Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Saturday, April 30, 2011

dikala langit mendung

assalamualaikum..........


mendung langit di luar membuat aku termenung memikirkan ragam manusia. kadang-kala semuanya manis semanis buah kurma tetapi kadang-kala pahit sepahit peria (tak makan sayur, memanglah pahit). hati aku sayu melihat apa yang terjadi sekeliling aku. sedih. kecewa. tetapi aku masih ingat sebuah kata-kata yang aku terbaca semasa menyelongkar blog-blog yang best-best. janganlah kamu berasa kecewa, sedih dan putus asa terhadap apa sahaja yang kamu terima kerana itu semua adalah dari Allah. janganlah kamu berasa marah, benci dan geram kepada apa yang kamu hadapi kerana itu semua adalah daripada Allah. maksudnya, walau apa pun perasaan yang kita hadapi, semuanya adalah daripada Allah. jika kita rasa semua itu, jika kita tak suka semua itu, bermaksud kita juga tidak suka apa pemberian Allah kepada kita. sekurang-kurangnya kita harus bersyukur kerana dalam ramai-ramai hambaNya, kita adalah salah seorang daripada hambaNya yang mendapat ujian dan dugaan. Alhamdulillah. 

tetapi

aku manusia biasa. aku juga merasai semua perasaan itu. sedih. itu perasaan aku sekarang. kenapa? sebab aku sendiri tidak boleh mengawal diri aku dari rasa itu. 

kepada kawan-kawan aku yang agak rapat dengan aku......ainaa, ainie, jma, atul...... maafkan aku. bukan aku ingin menjauhkan diri daripada kamu semua. bukan niat aku untuk berdiam diri di bilik ini tetapi banyak masalah yang harus aku fikirkan. aku mungkin sudah tidak percaya dengan tahap keikhlasan semua. kenapa? belum tiba masanya untuk aku jelaskan. hati yang terguris takut berdarah kembali. ikhlas. sesuatu yang aku sendiri tak boleh merasainya. aku sendiri tidak boleh menilai dan mengukur tahap keikhlasan itu. hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati ini dan di dalam hati semua. aku tahu, semua mesti rasa pelik kenapa aku berubah dan jadi seperti ini. yes! i have a problem with my family. every sem, every moment i try to hide my problem because i don't like to burden you all with my problem. it's not me. aku tak suka orang lain susah sebab masalah aku. mungkin sebelum ini korang tahu yang aku memang ada masalah dengan family aku tapi hanya itu sekali. sebab masa tu, aku sendiri tak ada kekuatan dengan diri aku. kini, insya'Allah, dengan izin Nya, aku cuba untuk berdiam. 

cikgu Adam dan ustaz Fauzi pernah berpesan pada aku : 
"dalam berkawan ni, ada susah dan senangnya. ada gembira dan sedihnya. jangan tinggalkan kawan itu dalam kesusahan sebab dia pernah tolong kita suatu hari dulu dan mungkin suatu hari nanti. jika dia dalam kesenangan, turutlah gembira untuk dia. jangan sesekali menunjukkan kesedihan ketika kegembiraan dia. jika kamu tidak mampu untuk gembira, lebih baik berdiam diri"


terima kasih semua atas persahabatan ini. insya'Allah, panjang umur, kita akan berjumpa lagi semester depan. cuti nanti, jaga diri baik-baik. kalau-kalau teringat aku masa cuti nanti, just give me a call or mcg ok? 
have a nice holiday~ 

dari langit mendung sampai dah turun hujan 
baru siap entry aku kali ni. hahahahahaha........ 
(^_^) chill~




wassalam

Saturday, April 23, 2011

assalamualaikum...........

saya rindu buah hati saya ni...
nanti dah habis exam, kita jumpa yer!!!!

tak sabar ni
(^_^)

Thursday, April 21, 2011

maaf kan aku andai.........

Assalamualaikum........ 


