Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Saturday, January 2, 2016

2016

Assalamualaikum dan Salam 2016....

2015 telah meninggalkan kita dengan penuh suka duka pahit manis. 2016 akan memberi cahaya baru dan semangat waja untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran. Ini entry pertama untuk 2016 dan harapnya bukan entry terakhir untuk Cahya Pilihan. 

Apa yang menarik untuk 2016???
Banyak perancangan yang aku sendiri tak tahu mana mula dan akhirnya, mana hujung dan pangkalnya. 2015 telah aku harungi dengan tabah dan sabar. Begitu juga untuk 2016 ini, akan aku harungi walaupun penuh onak dan duri. 

Perancangan 2016 yang paling besar dalam hidup aku adalah KAHWIN. Insyaallah, kita merancang, Allah yang menentukan. Semoga semuanya berjalan seperti biasa. Aku risau, takut, happy, tak sabar, gementar, semua perasaan bercampur aduk. Mana taknya, kalau dulu hidup aku seorang diri bersama keluarga tersayang, lepas ni aku akan bersama si en tunang yang bakal menjadi tuan Imam untuk diri ini.

Dalam masa aku hampir menamatkan zaman bujang aku, aku ada buat beberapa kerja yang  aku rasa aku nak serious untuk lakukan. Maksud aku selain daripada kerja yang aku buat, aku juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Memang dari dulu lagi aku suka bisnes ni cuma tak jumpa orang yang betul-betul boleh membimbing aku, barang yang aku jual pun sering berubah-rubah. Ikut angin aku, monsun barat daya atau timur laut, hahaha.... Gurau je, Bukan apa, bila tak ada guide, apa yang ada aku cuba jual. Kali ni, aku cuba nak fokus.

1) TUDUNG & SHAWL
Aku rasa aku seronok dengan tudung dan shawl, sebab setiap hari aku pakai. Mana ada perempuan tak suka cantik kan, jadi ini salah satu cara untuk nampak cantik. Bila cantik, baru ada keyakinan diri untuk buat apa-apa. Jadi, tudung atau shawl yang kita pakai juga menjadi sebab untuk kita nampak cantik. Aku bercadang nak cari kain dan buat shawl sendiri, Jadi doa-doakan lah ye project ni menjadi,

2) HUNA GLOWING BAR
Untuk Huna Glowing Bar ni, aku baru cuba dalam masa 2 minggu. Alhamdulillah, kulit muka aku boleh menerima kehadiran buih2 sabun Huna ni, kalau tak kulit muka aku mesti dah protes meronta-ronta untuk menimbulkan jerawat, Bukan sebarang jenis jerawat, sekali jerawat batu daaaa.....Jerawat ni kalau dah timbul, memang susah la nak surut nya, bukan nak minta hilang macam magic, tapi nak minta surut dan surut dan hilang secara perlahan. Cuba bayangkan, sebiji jerawat yang tumbuh ni, makan masa lebih sebulan untuk kembali ke bentuk asal tapi dalam masa sebulan tu, jerawat lain timbul. Bukan aku minta, bukan aku nyanyi macam bawang putih panggil mak dia si ikan kaloi suruh timbul, tapi jerawat tetap juga keluar. Jadi, sebiji tak elok lagi, keluar lagi berbiji-biji. Panjang lebar aku cakap pasal jerawat. Ya, orang yang mengalami je tahu betapa seksanya jerawat yang tumbuh, JADI, guna lah HUNA GLOWING BAR untuk kegunaan harian, insya'Allah ia membantu untuk menyelesaikan masalah jerawat, Natural back to natural

Oklah, sebelum aku cau cin cau, cuci lah mata tengok gambar-gambar kat bawah ni ha:


malu-malu meow

With my lovely cousins

cute door gift from Kak Ecah

Make up tunang yang simple dan cantik 
(puji diri sendiri)

