Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Sunday, April 3, 2011

~ sayang ~

Assalamualaikum..... 
Nak tahu ranking siapa yang aku sayang??? 
Entry kali ini, aku akan beritahu siapa yang aku sayang. Bukan menunjuk tapi aku nak beritahu siapa kesayangan aku. Supaya jika terjadi apa-apa pada aku suatu hari nanti, entry ini adalah salah satu bukti yang mereka ialah kesayangan aku. Cuma mungkin, aku tak sempat untuk melafazkannya. 

PERTAMA


ALLAH.
Sebagai umat Islam, aku sedar yang aku datang dari-Nya dan aku akan kembali kepada-Nya. Allah yang Maha Suci dan Maha Terpuji. Tiada sesuatu pun di dunia ini, malah di alam cakerawala sekalipun yang dapat menandingi kuasa-Nya. Dia juga Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Aku sedar, aku banyak melakukan kesilapan tapi aku tahu yang Dia sudi mengampunkan aku. Aku sangat bersyukur kerana aku masih lagi hidup untuk merasa segala nikmat-Nya. Alhamdulillah.

KEDUA


MUHAMMAD atau lebih dikenali sebagai RASULULLAH.
Peribadinya menjadi ikutan. Engkau taburkan pengorbananmu untuk semua umatmu yang tercinta. Walaupun terpaksa menempuh derita yang sangat perit. Betapa cekalnya hatimu menempuh ranjaunya. Ya Rasulullah, aku ialah umatmu. Walaupun aku tak pernah melihat wajahmu, aku akan cuba mengingatimu dan insya'Allah, aku akan cuba mengamalkan ajaranmu untuk segala hidupku dan generasiku.

KETIGA


Keluarga yang tiada pengantinya.
AYAH, MAK, ALONG, ALANG, ADIK
Akak nak bagitahu yang akak sayang sangat pada kamu semua.


AYAH, akak nak ucapkan terima kasih atas semua jasa ayah dalam membesarkan akak. Akak nak minta maaf  atas semua salah akak. Halal kan semua makan minum, pakai dan segalanya ye ayah. Akak nak cakap yang akak terlalu sayang pada ayah dan akak tak mahu kehilangan ayah. Akak berdoa dan berharap ayah akan sentiasa bersama keluarga kita. Apa yang dah berlaku, biarlah berlalu. Kita bina hidup yang baru. Hidup yang lebih bahgia. Insya'Allah.




MAK, mak tahu tak yang mak adalah mak terbaik di dunia ini? Akak tak tahu nak cakap macam mana yang akak terlalu sayangkan mak. Akak tak sanggup kehilangan mak. Biarlah akak yang pergi dulu dari mak tapi akak berdoa yangakak sempat menjaga mak dan membalas segala jasa mak. Walaupun akak tahu yang akak tak akan berjaya membalas semuanya. Mak, akak sayang mak!






ALONG, aku nak bagitahu kau yang kau juga along terbaik tapi bukan sahaja di dunia, malah seluruh alam semesta. Along tahu tak yang along tu idola aku? Apa yang aku buat, aku mesti kaitan dengan kau sebab dimata aku, kau seorang yang sangat berjaya. Aku pun nak jadi yang terbaik dan berjaya macam kau. Menjadi kebanggaan mak dan ayah. Aku bersyukur sebab aku dilahirkan sebagai adik kau.



ALANG. akak nak cakap sikit dengan kau ni. Bukan akak tak sayang dengan kau alang tapi kenakalan kau kadang-kadang menghilangkan sabar semua orang. Kau tak sedih tengok mak ayah yang menjaga kita? Kami semua sayang pada kau, cuma kadang kala biasa la, adat menjadi adik, selalu lah kena sakat. Akak nak bagitahu yang akak pun sayang kat alang sangat-sangat. Akak nak tengok alang berjaya dunia akhirat. Ingat alang, tanpa mak dan ayah, kita tak akan ada di dunia ni. jadi akak nak alang belajar betul-betul dan buktikan yang alang juga boleh menjadi anak yang berjaya. Insya'Allah, akak dan keluarga sentiasa doakan alang. Semoga berjaya dengan peperiksaan yang bakal kau hadapi tahu ini.