Dengan ini, aku mengisytiharkan yang aku surrender dengan RM
harap-harap tak kena repeat next sem
(mulut hang jangan cabul sangat...hehe)
dan sekarang......
baru nak buka buku untuk study


sebelum aku buka buku dan meneruskan proses pembelajaran aku ni, 
aku teringat pada orang yang aku selalu buat salah
especially to you all my classmate 
sebab tiap-tiap hari mengadap muka korang....hehehe.....



dengan muka yang buat-buat comel......
+
+
+
aku menyusun sepuluh jari aku, memohon maaf dari hati yang ikhlas jika selama ini aku ada : -

~ terkasar bahasa dalam aku berkata-kata
~ menyakat atau menyindir dengan selumber mulut aku je
~ tersalah gurau sampai ada yang kecil hati ke
~ terambil barang korang ke (makan, pakai, alat tulis, segala benda lah), minta halal ye
~ sesiapa yang pernah ajar aku dengan ilmu korang, aku minta halal juga ye ilmu tu


“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” 
[Hadis Riwayat Muslim



(jom baca doa sebelum mula study)



jadi, aku harap korang semua dapat memaafkan aku seikhlas hati ye
(kalau tak puas ati sangat, meh datang jumpa aku.....ada berani?? hehehe)
dan aku juga dah maafkan sesiapa sahaja yang pernah wat aku sakit hati
(tiba-tiba pula)

cepat-cepat la graduation day!
tak sabarnya!!!



“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali. Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” 
[Hadis Riwayat Muslim]



akhir kata dari aku,
semoga kita sama-sama doakan kejayaan kita bersama-sama....
Insya'Allah


study smart, not too hard
tapi aku dah tak cukup masa nak study smart dah ni
So, let's go to hard!




all The Best !


yang penat menaip....


~aku lah tu~






Wednesday, April 20, 2011

semakin hari, semakin.....

assalamualaikum......

 semakin hari, semakin???? semakin PEMARAH!!!!! aku tak tahu lah kenapa aku boleh jadi sampai macam ni sekali. aku tak nak jadi seorang yang pemarah. marah tak tentu pasal. macam orang buang tabiat je tapi sekarang aku cepat nak marah. mungkin banyak masalah yang buat aku jadi macam ni. tension! tekanan! pressure! macam-macam lah. hehehehe.... (sempat gelakkan...awet muda kata kan)



Dialog Dalam Diri......

baik: cahya....cahya...jangan la macam ni. awak tu dah besar, dah boleh pikir mana baik dan mana buruk, jadi jangan buat benda-benda yang buruk. buat yang baik jer. 

jahat: ala, marah je lah..... maki pun sikit-sikit je.... siapa suruh buat kau marah...memang patut pun kena maki....

baik: jangan marah-marah....berdosa. nanti maki-maki orang, tak baik tau. bersabar je la. Allah tak suka tahu awak buat macam tu...

jahat: marah je cahya....... peduli apa dengan orang.....

baik: awak tak suka orang yang marah-marah awak kan, jadi awak jangan lah buat......orang lain pun tak suka awak marah-marah....

jahat: sekali sekala je kau marah-marah....biar orang lain tahu sikit yang kau pun ada perasaan....kalau kau diam je, semua orang tak takut dengan kau...

baik: buat apa orang nak takut dengan awak, sepatutnya orang kena takut dengan Allah. orang lebih hormat dengan cahya kalau awak berhemah, bukan pemarah...

jahat: kalau kau berhemah pun, apa yang kau dapat.....semua orang pijak kepala kau...

baik: biar lah orang lain nak buat apa pada cahya tapi awak jangan buat macam tu kat orang lain..... kalau awak berhemah, awak dapat banyak manfaatnya. kalau bukan daripada orang, awak akan dapat dari Allah. ingat tu cahya!

jahat: ala.... sikit je. bukan salah pun nak marah-marah orang. kau pun sakit hati kan.... tak kan kau nak berdiam je??? marah laaaaahhh.....

baik: cahya! istighfar banyak-banyak...... ingat Allah......

CAhyA: astaghfirullahalazim..........subhanallah........

baik: alhamdulillah....
jahat: (hilang)



jadi, mana yang aku patut jadi?? baik ke jahat????
jawapannya: Lu Pikir La Sendiri....!
Assalamualaikum.....

Monday, April 18, 2011

datang dan pergi

Assalamualaikum.....lama rasanya tak corat coret di blog ini. hari ini da mula dah study week tapi hakikatnya aku belum mula study lagi. sibuk menyiapkan 'research methodology' yang di'reject' oleh seorang lecturer yang tidak pernah memikirkan perit getir seorang pelajar. kalau tanya kawan-kawan aku dari group INTECHMA, msti mereke semua sedang keluh kesah memikirkan perjalanan jadual belajar untuk study week ni. mana taknya, jadual peperiksaan yang dikeluarkan oleh Universiti Malaysia Pahang tercinta ini sangat sistematik. 3 hari berturut-turut ada exam, jadi memang aku akan kembali ke zaman SPM dulu. jangan result aku macam SPM dah la. mintak-mintak dijauhkan. 

