assalamualaikum..........
mendung langit di luar membuat aku termenung memikirkan ragam manusia. kadang-kala semuanya manis semanis buah kurma tetapi kadang-kala pahit sepahit peria (tak makan sayur, memanglah pahit). hati aku sayu melihat apa yang terjadi sekeliling aku. sedih. kecewa. tetapi aku masih ingat sebuah kata-kata yang aku terbaca semasa menyelongkar blog-blog yang best-best. janganlah kamu berasa kecewa, sedih dan putus asa terhadap apa sahaja yang kamu terima kerana itu semua adalah dari Allah. janganlah kamu berasa marah, benci dan geram kepada apa yang kamu hadapi kerana itu semua adalah daripada Allah. maksudnya, walau apa pun perasaan yang kita hadapi, semuanya adalah daripada Allah. jika kita rasa semua itu, jika kita tak suka semua itu, bermaksud kita juga tidak suka apa pemberian Allah kepada kita. sekurang-kurangnya kita harus bersyukur kerana dalam ramai-ramai hambaNya, kita adalah salah seorang daripada hambaNya yang mendapat ujian dan dugaan. Alhamdulillah.
tetapi
aku manusia biasa. aku juga merasai semua perasaan itu. sedih. itu perasaan aku sekarang. kenapa? sebab aku sendiri tidak boleh mengawal diri aku dari rasa itu.

cikgu Adam dan ustaz Fauzi pernah berpesan pada aku :
"dalam berkawan ni, ada susah dan senangnya. ada gembira dan sedihnya. jangan tinggalkan kawan itu dalam kesusahan sebab dia pernah tolong kita suatu hari dulu dan mungkin suatu hari nanti. jika dia dalam kesenangan, turutlah gembira untuk dia. jangan sesekali menunjukkan kesedihan ketika kegembiraan dia. jika kamu tidak mampu untuk gembira, lebih baik berdiam diri"
terima kasih semua atas persahabatan ini. insya'Allah, panjang umur, kita akan berjumpa lagi semester depan. cuti nanti, jaga diri baik-baik. kalau-kalau teringat aku masa cuti nanti, just give me a call or mcg ok?
have a nice holiday~
dari langit mendung sampai dah turun hujan
baru siap entry aku kali ni. hahahahahaha........
(^_^) chill~
wassalam
No comments:
Post a Comment