ADIK, adik tahu tak yang adik akak ni manja sangat? Yela, anak bongsu lah kata kan. Adik kan anak kesayangan ayah dan mak. Akak sayang sangat kat adik tapi adik kenalah belajar rajin-rajin tau. Jangan banyak main dan nakal-nakal. Adik kena jadi lebih baik dari along,akak dan alang. Kami semua akan doakan adik berjaya. Adik kan budak yang pandai dan ensem.


Tak lupa juga kepada semua ahli keluarga aku yang lain. Walau apa pun yang telah terjadi pada masa silam kita, kita tetap keluarga. Insya'Allah.


KEEMPAT


GURU.
Engkau bagaikan pelita yang menerangi hidup aku. Tanpa kamu juga, aku tak akan ada di menara gading ini. Dari tadika sehinggalah aku di menara gading ini, insan yang bernama guru atau pengajar adalah orang yang paling aku hormati. Terima kasih dan aku juga ingin memohon seribu kemaafan kerana kenakalan aku semasa aku menuntut ilmu. Sekarang, aku semakin dewasa dan aku semakin waras dalam menilai baik dan buruk. Semuanya adalah atas tunjuk ajarmu, Guru. Aku sayang pada semua Guru-Guru yang pernah mengajar aku walaupun ada yang sakit hati pada aku. Mungkin dahulu, aku tidak terpikir tapi hari ini, aku ingat semuanya dan aku amat menyanyangi Guru-Guru. Terima kasih kerana tidak pernah lelah mendidik aku.

KELIMA



MUHAMMAD FARHAN. Seorang insan yang hadir dalam hidup aku. Banyak membantu aku dalam mencari erti kehidupan. Aku amat sayang kepada dia dan aku berharap yang aku akan sayang dia sehingga akhir hayat aku. Dia hadir untuk memberi semangat dan tunjuk ajar. Walaupun garang, tapi apa yang dia buat adalah unutk kebaikan aku. Aku sayang dia. Semoga kasih sayang kami diredhai oleh yang Maha Esa. Insya'Allah.





KEENAM
KAWAN-KAWAN atau lebih dikenali sebagai SAHABAT.
Memang mudah mendapat teman tapi tidak senang mendapat sahabat. Dari kecil sehingga lah kini, aku bersyukur kerana aku dikurniakan sahabat yang baik-baik. Alhamdulillah.

nurul + ieja + jun


nana + nadia


shila + xia + linda + hajar + suzi


zima + shareena + feeq + shah


ainie + atul + jma + ainaa


Mereka antara yang terbaik dalam hidup aku tapi tidak bermakna yang lain tidak baik. Mereka sering berada di sisi aku walaupun aku sering ada masalah dengan mereka. Yela, sedangkan lidah lagi tergigit, sedangkan suami isteri bercerai berai, ini kan pula dalam ber'sahabat'. Tapi, aku tetap gembira menjadi sahabat kamu semua. Aku sayang semua sahabat aku dan kawan-kawan yang lain (ada yang kecik hati pulak nanti).
Semoga hubungan kita kekal selamanya. Insya'Allah.

KETUJUH a.k.a TERAKHIR


DIRI SENDIRI. Nur Atiqah atau Cahaya Pilihan yang menjadi nama aku dalam dunia ini atas hasil mak dan ayah aku. Aku sayang pada diri aku. Dulu aku seorang yang agak sempoi dari segi semua aspek tapi kini aku semakin remaja dan seterusanya semakin meningkat dewasa. Aku sudah boleh memikirkan mana yang baik dan mana yang tidak. Insya'Allah atas izinNya. Aku semakin sayang pada diri aku sebagai mana aku sayang pada mereka semua diatas ini. wassalam....




No comments:

Post a Comment

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...