Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Saturday, January 2, 2016

2016

Assalamualaikum dan Salam 2016....

2015 telah meninggalkan kita dengan penuh suka duka pahit manis. 2016 akan memberi cahaya baru dan semangat waja untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran. Ini entry pertama untuk 2016 dan harapnya bukan entry terakhir untuk Cahya Pilihan. 

Apa yang menarik untuk 2016???
Banyak perancangan yang aku sendiri tak tahu mana mula dan akhirnya, mana hujung dan pangkalnya. 2015 telah aku harungi dengan tabah dan sabar. Begitu juga untuk 2016 ini, akan aku harungi walaupun penuh onak dan duri. 

Perancangan 2016 yang paling besar dalam hidup aku adalah KAHWIN. Insyaallah, kita merancang, Allah yang menentukan. Semoga semuanya berjalan seperti biasa. Aku risau, takut, happy, tak sabar, gementar, semua perasaan bercampur aduk. Mana taknya, kalau dulu hidup aku seorang diri bersama keluarga tersayang, lepas ni aku akan bersama si en tunang yang bakal menjadi tuan Imam untuk diri ini.

Dalam masa aku hampir menamatkan zaman bujang aku, aku ada buat beberapa kerja yang  aku rasa aku nak serious untuk lakukan. Maksud aku selain daripada kerja yang aku buat, aku juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Memang dari dulu lagi aku suka bisnes ni cuma tak jumpa orang yang betul-betul boleh membimbing aku, barang yang aku jual pun sering berubah-rubah. Ikut angin aku, monsun barat daya atau timur laut, hahaha.... Gurau je, Bukan apa, bila tak ada guide, apa yang ada aku cuba jual. Kali ni, aku cuba nak fokus.

1) TUDUNG & SHAWL
Aku rasa aku seronok dengan tudung dan shawl, sebab setiap hari aku pakai. Mana ada perempuan tak suka cantik kan, jadi ini salah satu cara untuk nampak cantik. Bila cantik, baru ada keyakinan diri untuk buat apa-apa. Jadi, tudung atau shawl yang kita pakai juga menjadi sebab untuk kita nampak cantik. Aku bercadang nak cari kain dan buat shawl sendiri, Jadi doa-doakan lah ye project ni menjadi,

2) HUNA GLOWING BAR
Untuk Huna Glowing Bar ni, aku baru cuba dalam masa 2 minggu. Alhamdulillah, kulit muka aku boleh menerima kehadiran buih2 sabun Huna ni, kalau tak kulit muka aku mesti dah protes meronta-ronta untuk menimbulkan jerawat, Bukan sebarang jenis jerawat, sekali jerawat batu daaaa.....Jerawat ni kalau dah timbul, memang susah la nak surut nya, bukan nak minta hilang macam magic, tapi nak minta surut dan surut dan hilang secara perlahan. Cuba bayangkan, sebiji jerawat yang tumbuh ni, makan masa lebih sebulan untuk kembali ke bentuk asal tapi dalam masa sebulan tu, jerawat lain timbul. Bukan aku minta, bukan aku nyanyi macam bawang putih panggil mak dia si ikan kaloi suruh timbul, tapi jerawat tetap juga keluar. Jadi, sebiji tak elok lagi, keluar lagi berbiji-biji. Panjang lebar aku cakap pasal jerawat. Ya, orang yang mengalami je tahu betapa seksanya jerawat yang tumbuh, JADI, guna lah HUNA GLOWING BAR untuk kegunaan harian, insya'Allah ia membantu untuk menyelesaikan masalah jerawat, Natural back to natural

Oklah, sebelum aku cau cin cau, cuci lah mata tengok gambar-gambar kat bawah ni ha:


malu-malu meow

With my lovely cousins

cute door gift from Kak Ecah

Make up tunang yang simple dan cantik 
(puji diri sendiri)

Tudung Ruffle yang cantik
nak order boleh roger


Agent HGB 19
Atiqah 0136384453

HUNA GLOWING BAR
SM : RM35
SS : RM39
Harga mampu milik dan murah

The power of HUNA GLOWING BAR
Tak rugi pun nak cuba

Sekian sahaja unutk kali ni
Bye2
Assalamualaikum




meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...