Tudung Ruffle yang cantik
nak order boleh roger


Agent HGB 19
Atiqah 0136384453

HUNA GLOWING BAR
SM : RM35
SS : RM39
Harga mampu milik dan murah

The power of HUNA GLOWING BAR
Tak rugi pun nak cuba

Sekian sahaja unutk kali ni
Bye2
Assalamualaikum




Tuesday, December 16, 2014

Tiba-tiba

aku rindu kehidupan aku yang lama

Monday, December 15, 2014

Hikmah

Tatkala hidup ini diharungi
Terlalu banyak kejadian yang terjadi
Kadang kala rasa macam tak masuk akal
Rasa seperti tidak adil
Hati kecil ini sering berbicara
Kenapa aku?
Kenapa semua ini terjadi?
Kenapa tidak pada orang lain?
Terlalu banyak kenapa
Terlalu banyak persoalan
Yang aku sendiri tak boleh huraikan

Kosong
Aku rasa tin kosong yang dibuang juga berguna
Ada nilai jika dikumpul dan dijual
Pemungut tin juga mendapat manfaat dengan tin kosong
Lihat!
Siapa kata tin kosong tidak berguna?
Ketika kita berkata tin kosong tidak berguna,
Orang lain mendapat manfaat dengan tin kosong itu
Demi menyuap sesuap nasi ke mulutnya

Ketika terlalu banyak soalan di dalam kotak fikiran ini
Ketika aku cuba huraikan satu persatu
Ketika aku persoalkan aturanNya
Ketika aku cuba menolak takdir yang disusun 
Aku sedar aku telah jauh dari landasan Dia

HIKMAH

Tidak semua orang dapat melihat 
Mata manusia tidak dapat melihat sesuatu yang buruk sebagai hikmahNya
Manusia hanya melihat sesuatu yang baik dan indah sebagai hikmah
Tapi aku silap
Walaupun kejadian dan aturan Dia tidak seindah yang diharapkan
Itu adalah Hikmah
Bila mana aku rasa takdir Allah itu salah
Itu adalah Hikmah
Dia tidak pernah salah dan silap
Hikmah itu adalah untuk aku
Cuma aku tidak pandai menilai

Kini, 
Aku redha dan faham
Apa itu hikmah yang telah Allah aturkan dalam hidup aku
Kelak, aku kena terima apa sahaja tanpa persoalkan
Tanpa pertikaikan
Kerana Allah hanya menduga kepada hamba yang masih disayangiNya
Kerana aku tahu Dia masih ingat pada aku yang kerdil ini....



Luahan hati,
Teyqa_Rahim




Tuesday, April 15, 2014

Publish my blog with my new phone

Haiii... Assalamualaikum...
Setelah lama tak update dan publish entry kat blog ni akibat busy nak mampos, sekarang aku boleh kembali aktif.... Nak tahu kenapa sebab i dah ada app blog un my new phone. Mesti tertanya tanya i pakai phone apa.... Iphone? Samsung? LG? Sony? Ok semua salah. Aq pakai Lenovo model S820. Apa yang best? Banyak yang best. Nak tau, pergi kat google chrome dan search kat pakcik google tu. Hahaha. Sebenarnya saje nak testing ni...

Testing
.
.
.
Testing
.
.
.
Testing
.
.
Success
.
.
.
Yahoooooo

Berjaya dan bye!

Wednesday, October 30, 2013

takzirah rezeki : "yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran"

Assalamualaikum....
 sedikit perkongsian bagi yang terlupa dan terleka apabila kita tidak mendapat sesuatu yang diimpikan. manusia. kadang kala alpa dengan rezeki yang ada di depan mata dan sering mencari yang tiada. lumrah manusia. itu sebablah ada peribahasa ini "yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran". terlalu mengejar rezeki yang tiada sehingga lupa apa yang dikendong, hah! kan dah tak dapat dua-dua. hehehe. so ada sedikit tazkirah buat renungan kita semua termasuklah aku. betapa bersyukurnya kita sebenarnya dengan rezeki yang kita ada. boleh mencari yang lebih baik tetapi jangan kita mengeluh dan merungut. takzirah ini diambil dari facebook Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff

mari kita hayati bersama


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni 
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah.. 
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah" 