Entry aku hari ini adalah kisah mengenai 'datang dan pergi'

setiap yang mula akan ada akhirnya

setiap yang hidup akan kembali ke penciptaNya

maksudnya tiada apa yang akan kekal abadi kecuali Dia

sudah dua malam aku berada di bilik 24 jam perpustakaan atas alasan ingin menyiapkan assignment. setiap hari aku balik ketika subuh menjelang dan pagi tadi setelah aku berada di bilik dan usai sahaja solat subuh, aku naik ke katil (double decker) kerana mata aku pinta untuk direhatkan sebentar. berada sahaja di atas katil, aku seperti biasa mencari bantal dan selimut aku untuk meneruskan pelayaran tetapi malangnya selimut aku tak ada di atas katil aku. terus, aku melihat di bawah katil (katil bawah double decker) dan selimut itu di kaki romate ku. alamak, macam mana aku nak ambil ni??? aku biarkan niat aku sebab aku tahu mesti dia pun baru tidur akibat assignment itu. tiba-tiba telefon romate aku tu berbunyi sekali. perkara biasa. berbunyi dua kali dan romate aku yang tak tidur lagi pun pergi tengok siapa yang telefon. dan dari perkara biasa yang menjadi luar biasa adalah paggilan itu dari keluarganya. aku yang masih belum tidur pun, dengan mata yang memberontak ingin direhatkan terus melihat romate aku yang sedang menjawab panggilan itu.... "abang aku dah tak ada, meninggal"......................inalillahiwainnallilahirojiun................. hati aku tersentak. subhanallah, mata aku segar. sebab itu mengingatkan aku bahawa yang hidup pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini. Dia mengambil nyawa tanpa mengira tempat, sakit, jantina mahipun umur. terlalu singkat hidup ini sehingga kita kembali ke sana. 

Ainaa, sabar ya. aku tahu kau kuat. kau tabah menghadapi dugaan ini. walaupun aku tak luahkan kata-kata ini ketika itu tapi dalam hati aku menyatakannya. kita sama-sama doakan arwah supaya berada dalam golongan orang-orang yang soleh. insya'allah. al-fatihah. aku risau. hari ini mulanya study week tapi ainaa dah pulang ke rumah. aku harap dia kuat untuk meneruskan final exam ini. apa pun yang terjadi, yang masih berjalan di bumi Allah ini harus meneruskan hidup. yang pergi, tak akan kembali. yang hidup, harus terus hidup. 


Bissmilahirahmanirahim....Ya Allah, begitu hebat dugaan yang Engkau uji kepada hambamu ini. aku tahu yang Engkau akan memberi dugaan kepada orang-orang yang mampu tetapi sungguh berat ujian ini kepada hambamu ya Rahman. semoga engkau menambahkan iman di dalam diri kami semua. amin.


buat renungan bersama-sama......

setiap insan pati akan merasakan saat perpisahan yang terakhir.
dunia fana ini akan ditinggalkan dan hanya amalan sahaja yang akan dibawa....

terdengar sayup surah yassin dibaca, sayu alunan suara orang yang tersayang,
cemas di dada lemah tidak bermaya kerana terbuka hijap di depan mata....

selamat tinggal kepada semua, kita akan berpisah selama-lamaya,
kita tidak sama nasib di sana....baik atau sebaliknya....hanya Allah yang tahu.....

ketika itu, hanya amalan dan taqwa menjadi bekalan....
sekujur tubuh berselimut putih....
rebah bersemadi sendirian
mengharapkan kasih anak-anak soleh solehah dan isteri yang taat
apakah mungkin pahala dikirim........

terbaring sempit seluas pusara, soal bicara di sana terus bermula
ketika ini, sesal dan insaf tidak berguna lagi, maka hancurlah jasad dimamah bumi.....

kini,
berpisah sudah segala-galanya
yang tinggal hanyalah kenangan ketika hidup
diiringin doa dan air mata kesedihan
YANG PERGI TAK AKAN KEMBALI





Sunday, April 10, 2011

semangat

assalamualaikum.... 
hari ini aku mulakan hidup aku kembali dengan seorang yang bernama cahaya pilihan. 
nama yang cukup indah dari mak dan ayah

(berhenti sebentar sambil tersenyum)


 nur atiqah 
nama yang sudah sebati dengan kehidupan aku.
aku bersyukur dengan nama yang penuh makna dan memberi semangat kepada aku untuk terus bangun menjadi 'pilihan' Allah untuk terus hidup di bumi Nya ini. 
alhamdulillah atas segala nikmatNya, nikmat semangat yang hilang dari hidup aku semalam. dan hari ini, aku akan kumpulkan segala semangat aku untuk terus kehadapan. 
Ya! kita mesti menghadapi kehidupan kita, bukan lari dan mengelak 
kerana itu tidak boleh menyelesaikannya. 

