assalamualaikum....
hari ini aku mulakan hidup aku kembali dengan seorang yang bernama cahaya pilihan.
nama yang cukup indah dari mak dan ayah
(berhenti sebentar sambil tersenyum)
nur atiqah
nama yang sudah sebati dengan kehidupan aku.
aku bersyukur dengan nama yang penuh makna dan memberi semangat kepada aku untuk terus bangun menjadi 'pilihan' Allah untuk terus hidup di bumi Nya ini.
alhamdulillah atas segala nikmatNya, nikmat semangat yang hilang dari hidup aku semalam. dan hari ini, aku akan kumpulkan segala semangat aku untuk terus kehadapan.
Ya! kita mesti menghadapi kehidupan kita, bukan lari dan mengelak
kerana itu tidak boleh menyelesaikannya.
Ya Allah, jangan Kau biarkan diri aku hanyut terleka tanpa panduanMu
setelah Kau membimbing aku
aku sesungguhnya pasrah padaMu
bahawa hidup dan mati aku hanya lah untukMu.
bahawa hidup dan mati aku hanya lah untukMu.
Ya Allah, tunjukkanlah jalan kebenaran kepada ku.
Kau suburkanlah jiwa aku dengan keimanan
supaya aku akan lebih bersemangat untuk meneruskan hidup untuk hari ini.
Hanya kepadaMu sahaja Ya Rahman
aku sandarkan harapan.
semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini.
Insya'Allah. jika atas izinNya. tiada yang mustahil.
HIDUP DENGAN PENUH SEMANGAT!!!!!!
No comments:
Post a Comment