Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Saturday, August 27, 2011

amboi....

ceh.....tiba-tiba post aku tak ada kena mengena dengan entry aku. hahaha.... aku tak sempat nak post entry pasal puasa tiba-tiba ku nak post entry dah nak raya kan.... apa punya blogger la aku ni. tak update langsung. banyak sebenarnya kisah-kisah tauladan yang aku nak update sepanjang aku cuti ni tapi  keadaan aku yang asyik keletihan ni buat aku malas nk menaip. (kalau dah malas tu, malas juga lah..hehehe...) bukan apa, rumah aku pun beru siap di'renovate' jadi banyak lah barang yang nak kena kemas. dan yang penting bilik aku dah lawa dah sekarang ni. bilik seorang budak perempuan. kejap-kejap.... budak ke??? ok salah kot, bilik seorang remaja perempuan. nak tengok??? nanti lah esok ke, aku masukkan gambar. hahaha.....(kalau ingatlah.. hehehe...) lagi 3 hari je dah nak raya. sebenarnya aku sedih nak meninggalkan bulan yang barakah ni. bukan nak cakap aku ni baik sangat tapi aku suka suasana bulan mulia ni. mengingat dan mendekatkan diri kepada Maha Pencipta, membuat aku berasa tenang walaupun berjuta masalah yang datang. itu lah manfaat bulan Ramadhan ini. moga-moga Ramadhan ini bukan lah Ramadhan terakhir buat aku dan orang-orang yang aku sayangi. Insya'Allah. 

3 hari je lagi Syawal akan menjelma. amboiiii... macam-macam persiapan yang dibuat oleh seluruh umat Islam. ada yang beriya-iya, ada yang bersederhana dan ada juga yang hanya mengucap syukur  ke atas kemenangan umat Islam selama sebulan berperang menahan nafsu diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang dilarang olehNya. keluarga aku tidak terkecuali dalam persiapan hari raya tapi aku dapat rasakan raya tahun ini hanyalah bersederhana. alhamdulillah, aku bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan. tapi ada satu benda aku tak puas hati ni...



awal-awal puasa
aku : mak, tahun ni akak ada kat rumah, boleh lah tolong buat kuih raya kan...boleh buat banyak-banyak
mak : mak rasa tahun ni tak payah la buat kuih raya...
aku : kenapa pula mak???
mak : ala, kita buat yang goreng-goreng je. kuih cempeyek, kuih ros, kacang-kacang.... dah lah. yang lain-lain tu, beli je kerepek. malas lah nak buat tahun ni
aku : ikut mak lah.... (dalam hati....ala, tak best lah...walaupun aku selalu merungut kalau kena buat kuih raya tapi aku suka. seronok makan hasil titik peluh kita.... hahahha.....)

hari ke-27 Ramadhan
mak : mak rasa mak nak buat lah kuih sarang semut sikit. adik suka makan kuih tu. asyik suruh mak buat je. lagipun anak maklong kau, anak makdak kau semua suka kuih sarang semut tu. kita buat sikit la eh kakak.
aku : aikk....nak buat pula. hari tu beriya tak nak buat.... hahaha.....
mak : mak memang malas nak buat tapi tengok lah adik kau tu, nak kuih sarang semut je.
aku : ala, ada semut tu, ambik la dengan sarang-sarang dia sekali


hahahahaha...sempat kan aku melawak. tengok...tengok....last minute macam ni pun ada. sabar je lah mak aku ni. kalau buat awal-awal kan dah senang. hahaha. mak, mak.... seribu satu alasan. aku tahu, sebenarnya mak aku nak buat juga semua kuih-muih yang selalu kitaorang buat setiap tahun. lebih kurang 5 hingga 6 jenis lah tapi mak aku tak buat sebab sibuk dengan rumah yang baru siap ni. hehehe. akak kan anak mak, mesti lah akak tahu mak..... jangan marah ye mak......

hah...macam-macam kan. family aku memang selalu nya last minute.... tambah-tambah bab raya ni. tapi aku memang suka macam ni, tak payah nak sibuk-sibuk pikir nak raya masa awal-awal puasa. hehehe. ok lah, sampai di sini saja untuk entry kali ini..... bye2 (^_^)

p/s: kena rehat dengan cukup, esok kena buat kuih ni....... hahahaha

Friday, August 5, 2011

kalau dah tak de kerja :)

assalamualaikum...... aku ngah kerja ni kat Ayam Penyet AP Tesco Cheng, Melaka. asal lak entry aku tak ada kerja kan??? sebab sekarang ni kan bulan Ramadhan aL mubarak, mana la ada orang melayu nak makan siang-siang hari ni kan..... kalau makan juga memang 'mintak' la kan. silap-silap hari bulan kena naik van jenazah. hahahaha.... kalau ada yang datang makan pun orang non-muslim n take away. orang bukan Islam la.... kalau orang Islam yang makan memang aku pun terkejut beruk... beruk je la yang terkejut macam tu, aku tak. so, memang tak ada kerja la datang kerja ni. duduk dan on9 menggunakan wireless secret recipe sebelah. dedicated untuk secret recipe ye sebab membenarkan aku on9. hahaha... tu la AP ni, bila la nak maju ni, pasang la wireless sendiri, tak da la aku meminta simpati nak pakai wireless sebelah kan. bosan sebenarnya ni. dengan kaki aku yang sakit akibat terkena air panas, aku tak boleh pakai kasut sebab luka yang teruk. jadi aku kerja pakai selipar je la. hahahahaha.... best kerja kat sini sebab ada kawan-kawan yang happening. time happy-happy ley la aku join tapi bila dah melibatkan personal life aku tak suka sangat la. yela, nanti aku terlibat... don't want!!!!! baik aku tak payah ambil tahu. pergi dan balik kerja, happy go lucky...lalalalala.... ceh, dah macam cartoon lak kan. hehehehe.... aku tak sabar nak 25hb Ogos ni sebab itu adalah hari terakhir aku kat sini. macam-macam perasaan ada. kadang-kadang bila pikir balik happy, bila pikir lagi sedih pun ada sebab aku happy dengan friendship bebudak ni walaupun sejuta masalah dan ragam.....hahahahaha.... ok la, dah macam-macam aku merepek ni, nanti aku masukkan pula gambar kat ayam penyet ni dengan kawan-kawan ye. banyak tau... wait n see!!! bye2

assalamualaikum....

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...