lihat,
betapa bertuahnya kita dengan rezeki Allah
Subhanallah



Tuesday, October 29, 2013

biar aku buat pilihan

assalamualaikum
bukan mudah untuk membuat pilihan. 
bukan semudah a b c atau 1 2 3. 
keputusan dan pilihan di dalam hidup ini mempengaruhi seluruh hidup aku. 
tapi sekurang-kurangnya jika aku yang membuat pilihan ini, andai kata suatu hari nanti aku rasa salah dengan pilihan ini aku akan salahkan diri aku bukan siapa-siapa.
aku tidak ingin menyalahkan orang lain.
 aku tak ingin salahkan ayah, mak, along mahupun kawan-kawan. 
biar aku salahkan diri sendiri
apa yang mampu aku buat ialah 
berdoa agar Allah mendorong aku untuk membuat pilihan yang betul
Insya'Allah



setiap yang hidup PASTI mati


Assalamualaikum semua...


sayu hati ini apabila membaca whatsapp daripada seorang sahabat bernama Nafisah pada 26/10/2013

"pusha dah xde mak"

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Perkataan pertama meniti di bibir ini tatkala air mata sudah pun menitis di pipi. Ya Allah, sungguh berat dugaan Mu terhadap sahabatku ini. tanpa berfikir panjang aku terus mencari Ump Nafisah di dalam contact list aku dan dail




"pusha" hanya itu sahaja yang mampu aku lafazkan ketika hati aku sebak mengenangkan dia
"mak dah tak ada" sambil terdengar esakkan yang sukar dibendung lagi
"sabar ye pusha" hanya itu mampu aku katakan ketika ini
"bila mak menghembuskan nafas terakhir?" aku cuba tabahkan hati meneruskan perbualan
"baru je kejap tadi"

perbualan terpaksa diberhentikan. aku faham ketika ini banyak urusan dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh pihak keluarga. aku berteleku sebentar di tepi katil sambil termenung. Ya Allah, jika ini terbaik buat sahabatku, berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

alhamdulillah, aku dan beberapa orang rakan selamat tiba di Pasir Gudang, Johor untuk menziarahi keluarga sahabat. Sebak. hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan di dalam hati ini tetapi harus ditahan. aku dan sahabat yang lain memeluk pusha sambil memberikan ucapan takziah dan kata-kata semangat. kami menahan air mata kerana jika kami menangis, pusha mesti bertambah sedih. bukan senang untuk menahan sebak di hati. bukan mudah untuk menutupi rasa hati ini. tapi ketabahan dan kekuatan itu hadir ketika kami bersama. Alhamdulillah, pusha juga seperti dapat merasakan apa yang kami ingin sampaikan.

Pusha,
Pusha harus ingat, yang hidup pasti akan mati. yang hidup harus meneruskan kehidupan. Arwah tak akan rasa gembira jika semua anak-anaknya bersedih di atas pemergiannya. Pemergiannya bukan sekadar hilang di dunia ini, ini adalah tanda kasih sayang Allah kepada arwah ibu. Allah lebih sayangkan ibu. Pusha harus terima ini sebagai ujian untuk membuat Pusha lebih kuat selepas ini. Pusha, sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya di luar batasan kemampuan hambaNya itu untuk menghadapi ujian dan dugaan yang diberikan. Insya'Allah, ibu akan berada bersama orang-orang yang soleh dan solehah. Sekarang ini apa yang Pusha harus buat ialah menguatkan diri, memberi semangat kepada ayah dan adik beradik yang lain. Tiqa tahu yang Pusha boleh lakukannya. Jaga kesihatan. Ingat Pusha, apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya. Jadi, berdoalah untuk arwah ibu. Pasti arwah ibu akan berasa tenang di sana. insya'Allah.

YA, setiap yang hidup PASTI mati. itu janji Allah kepada semua makhlukNya. bukan mudah untuk menghadapi dugaan ini tetapi itulah yang harus kita harungi bersama orang yang tersayang. betul! cakap memang senang sebab aku sendiri tidak tahu sama ada aku boleh menghadapi ujian sebegini jika mak dan ayah tiada. aturan Allah itu indah. ada sebab dan hikmah mengapa sesuatu itu terjadi tetapi kita harus yakin dan redha dengan takdir yang telah ditetapkan. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuannya jadi yakinlah bahawa setiap ujian dan dugaan yang diberikan itu mampu untuk kita hadapi. Jika kita menghadapi ujian, bukan besar atau kecil ujian tersebut diambil kira tetapi bagaimana cara kita menghadapi dan mengambil iktibar daripada setiap kejadian itu.

