Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Tuesday, July 12, 2011

kerja..kerja...kerja... CUTI!!!!!!

Fuh2.... adoi, habis berabuk lappy aku ni hah. lama sangat tak bukak. bukan lappy je berabuk, blog aku ni pun dah macam bersarang labah-labah dah aku tengok. lama bebenor aku tak update. yela, sekarang kan aku dah bekerjaya, tu yang bz memanjang. penat ooooo.... hanya Allah je yang tahu betapa penat nya kerja kat restaurant ni ha... tapi dari aku mula-mula masuk kerja, sekarang dah semakin maju. semakin mesra dengan pekerja-pekerja ayam penyet tesco cheng dan tesco malacca city. best je kawan dengan dorang ni just kadang-kadang menyampah sikit. yela.... mana tak nya, mereka ni ada sejenis penyakit yang suka jage tepi kain orang dan memutar belitkan cerita orang. kadang-kadang seronok dengan dorang ni tapi kadang-kadang meluat. yela, cakap masing-masing tak ada insurans kan. hahahaha. mulut aku macam lah ada insurans tapi rasa nya ada kot. hahahaha..... nanti aku check k. 

sekarang ni aku cuti. seminggu sekali je cuti dan cuti ni pun tak tentu yang penting bukan hari sabtu dan ahad sebab sabtu ngan ahad la ramai orang. dulu masa aku mula-mula masuk aku jadi waitress je, layan customer. amik order n hantar makanan ngan minuman pada customer. itu je la tapi sekarang, aku memegang jawatan paling penting kat kedai tu sebagai cashier. yang paling aku tak suka berdepan dengan duit. takot lorh kalau short. siapa nak menganti nya??? mak jugak. hehehe... tapi alhamdulillah, smua berjalan dengan lancar kalau aku yang jage. insya'allah. kalau dulu aku duk depan je sekarang aku dah boleh buat air, jage bar, dan suruh duk kitchen pun aku boleh. yela, dah dekat 2 bulan kerja, tak kan lah tak belajar kan. banyak yang aku belajar dalam pengurusan restaurant ni tau. kalau kat universiti aku belajar teori je, kat sini aku cuba practickan balik. business, account, customer management, company management dan banyak lagi lah. aku nak dedicated ribuan terima kasih pada semua staff-staff lama kat ayam penyet ni sebab banyak mengajar aku bagaimana nak uruskan perniagaan. banyak yang aku belajar dan aku tak kan sia-siakan semua ni. 

tapi, dalam banyak-banyak cerita di ayam penyet kan, satu cerita yang mungkin aku tak akan lupa ialah kehilangan misteri yang belaku di ayam penyet. duit sale, duit-duit staff, dan enset pun boleh hilang. tu yang pelik. selidik punya selidik, rupa-rupa nyer "benda" tu yang buat kerja. dia milik salah seorang staff perempuan di kedai tu. *tiba-tiba meremang bulu rome aku... budak tu tak tahu pun "benda" tu ikut dia sebab "benda" tu kepunyaan bapa dia. "benda" tu ikut dia tanpa dia sedar so semua kehilangan ini adalah berpunca dari "benda" yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. kesian dia sebab bapa, dia yang menjadi mangsa. tapi kami semua tak salah kan dia sebab dia mangsa keadaan. ntah la. antara percaya atau tidak, itu kuasa Allah kan. kita kena percaya bahawa ada makhluk lain yang wujud selain manusia di muka bumi ini. tapi apa yang terjadi di tempat kerja aku ini membuat aku lebih dekat dengan Dia Yang Maha Mengetahui. aku berharap perkara ini tak akan berulang kembali. aku nak kerja dengan aman dan gembira walaupun banyak masalah setiap hari. hahaha. biasa lah, ramai staff yang kerja tu kebanyakan nya usianya bawah-bawah aku je. cuma 3 orang yang dah 30 an. so, aku rasa, perangai yang kebudak-budakan tu telah menjadi pengaruh yang kuat. mereka mungkin belum puas erti kehidupan remaja dan baru nak membesar dengan dunia yang bebas. kadang-kala dunia yang bebas, yang mereka kerja itu adalah sementara dan pemusnah untuk mereka. biarlah apa yang terjadi ini menjadi pengajaran kepada aku dan yang lain. semoga, semuanya akan berjalan lancar dan kembali tenang. insya'allah.


tak sabar nak raya dan kembali ke UMP
penat lah kerja
*keluhan hati yang penat bekerja*
hehehehe

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...