Ya Allah, jangan Kau biarkan diri aku hanyut terleka tanpa panduanMu 
setelah Kau membimbing aku 
aku sesungguhnya pasrah padaMu
 bahawa hidup dan mati aku hanya lah untukMu. 
Ya Allah, tunjukkanlah jalan kebenaran kepada ku. 
Kau suburkanlah jiwa aku dengan keimanan 
supaya aku akan lebih bersemangat untuk meneruskan hidup untuk hari ini. 
Hanya kepadaMu sahaja Ya Rahman
 aku sandarkan harapan. 


semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini.


Insya'Allah. jika atas izinNya. tiada yang mustahil.



HIDUP DENGAN PENUH SEMANGAT!!!!!!








Saturday, April 9, 2011

pertama

sekarang aku sedang siapkan

SUPPLY CHAIN MANAGEMENT
(individual)

jom...jom..

senarai tugasan "weekend" ini

assalamualaikum... hujung minggu datang lagi tetapi hujung minggu ini tak lah seindah hujung-hujung minggu yang lain sebabnya ini adalah hujung minggu yang terakhir untuk aku siapkan segala datuk nenek moyang assignment yang perlu dihantar dan di'present' minggu hadapan. 
jadi, inilah senarai-senarai kerja yang perlu diselesaikan.....

ada yang sudi tolong siapkan tak???
+
+
+
+
+
SUPPLY CHAIN MANAGEMENT
individual assignment
hantar 'slide presentation' sebelum study week


ENVIRONMENTAL MANAGEMENT AND SUSTAINABILITY
tak ada apa-apa rasanya

STATISTICAL PROCESS CONTROL
final report
final lab test
test 2

QUALITY MANAGEMENT SYSTEM
'presentation'
final report

dan subjek yang boleh membunuh minda aku ialah 

RESEARCH METHODOLOGY
group research yang kena reject dengan Prof. Y
individual proposal yang tak mula-mula lagi

macam nak muntah darah aku tengok 'list' di atas


semua assignment di atas kadang kala mematikan jiwa aku untuk terus bekerja. diharapkan semua assignment ini akan diselesaikan dalam jangka masa yang singkat ini. insya'Allah.







ada tak sesiapa yang nak tolong buatkan???
nanti aku bagi upah...
gula-gula ok x? 



Thursday, April 7, 2011

dulu!

Assalamualaikum..... dulu aku tak boleh hidup tanpa 'T' tapi sekarang aku sedar yang semuanya bukan penghalang untuk aku teruskan hidup ini. hahahaha. kalakar pula bila fikir balik. kalau dulu aku rasa hidup aku tak lengkap dengan kehadiran 'T' tapi sekarang aku boleh hidup dengan aman tanpa 'T'. buat apa aku nak peduli dengan 'T' yang mengkhianati aku. aku betul-betul penat!

why all this should be in part of my life? i don't like all this problem but 'T' done all this to me. i try to be the good for them but why 'T'??? Thanks to Allah because shown me the right situation. mana mungkin aku boleh berfikiran positif dengan semua yang terjadi. aku manusia biasa yang punya hati sama macam manusia lain. hahahaha. 

jadi, sekarang ni, aku perlu tumpukan perhatian aku pada hidup aku tanpa memikirkan 'T' yang akan aku singkirkan dari hidup aku. kelakar pun ada sebab sejauh ini baru aku ditunjukkan kebenaran. POSITIIF???? untuk apa jadi positif??? untuk melegakan hati yang sakit???? terima kasih. aku betul-betul mendapat pengajaran dengan apa yang berlaku.

maafkan aku hati, kerana aku, kau disakiti dengan "T" itu.
kasian kau hati, kau betul-betul sakit kan dengan
semua ini...
lepas ni, aku akan jaga kau sebagaimana aku
menjaga "T" atas izin Nya....
(^_^) 


hanya kepadaMu

Bismillahirrahmanirrahim......

