!!!
petang tu juga kiteorang pergi beli 100plus kat kedai kak ina tu
dan tinggalkan kat rak depan tu

bersama sekuntum bunga rose yang mekar, semekar cinta mel kepada mar (tagline)

ceh, pandai je aku tambah-tambah kan...baru seronok cerita aku ni
lepas dah letak 100plus dengan rose tu
kiteorang balik bilik
dan mel terus mesej kat mar

lepas je kejadian tu,
tiba-tiba......pada hari yang sama...
mar mesej mel cakap nak jumpa
jeng-jeng-jeng!
gila!!!!
terkejut tak? berdebar-debar tak korang?


aku yang taip ni pun berdebar tahu tak...hahahaha
kita sambung lagi lain kali ok!
tunggu ye....
(dah macam cerita alam fantasi dah ni tapi ini realiti ok!)


Jika kamu ingin memiliki sesuatu yg tak pernah kamu miliki, 
kamu harus melakukan sesuatu yg tak pernah kamu lakukan

jalan-jalan Teluk Cempedak

Assalamualaikum
gambar jalan-jalan kat 
Teluk Cempedak, Kuantan , Pahang


walaupun dah 3 tahun duduk Kuantan
baru sekarang nak jalan-jalan
tak salah kan???
meh aku share gambar-gambar menarik

kat bawah ni ada gambar-gambar yang comel
view lah ye
(^_^)






ketibaan kami di Teluk Cempedak!!!
ceh, dah macam ketibaan VVIP  pula.......

melancong ke melencong ni???
hahahaha....


jalan-jalan sekali terjumpa dengan budak kecik ni
anak buah kepada Ahmad Shah
(budak matrik aku dulu)



semangat tu ambil gambar
bergaya kalah artis...hehehe...


gaya pelancong habis
pakcik tu pun melayan je


beli kak, jangan tak beli :)


rupa-rupanya beli bubbles
dah sampai pantai la katakan....


titian Teluk Cempadak
dah baru tu...
dulu aku naik masa tahun 1, kayu je la
bagus! dah maju...hahaha


awex dan bubbles 


tagline: gembira dapat mengembirakan orang lain


semangat sampai kat sini
jauh tu lalu titi
hehehe



pasangan berchenta....
hahahaha



cantik la... 
nanti kawen boleh shoot kat sini



baik-baik turun tu
kang ada yang tergolek pula...
hahahaha


ni superman
salah...superwoman


gadis dan angan-angan....


ni kanak-kanak riang!
bersama bubble ^_^


nice shoot!


tagline: bawa ku terbang tinggi ke angkasa!!! 


terbang tinggi
setinggi langit ke tujuh
peduli kan orang lain.......




gambar skema !


superwomen pun nak bubbles juga....hehehe....


pusha,
kalau kau rasa kelakar gambar ni
aku rasa cantik


ada juga gambar berdua dengan atul 
hehehe


nice!


smile :)


berangan la tu
apa lah yang dia angan kan....
nak juga tahu kan...


atas batu pun nak juga bergambar


cikgu kami!


dah nak balik da ni...
malam dah


bye2 Teluk Cempedak
cepat!!!! masuk kereta
ada monyet kejar!!!!!


ini tujuan asal nya nak pergi Teluk Cempedak ni
nak makan McD je sebenarnya
tapi melencong sekejap....
selamat tinggal TC!





meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...