Assalamualaikum... Pernah dengar tak lagu dendangan Irsyadee feat Hafiz Hamidun bertajuk "taubat seorang hamba"??? Aku rasa, ramai yang tahu lagu ini kalau kedengaran di telinga masing-masing. Lagu ni lama dah aku dengar tapi masa zaman-zaman sekolah dulu lah. Mana tak nya, dari tak tahu lagu-lagu nasyid sampai dah boleh hafaz sebabnya setiap petang nak turun makan, mesti Walid Zaid akan suruh pelajar buka lagu-lagu nasyid. Hah, masa hari ahad pun, sambil-sambil bergotong royong kemas dorm, mesti telinga ni didendangkan nasyid. Jadi memang dah sebati dah lagu-lagu nasyid dalam diri aku. Tapi, semakin besar, semakin aku dewasa, aku mencari ketenangan dan hala tuju dalam hidup ini. Dulu aku tak pun dengar nasyid-nasyid ni sangat. Layan lagu-lagu yang hits kat radio je la, tapi sejak akhir-akhir ni, aku lebih cenderung pada nasyid. Bagi aku, nasyid ada pengajarannya yang disampaikan secara lembut.
Eh, cukup-cukup. Aku sebenarnya nak cerita tentang lagu Taubat Seorang Hamba. Ini adalah bait-bait lirik yang sering meniti di bibir aku dan seorang rakan aku (Syahidatul Islamiyah). Aku jadi sayu bila terdengar lagu ini. Insaf. Seperti diri ini terpanggil-panggil untuk menghadapNya.
Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini. Terimalah.....Terimalah.....Terimalah.....Taubatku ini.....
Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini. Terimalah.....Terimalah.....Terimalah.....Taubatku ini.....
Walaupun dengan beberapa perkataan itu hanya sepotong lagu tetapi telah menginsafkan diri aku yang kerdil ini.
Ya Tuhanku, tidak pantas bagiku menjadi penghuni syurga-Mu. Namun, aku tidak kuat dengan panasnya api neraka. Terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar. Dosaku seperti butiran pasir maka terimalah pengakuan taubatku ini Ya Rahman dan umurku berkurang setiap hari dan dosaku bertambah, bagaimana aku menanggungnya Ya Tuhanku, hamba-Mu yang berdosa ini datang kepada-Mu. Mengakui dosa-dosaku dan telah memohon pada-Mu. Seandainya Engkau mengampuni Memang Engkaulah Maha Pengampun Dan seandainya Engkau menolak taubatku, kepada siapa lagi aku memohon ampunan selain hanya kepada-MU Ya Allah.
amin..amin..Ya Rabbal alamin.....
Hayatilah lirik lagu ini
untuk dijadikan pedoman
"TAUBAT SEORANG HAMBA"
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah.....
Terimalah.....
Terimalah.....
Taubatku ini.....
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah....
Terimalah....
Terimalah....
Taubatku ini...
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah....
Terimalah....
Terimalah....
Taubatku ini...
No comments:
Post a Comment