Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Wednesday, April 6, 2011

HATI yg sakit

Assalamualaikum...
Kata orang, jantung bukan hati.
Pada aku, tak semudah itu nak membawa terjemahan bahasa asing ke dalam bahasa ibunda kita. Hati tetap hati. Jantung yang kita fahami yang satu itulah, yang berdegup siang dan malam tanpa henti-henti itu.
Jika qalb itu ada dua makna dalam bahasa Arab, heart pula dalam bahasa Inggeris, begitu juga dengan hati.
Mungkin ya, qalb dan heart itu saling tak tumpah maknanya satu dengan yang lain. Kedua-duanya konsisten membawa makna yang serupa. Yang itulah jantung organ yang dibedah, dipegang, dan dijadikan Allah organ pengepam darah paling bermakna dalam tubuh kita, yang itu jugalah membawa makna hati yang kita fahami sebagai hati nurani dan perasaan kita.
Bukan hati yang hakiki, yang dipanggil liver sekiranya organ itu yang dirujuk.
Hati yang maknawi, yang berkaitan dengan perasaan dan emosi. Cinta dan benci. Suka dan duka.
Hati yang selalu kau sakiti.
Kerana di situlah tempat iman yang paling lemah.
Yang selalu menjadi pilihan kau dan aku tatkala mungkar di depan mata. Atau tatkala kemungkaran itu kita sendiri yang menjadi pembuatnya.
Sedarkah kita bahawa semua itu membuatkan hati itu terus kau sakiti.
Ketika hati disakiti dengan perasaan manusiawi, kesakitan itu mendalam rasanya. Terlalu sakit. Namun, adakah perasaan yang sama tika hati itu kau sakiti dengan mungkar dan maksiat. Kita semua ada jawapannya sendiri.
Gelisah sendiri atau sudah tepu barangkali.
Pastikan hati itu terus gelisah dengan maksiat dan mungkar, itu tanda imanmu masih hidup. Jangan kau terus menyakitinya sehinggga ia mati bersama iman yang lemah itu.

HATI MILIK SIAPA
Tentu bukan milik kita. Apatah lagi tubuh ini pun milik-Nya.
Kepada-Nyalah kita bermohon agar hati yang kau dan aku sakiti itu selalu dirawat dan tidak terus dalam kesakitan.

“Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu dan ketaatan (kepada)-Mu”


TEGUHKAN QALB KAMI WAHAI ALLAH!


(maksudnya): (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (Aali Imran: 8 )


Cukup-cukuplah hati itu untuk terus kau sakiti! Hati ini milik Allah s.w.t. Hanya Dia yang layak menyakiti hati ini. Bukan manusia yang tidak berhati perut. 
Tapi mana mungkin hati ini tidak sakit bila orang yang kita percaya mengkhianati. 
Kau pengkhianat!!!
Terlalu kasar bahasa aku tetapi ini lah yang berlegar-legar di HATI aku. 
Ya Allah, Kau peliharalah hati aku daripada perkara-perkara yang merosakkan. amin....
Kenapa ini yang aku dapat setelah aku penat mempercayaimu wahai manusia. Sungguh! Aku tertipu dengan helah mu. Manusia. Itu lah sifatnya. 


sebelum tidur: 
Bismillahirrahmanirrahim......Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosa aku untuk hari ini dan hari-hari sebelumnya, aku juga telah memaafkan semua kesilapan dan kesalahan mmakhluk-makhluk Mu Ya Rahman Ya Rahim. Kau tidurkan lah aku dalam iman dan Kau bangunkan lah aku dengan iman Mu. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah....amin....

pesanan kepada ayah, mak, along, alang, adik, sayang, cikgu-cikgu, sahabat-sahabat, kawan-kawan, dan semua orang yang pernah mengenali aku: 
maafkan aku atas semua salah dan silap aku. apa yang cakap, apa yang aku lakukan tidak semata-mata untuk menyakitkan hati kamu semua....aku tak sengaja... aku tak terniat untuk menyakitkan hati-hati hak milik Allah. Maafkan aku dunia dan akhirat. halalkan segala-galanya. 
Terima kasih....

No comments:

Post a Comment

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...