Bismillahirrahmanirrahim......
Ya Allah, aku mohon kepadaMu Ya Rahman, Engkau sihatkan lah Mak aku yang sedang sakit. Engkau sembuhkan lah Mak dari penyakit yang menyakitkan dia. Semoga kesakitan yang Engkau beri itu adalah nikmat yang menghapuskan dosa-dosa kecil Mak. Ya Allah, kau jadikanlah aku seorang anak yang solehah supaya aku boleh mendoakan Mak dan Ayah. Kau pulihkan lah tangan Ayah yang sakit itu. Aku tak sanggup melihat kesakitan yang kau berikan kepada mereka Ya Rahim. Kesakitan itu adalah kesakitan aku juga Ya Allah.
Ya Allah, aku merayu kepada Engkau, hanya kepada Engkau aku memohon dan hanya kepada Engkau aku meminta. Kau baikkan lah dan pulihkan lah kesihatan Mak dan Ayah. Sesungguhnya, hanya Engkau sahaja yang boleh menjadikannya. Semoga Kau kabulkan doaku ini.
Amin.....
No comments:
Post a Comment