Ada rahsia di sebalik setiap ujian yang Allah berikan kepada kita. Allah memiliki alasan mengapa Dia menurunkan ujian kepada hamba-hambaNya. Allah bukan saja-saja nak bagi ujian pada kita. bila, siapa, dimana, bagaimana, mengapa. itu semua urusan Allah tetapi kita sebagai hambaNya, terima dan redha. kita harus bersiap sedia. setiap kejadian itu ada sebab dan hikmahnya. sungguh indah aturan Allah untuk makhlukNya. aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar Allah memberikan aku kekuatan untuk menghadapi ujianNya. Amin. 

"Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku, serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku sewaktu kecil"


Al-Fatihah buat Rasul junjungan kita, 
Nabi Muhammad SAW
Al-Fatihah buat para sahabat
Al-Fatihah buat semua umat Islam
Al-Fatihah buat ibu Nafisah
Al-Fatihah

Friday, October 25, 2013

pavlova like crazy

assalamualaikum... hai u alls... ceh tetiba nak jadi mat salleh celop kan i. sebab entry pun pavlova kan, so kena lah feeling2 omputih kejap. hahaha. kelas kau jah. 

sebenarnye my along ni yang teringin sangat nak rasa. aku pun tak pernah rasa benda ala ni. macam mana lah rasanya. so, memang i buatkan untuk my bro la. semangat tak semangat along i, hari kejadian dia jatuh tangga and kaki dia terseliuh, ada hati nak ajak gi beli barang buat kek. what the. sanggup tu, tapi dengan belas kasihan, i lah yang drive kan ye. actually my mak yang nak buat kek biasa je untuk nenek sempena hari raya aidiladha so bila along dengar nak buat kek, dia pun semangat nak buat juga pavlova ni. layankan je la. cari barang malam tu. cari punya cari, harus lah mesti ada barang yang tak ada.
so malam tu buat kek mak je lah. 

the next day, aku pergi cari lagi barang2 yang tak cukup. jumpa dan u all know what? surprising me yang strawberry kat melaka ni habis. totally sold out. i pergi tesco, jusco, econsave, eon, smua habis. memang semua orang buat pavlova ke raya haji ni? hahaha. so as alternative, pakai buah kiwi, prun kering dan paling awesome ialah pakai buah naga. nak tengok hasilnya????? tu kat bawah ni... scroll lah...hahaha 


eh..eh... tak habis lagi story mory ni
ini adalah pica masa first try... yes, ikut je resipi dalam internet tu, memang jadi pun tapi first try ni fail mase baked dia. hangus pavlova i tau tak. memang hitam. yang tu lupa lak nak snapshot untuk tatapan korang. frust juga la i dengan along. giler apa, puas buat, then bake je hitam macam tu. tak boleh jadi. i dengan along kikis tau tak yang hitam tu and letak creamer dan hias. tu kerja along i ye. decorate ni bagi kat dia, he is totally creative. 

first try hangus bontot pavlova tu. second try macam mana?

ni pica dye, tengok dulu baru i comment k kat bawah ni




jeng..jeng...jeng...
second try, inilah hasilnya. 
success!
alhamdulillah...siap juga akhirnya pavlova delicious ni. along happy je and actually siap ni pukul 2 pagi u all. esok pagi nak raya haji, malam tu pulun buat cik pavlova ni. hahaha. tak pasal2 tidur lambat. nak tahu ke ndak, esok pagi2 masa semua ngah makan ketupat rendang, kami persembahkan pavlova untuk family. yeahhh!!! good feedback sebab sedap. tu sebab nama dye pavlova delicious tau tak?? hahaha. just comment, manis sangat. aku rasa memang manis pun sebab benda ni memang putih telur and gula je. so, next time kalau teringin nak buat lagi, kena kurangkan guna. kang tak pasal-pasal kena potong kaki lak sebab makan pavlova i ni. hahaha

thanks to my along sebab support semua pembelanjaan material nak buat pavlova ni and nice decoration ye. 