Ya Allah, aku mohon kepadaMu Ya Rahman, Engkau sihatkan lah Mak aku yang sedang sakit. Engkau sembuhkan lah Mak dari penyakit yang menyakitkan dia. Semoga kesakitan yang Engkau beri itu adalah nikmat yang menghapuskan dosa-dosa kecil Mak. Ya Allah, kau jadikanlah aku seorang anak yang solehah supaya aku boleh mendoakan Mak dan Ayah. Kau pulihkan lah tangan Ayah yang sakit itu. Aku tak sanggup melihat kesakitan yang kau berikan kepada mereka Ya Rahim. Kesakitan itu adalah kesakitan aku juga Ya Allah. 

Ya Allah, aku merayu kepada Engkau, hanya kepada Engkau aku memohon dan hanya kepada Engkau aku meminta. Kau baikkan lah dan pulihkan lah kesihatan Mak dan Ayah. Sesungguhnya, hanya Engkau sahaja yang boleh menjadikannya. Semoga Kau kabulkan doaku ini. 

Amin.....

Wednesday, April 6, 2011

HATI yg sakit

Assalamualaikum...
Kata orang, jantung bukan hati.
Pada aku, tak semudah itu nak membawa terjemahan bahasa asing ke dalam bahasa ibunda kita. Hati tetap hati. Jantung yang kita fahami yang satu itulah, yang berdegup siang dan malam tanpa henti-henti itu.
Jika qalb itu ada dua makna dalam bahasa Arab, heart pula dalam bahasa Inggeris, begitu juga dengan hati.
Mungkin ya, qalb dan heart itu saling tak tumpah maknanya satu dengan yang lain. Kedua-duanya konsisten membawa makna yang serupa. Yang itulah jantung organ yang dibedah, dipegang, dan dijadikan Allah organ pengepam darah paling bermakna dalam tubuh kita, yang itu jugalah membawa makna hati yang kita fahami sebagai hati nurani dan perasaan kita.
Bukan hati yang hakiki, yang dipanggil liver sekiranya organ itu yang dirujuk.
Hati yang maknawi, yang berkaitan dengan perasaan dan emosi. Cinta dan benci. Suka dan duka.
Hati yang selalu kau sakiti.
Kerana di situlah tempat iman yang paling lemah.
Yang selalu menjadi pilihan kau dan aku tatkala mungkar di depan mata. Atau tatkala kemungkaran itu kita sendiri yang menjadi pembuatnya.
Sedarkah kita bahawa semua itu membuatkan hati itu terus kau sakiti.
Ketika hati disakiti dengan perasaan manusiawi, kesakitan itu mendalam rasanya. Terlalu sakit. Namun, adakah perasaan yang sama tika hati itu kau sakiti dengan mungkar dan maksiat. Kita semua ada jawapannya sendiri.
Gelisah sendiri atau sudah tepu barangkali.
Pastikan hati itu terus gelisah dengan maksiat dan mungkar, itu tanda imanmu masih hidup. Jangan kau terus menyakitinya sehinggga ia mati bersama iman yang lemah itu.

HATI MILIK SIAPA
Tentu bukan milik kita. Apatah lagi tubuh ini pun milik-Nya.
Kepada-Nyalah kita bermohon agar hati yang kau dan aku sakiti itu selalu dirawat dan tidak terus dalam kesakitan.

“Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu dan ketaatan (kepada)-Mu”


TEGUHKAN QALB KAMI WAHAI ALLAH!


(maksudnya): (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (Aali Imran: 8 )


Cukup-cukuplah hati itu untuk terus kau sakiti! Hati ini milik Allah s.w.t. Hanya Dia yang layak menyakiti hati ini. Bukan manusia yang tidak berhati perut. 
Tapi mana mungkin hati ini tidak sakit bila orang yang kita percaya mengkhianati. 
Kau pengkhianat!!!
Terlalu kasar bahasa aku tetapi ini lah yang berlegar-legar di HATI aku. 
Ya Allah, Kau peliharalah hati aku daripada perkara-perkara yang merosakkan. amin....
Kenapa ini yang aku dapat setelah aku penat mempercayaimu wahai manusia. Sungguh! Aku tertipu dengan helah mu. Manusia. Itu lah sifatnya. 


