sunyi sepi dengan bisikan hati
aku terkenang kau yang berada
dikejauhan....
tetapi setiap kali aku teringat kau
sepantas kilat
aku teringat kepadaNya
Yang Maha Pencipta
alhamdulillah
aku mendapat kau yang amat menjagaku
mengajar aku erti kesabaran
mendidik aku erti wanita solehah...
apabila aku teringat kau
kau mengingatkan aku
kepadaNYA
aku bersyukur dengan
nikmat ini
sungguh indah dunia ini
lebih indah lagi syurga di sana...
aku seperti insan biasa yang
ingin ke syurga menjadi
bidadari paling cantik
secantik Ainul Mardhiah
namun
aku sedar
aku tidak layak untuk masuk
ke syurgaNya,
tetapi aku juga tidak sanggup berada
di neraka ...
aku ingin menjadi bidadari
buat kau
insan yang bernama suami
aku akui kekhilafanku
aku juga insan biasa yang
banyak titik-titik noda
tapi aku yakin
Dia masih menyayangi aku
Dia memberi masa untuk aku berubah
Dia memberi pembimbing untuk aku ikuti
Dia memberi aku iman untuk aku hapuskan
semua coretan hitam
dalam kamus hidup aku
aku berharap
aku masih tidak terlambat untuk
semuanya...
prinsip aku,
cinta yang sejati bukan satu destinasi
ia sebuah perjalanan
yang aku akan harungi bersama dia
untuk mencari cinta hakiki
"aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu"
imam an-nawawi
untukmu
FF
No comments:
Post a Comment