Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Saturday, May 4, 2013

bila bosan....

assalamualaikum dan salam cahaya pilihan....

hah, wujud lagi rupanya blog ni kan, sebab kesibukan dan kecelaruan dalam hidup aku membuat aku lupa yang blog ni adalah tempat aku bercoloteh bila berlaku sesuatu....tetapi malangnya bila dah mula praktikal, aku dah abaikan blog ni.... kesian blog ni...hahaha...jadi hari ni, bila dah tak tahu nak buat apa, baru lah terhegeh-hegeh nak cari benda nak buat. actually ada je kerja aku yang belum settle tapi mood nak buat kerja tu tak ada. bilik pun bersepah tak kemas. buku log dah lama tak buat. banyak sebenarnya kerja yang belum beres tapi still malas nak buat. bila teringat blog, rasa rindu pula nak mengarut kat sini.

kalau nak tahu, hari sabtu dan ahad ni lah yang paling tenang untuk aku sebab selalunya ada je benda yang nak kena buat. orang kahwin lah, kerja lah, ke sana ke sini, akhirnya sabtu ahad berlalu tanpa rehat yang cukup. nanti bila dah isnin baru lah rasa menyesal sebab tak gunakan sabtu dan ahad dengan baik. hah, so sekarang aku dah praktikal. sebab praktikal ni lah buat aku dah lama tak mengarut kat blog ni, bukan tu je, nak on lappy pun jarang tau. pergi kerja pagi-pagi, balik kerja dah petang, malam dah kepenatan dan tidur. tapi sekarang dah boleh adapt sikit lah. yela, kalau awal-awal praktikal dulu, aku memang tak sangka yang aku pergi kerja, balik, makan, mandi, tidur. tengok tv pun tv tengok aku. sekarang ni ok lah sikit. tak lah macam dulu, sekarang ni boleh lah bertahan tengok tv or buat apa-apa yang patut kan. 

aku praktikal kat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) cawangan Melaka. why melaka? because there are my hometown ok. hehehe. kalau orang lain sibuk nak praktikal kt tempat orang aku ni nak duk rumah je dan nasib baik duk rumah kalau tak lagi pening aku dibuatnya. sekurang-kurangnya kat rumah aku just pergi dan balik kerja, yang lain semua mak yang uruskan. hehehe. paham-paham je lah kan, kalau dulu masa belajar dah puas duk hostel, jadi apa salahnya sekarang aku duk rumah je kan. 

ASNB. kadang-kadang aku pun tak pasti kenapa aku praktikal kat sini. aku belajar pengurusan teknologi industri tapi aku duduk bahagian pamasaran (sales &  marketing). rasa tak logik pun ada. tak masuk akal sebab macam tak ada kena mengena langsung dengan apa yang aku belajar. paling kuat pun, aku belajar management, pengurusan. tu je lah, dan aku rasa aku nak buat sesuatu supaya aku punya praktikal tak sia-sia. contohnya 5S. tapi belum diutarakan lagi pada ketua pejabat, nanti-nantilah. actually, best je praktikal kat sini. banyak benda baru yang aku pelajari dan orang-orang kat sini semua baik-baik just biasa lah manusia kan, mesti banyak ragam. staff-staff sporting sebab mana tak nya, aku rasa bos aku sekarang ni adalah bos yang paling sporting dan terbaik yang pernah aku jumpa. memang susah lah nak jumpa bos macam ni. ceh, ni kalau dia tahu aku puji dia melambung-lambung mesti senyum lebar. hahaha. tapi memang jauh di sudut hati aku dia adalah bos yang baik dan rajin. mungkin sebab itu ASNB Melaka adalah antara yang terbaik. just ada benda yang aku rasa kekurangan pada bos ialah dia memang tak sampai hati. biasa lah bila dah baik sangat semua berani pijak kepala kan. apa-apa pun aku memang hormat dia. 

hah, kat ASNB melaka ni, bukan aku sorang je yang praktikal tapi 6 orang ok. ramai gila sebab office kecik je pun. staff ada 11 termasuk bos, tambah kiteorang 6 orang ada 17 orang. so kiteorang memang tak ada lah meja or tempat sendiri. pandai-pandai lah nak hidup tapi semalam baru 2 orang plajar praktikal dari politeknik sudah menamatkan perkhidmatan. sedih lah jugak. ila dan ira, bagaikan kembar bila dorang duduk sama-sama. memang muka dorang ada iras-iras pun. hahaha. adik-adik ni dah masuk awal so dorang lah yang jadi sifu untuk kiteorang yang 4 orang ni. thanks a lot coz bagi tunjuk ajar pada kami. mesti rindu gile kat dorang nanti sebab dorang ni manja sangat dan pandai ambil hati staff-staff kat situ. kalau ada yang tak suka tu, normal lah. mana ada semua orang nak suka kita kan. hahaha. apa-apa pun akak doakan ila dan ira berjaya dalam hidup ini. i'll miss u dear :')

ok lah, dah banyak aku mengarut ni, hehehe. apa-apa pun, puas hati aku dapat update blog ni. hihihi.... berjumpa di lain episode! 

salam semanis senyuman ku :)


atas dari kiri: zam, ira, aku
adik ira, jaga diri baik-baik k. jangan nakal-nakal...zam, kau tak payah nak menyebuk sangat... tu bini kau kat bawah tu, mek dan anak-anak..hehehe
bawah dari kiri: mek, ila, aku
mek sama je ngan hubby dia kat atas tu, sibuk nak masuk gambar. hahaha. so, lepas ni mek dan zam dah xde anak-anak di sisi ye. anak-anak pergi sambung belajar. sunyi lah lepas ni. adik ila pun, jaga diri baik-baik k.
p/s: ada sorang lagi student practical, cik nurul....tak ada pic dia dalam ni sebab dia yang ambik gambar ni. sabar ye nurul, nanti aku letak gambar kau plak. hehehe :p







meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...