sebelum tidur: 
Bismillahirrahmanirrahim......Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosa aku untuk hari ini dan hari-hari sebelumnya, aku juga telah memaafkan semua kesilapan dan kesalahan mmakhluk-makhluk Mu Ya Rahman Ya Rahim. Kau tidurkan lah aku dalam iman dan Kau bangunkan lah aku dengan iman Mu. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah....amin....

pesanan kepada ayah, mak, along, alang, adik, sayang, cikgu-cikgu, sahabat-sahabat, kawan-kawan, dan semua orang yang pernah mengenali aku: 
maafkan aku atas semua salah dan silap aku. apa yang cakap, apa yang aku lakukan tidak semata-mata untuk menyakitkan hati kamu semua....aku tak sengaja... aku tak terniat untuk menyakitkan hati-hati hak milik Allah. Maafkan aku dunia dan akhirat. halalkan segala-galanya. 
Terima kasih....

Monday, April 4, 2011

...meniti di bibir...

Assalamualaikum... Pernah dengar tak lagu dendangan Irsyadee feat Hafiz Hamidun bertajuk "taubat seorang hamba"??? Aku rasa, ramai yang tahu lagu ini kalau kedengaran di telinga masing-masing. Lagu ni lama dah aku dengar tapi masa zaman-zaman sekolah dulu lah. Mana tak nya, dari tak tahu lagu-lagu nasyid sampai dah boleh hafaz sebabnya setiap petang nak turun makan, mesti Walid Zaid akan suruh pelajar buka lagu-lagu nasyid. Hah, masa hari ahad pun, sambil-sambil bergotong royong kemas dorm, mesti telinga ni didendangkan nasyid. Jadi memang dah sebati dah lagu-lagu nasyid dalam diri aku. Tapi, semakin besar, semakin aku dewasa, aku mencari ketenangan dan hala tuju dalam hidup ini. Dulu aku tak pun dengar nasyid-nasyid ni sangat. Layan lagu-lagu yang hits kat radio je la, tapi sejak akhir-akhir ni, aku lebih cenderung pada nasyid. Bagi aku, nasyid ada pengajarannya yang disampaikan secara lembut. 

          Eh, cukup-cukup. Aku sebenarnya nak cerita tentang lagu Taubat Seorang Hamba. Ini adalah bait-bait lirik yang sering meniti di bibir aku dan seorang rakan aku (Syahidatul Islamiyah). Aku jadi sayu bila terdengar lagu ini. Insaf. Seperti diri ini terpanggil-panggil untuk menghadapNya. 
Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini. Terimalah.....Terimalah.....Terimalah.....Taubatku ini.....

          Walaupun dengan beberapa perkataan itu hanya sepotong lagu tetapi telah menginsafkan diri aku yang kerdil ini.

Ya Tuhanku, tidak pantas bagiku menjadi penghuni syurga-Mu. Namun, aku tidak kuat dengan panasnya api neraka. Terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar. Dosaku seperti butiran pasir maka terimalah pengakuan taubatku ini Ya Rahman dan umurku berkurang setiap hari dan dosaku bertambah, bagaimana aku menanggungnya Ya Tuhanku, hamba-Mu yang berdosa ini datang kepada-Mu. Mengakui dosa-dosaku dan telah memohon pada-Mu.  Seandainya Engkau mengampuni Memang Engkaulah Maha Pengampun Dan seandainya Engkau menolak taubatku, kepada siapa lagi aku memohon ampunan selain hanya kepada-MU Ya Allah. 
amin..amin..Ya Rabbal alamin.....



Hayatilah lirik lagu ini
untuk dijadikan pedoman
"TAUBAT SEORANG HAMBA"



Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,

Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah.....

Terimalah.....
Terimalah.....

Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah....

Terimalah....
Terimalah....

Taubatku ini...


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah....

Terimalah....
Terimalah....

Taubatku ini...

bila hati berbicara


malam yang dingin
sunyi sepi dengan bisikan hati
aku terkenang kau yang berada
dikejauhan....
tetapi setiap kali aku teringat kau
sepantas kilat
aku teringat kepadaNya
Yang Maha Pencipta

alhamdulillah
aku mendapat kau yang amat menjagaku
mengajar aku erti kesabaran
mendidik aku erti wanita solehah...
apabila aku teringat kau
kau mengingatkan aku 
kepadaNYA
aku bersyukur dengan 
nikmat ini 