~the end~

ehhh...nak resipi x? i pun search internet
ambil dari blog campur2 tapi asasnya dari blog cik epal ni
try la..tak rugi ok 

~happy ending~



convocation part 1 (pre convocation)

Assalamualaikum...
no words can describe this feeling
only Allah knows
Alhamdulillah


.aku.
insan biasa yang menjadi luar biasa
belajar erti kehidupan
suka duka


.kami.
berkongsi segalanya
bukan hanya gembira tetapi kesedihan
hanya kami yang merasainya


walau apa pun terjadi
kita masih bersama


.aweks.
terima kasih


tiada kata seindah persahabatan ini


kini
aku sendiri melayari kehidupan ini
tanpa mereka di sisi
namun mereka masih di hati


kasih kita seluas lautan
sayang kita setinggi langit


.dia.
sering menguji kesabaran
mengajar erti manisnya sabar
terima kasih awek


tiada batasan
bawa ku terbang tinggi di awan
bersama kita kecapi


terima kasih UMP
kerana menemukann aku bersama mereka
yang awesome


.indah.
kita bersama


kuatkan ukhwah
gengam erat tangan ku
jangan biarkan seorang pun dari kita tergelincir


benar
kasih sayang itu tidak boleh dibeli
kasih sayang itu tiada gantinya
itulah kami
~the aweks~

dedication to my junior because freeze this moment
(chiky)

setelah sekian lama

assalamualaikum... setelah sekian lama aku tinggalkan blog ini, tiba2 aku rasa rindu untuk menulis kembali. membaca semua entry2 lama aku membuat aku sedih. suka duka aku luahkan di sini. dari mula aku masuk universiti sampai sekarang aku sudah pun menghabiskan pengajian aku selama 4 tahun di UMP. Alhamdulillah. tak ada kata seindah bicara untuk aku luahkan bertapa gembiranya hati ini dengan diri sendiri. hanya Allah yang mengetahui apa rasanya dan aku bersyukur kerana aku masih boleh kecapi nikmat kejayaan ini.

jadi bermulalah kisah kerjaya aku. memang sekarang ni aku buat 'part time' sebagai cikgu tuisyen. home tutor. maksudnya memang aku pergi rumah ke rumah untuk mengajar anak murid aku tu. manja betul anak2 zaman sekarang ni sebab nak ilmu tak perlu cari, cikgu yang datang rumah. betapa ibu ayah mereka ingin melihat anak mereka berjaya. Masya'Allah. banyak juga subjek yang aku ajar, Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Prinsip Akaun, Matematik Tambahan, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. walaupun sebagai cikgu tuisyen tapi aku rasa tanggungjawab yang besar aku pikul untuk kecemerlangan budak-budak tu. nampak! bukan senang nak jadi cikgu. bukan senang nak pikul tanggungjawab ini dunia dan akhirat. dan yang paling tak puas hati, aku pula yang kena buka buku belajar balik. sekolah rendah aku tak ada masalah tapi kalau dah namanya Matematik tambahan dan Prinsip akaun mahunya aku tak kena buka buku. aku study mengalahkan budak nak SPM je tahun ni. sabar je la. itulah antara dugaan dan cabaran seorang guru.

banyak lagi kisah hidup aku ni. tak tertulis dan tak tahu nak tulis mana satu dulu. kalau aku tak sibuk boleh lah aku update entry lain. takut lepas ni aku sibuk sebab dah ada kerja kan. hahaha. mungkin aku ni workaholic jugak lah sebab kalau dah kerja tu tak ingat benda lain, yang aku ingat makan minum tidur dan kerja. harapan aku, aku ingin menjadi seorang insan yang disegani dengan kerja aku. aku nak hidup aku berjaya dunia dan akhirat. berjaya dalam mengejar kerjaya. bila dah sampai tahap sekarang ni tiba-tiba aku macam dah tak ada cita-cita pula. hahaha. pelik aku dengan diri aku. aku nak jadi apa. aku nak buat apa. aku pun tak tahu. yang penting aku nak kerja dan keluar dari belengu seorang penganggur. semoga bertemu kita di entry yang lain. 

wassalam

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...