sungguh indah dunia ini
lebih indah lagi syurga di sana...
aku seperti insan biasa yang
ingin ke syurga menjadi 
bidadari paling cantik
secantik Ainul Mardhiah
namun 
aku sedar 
aku tidak layak untuk masuk 
ke syurgaNya,
tetapi aku juga tidak sanggup berada 
di neraka ...
aku ingin menjadi bidadari 
buat kau
insan yang bernama suami

aku akui kekhilafanku
aku juga insan biasa yang 
banyak titik-titik noda
tapi aku yakin
Dia masih menyayangi aku
Dia memberi masa untuk aku berubah
Dia memberi pembimbing untuk aku ikuti
Dia memberi aku iman untuk aku hapuskan 
semua coretan hitam 
dalam kamus hidup aku
aku berharap
aku masih tidak terlambat untuk 
semuanya...

prinsip aku,
cinta yang sejati bukan satu destinasi
ia sebuah perjalanan
yang aku akan harungi bersama dia
untuk mencari cinta hakiki



"aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu" 
imam an-nawawi


coretan ikhlas dari hatiku
untukmu
FF

Sunday, April 3, 2011

~ sayang ~

Assalamualaikum..... 
Nak tahu ranking siapa yang aku sayang??? 
Entry kali ini, aku akan beritahu siapa yang aku sayang. Bukan menunjuk tapi aku nak beritahu siapa kesayangan aku. Supaya jika terjadi apa-apa pada aku suatu hari nanti, entry ini adalah salah satu bukti yang mereka ialah kesayangan aku. Cuma mungkin, aku tak sempat untuk melafazkannya. 

PERTAMA


ALLAH.
Sebagai umat Islam, aku sedar yang aku datang dari-Nya dan aku akan kembali kepada-Nya. Allah yang Maha Suci dan Maha Terpuji. Tiada sesuatu pun di dunia ini, malah di alam cakerawala sekalipun yang dapat menandingi kuasa-Nya. Dia juga Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Aku sedar, aku banyak melakukan kesilapan tapi aku tahu yang Dia sudi mengampunkan aku. Aku sangat bersyukur kerana aku masih lagi hidup untuk merasa segala nikmat-Nya. Alhamdulillah.

KEDUA


MUHAMMAD atau lebih dikenali sebagai RASULULLAH.
Peribadinya menjadi ikutan. Engkau taburkan pengorbananmu untuk semua umatmu yang tercinta. Walaupun terpaksa menempuh derita yang sangat perit. Betapa cekalnya hatimu menempuh ranjaunya. Ya Rasulullah, aku ialah umatmu. Walaupun aku tak pernah melihat wajahmu, aku akan cuba mengingatimu dan insya'Allah, aku akan cuba mengamalkan ajaranmu untuk segala hidupku dan generasiku.

KETIGA


Keluarga yang tiada pengantinya.
AYAH, MAK, ALONG, ALANG, ADIK
Akak nak bagitahu yang akak sayang sangat pada kamu semua.


AYAH, akak nak ucapkan terima kasih atas semua jasa ayah dalam membesarkan akak. Akak nak minta maaf  atas semua salah akak. Halal kan semua makan minum, pakai dan segalanya ye ayah. Akak nak cakap yang akak terlalu sayang pada ayah dan akak tak mahu kehilangan ayah. Akak berdoa dan berharap ayah akan sentiasa bersama keluarga kita. Apa yang dah berlaku, biarlah berlalu. Kita bina hidup yang baru. Hidup yang lebih bahgia. Insya'Allah.




MAK, mak tahu tak yang mak adalah mak terbaik di dunia ini? Akak tak tahu nak cakap macam mana yang akak terlalu sayangkan mak. Akak tak sanggup kehilangan mak. Biarlah akak yang pergi dulu dari mak tapi akak berdoa yangakak sempat menjaga mak dan membalas segala jasa mak. Walaupun akak tahu yang akak tak akan berjaya membalas semuanya. Mak, akak sayang mak!






ALONG, aku nak bagitahu kau yang kau juga along terbaik tapi bukan sahaja di dunia, malah seluruh alam semesta. Along tahu tak yang along tu idola aku? Apa yang aku buat, aku mesti kaitan dengan kau sebab dimata aku, kau seorang yang sangat berjaya. Aku pun nak jadi yang terbaik dan berjaya macam kau. Menjadi kebanggaan mak dan ayah. Aku bersyukur sebab aku dilahirkan sebagai adik kau.



ALANG. akak nak cakap sikit dengan kau ni. Bukan akak tak sayang dengan kau alang tapi kenakalan kau kadang-kadang menghilangkan sabar semua orang. Kau tak sedih tengok mak ayah yang menjaga kita? Kami semua sayang pada kau, cuma kadang kala biasa la, adat menjadi adik, selalu lah kena sakat. Akak nak bagitahu yang akak pun sayang kat alang sangat-sangat. Akak nak tengok alang berjaya dunia akhirat. Ingat alang, tanpa mak dan ayah, kita tak akan ada di dunia ni. jadi akak nak alang belajar betul-betul dan buktikan yang alang juga boleh menjadi anak yang berjaya. Insya'Allah, akak dan keluarga sentiasa doakan alang. Semoga berjaya dengan peperiksaan yang bakal kau hadapi tahu ini.

ADIK, adik tahu tak yang adik akak ni manja sangat? Yela, anak bongsu lah kata kan. Adik kan anak kesayangan ayah dan mak. Akak sayang sangat kat adik tapi adik kenalah belajar rajin-rajin tau. Jangan banyak main dan nakal-nakal. Adik kena jadi lebih baik dari along,akak dan alang. Kami semua akan doakan adik berjaya. Adik kan budak yang pandai dan ensem.


Tak lupa juga kepada semua ahli keluarga aku yang lain. Walau apa pun yang telah terjadi pada masa silam kita, kita tetap keluarga. Insya'Allah.


KEEMPAT


GURU.
Engkau bagaikan pelita yang menerangi hidup aku. Tanpa kamu juga, aku tak akan ada di menara gading ini. Dari tadika sehinggalah aku di menara gading ini, insan yang bernama guru atau pengajar adalah orang yang paling aku hormati. Terima kasih dan aku juga ingin memohon seribu kemaafan kerana kenakalan aku semasa aku menuntut ilmu. Sekarang, aku semakin dewasa dan aku semakin waras dalam menilai baik dan buruk. Semuanya adalah atas tunjuk ajarmu, Guru. Aku sayang pada semua Guru-Guru yang pernah mengajar aku walaupun ada yang sakit hati pada aku. Mungkin dahulu, aku tidak terpikir tapi hari ini, aku ingat semuanya dan aku amat menyanyangi Guru-Guru. Terima kasih kerana tidak pernah lelah mendidik aku.

KELIMA



MUHAMMAD FARHAN. Seorang insan yang hadir dalam hidup aku. Banyak membantu aku dalam mencari erti kehidupan. Aku amat sayang kepada dia dan aku berharap yang aku akan sayang dia sehingga akhir hayat aku. Dia hadir untuk memberi semangat dan tunjuk ajar. Walaupun garang, tapi apa yang dia buat adalah unutk kebaikan aku. Aku sayang dia. Semoga kasih sayang kami diredhai oleh yang Maha Esa. Insya'Allah.





KEENAM
KAWAN-KAWAN atau lebih dikenali sebagai SAHABAT.
Memang mudah mendapat teman tapi tidak senang mendapat sahabat. Dari kecil sehingga lah kini, aku bersyukur kerana aku dikurniakan sahabat yang baik-baik. Alhamdulillah.

nurul + ieja + jun


nana + nadia


shila + xia + linda + hajar + suzi


zima + shareena + feeq + shah


ainie + atul + jma + ainaa


Mereka antara yang terbaik dalam hidup aku tapi tidak bermakna yang lain tidak baik. Mereka sering berada di sisi aku walaupun aku sering ada masalah dengan mereka. Yela, sedangkan lidah lagi tergigit, sedangkan suami isteri bercerai berai, ini kan pula dalam ber'sahabat'. Tapi, aku tetap gembira menjadi sahabat kamu semua. Aku sayang semua sahabat aku dan kawan-kawan yang lain (ada yang kecik hati pulak nanti).
Semoga hubungan kita kekal selamanya. Insya'Allah.

KETUJUH a.k.a TERAKHIR


DIRI SENDIRI. Nur Atiqah atau Cahaya Pilihan yang menjadi nama aku dalam dunia ini atas hasil mak dan ayah aku. Aku sayang pada diri aku. Dulu aku seorang yang agak sempoi dari segi semua aspek tapi kini aku semakin remaja dan seterusanya semakin meningkat dewasa. Aku sudah boleh memikirkan mana yang baik dan mana yang tidak. Insya'Allah atas izinNya. Aku semakin sayang pada diri aku sebagai mana aku sayang pada mereka semua diatas ini. wassalam....




meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...