Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Sunday, December 4, 2011

baru balik

assalamualaikum...... sebenarnya baru menjejakkan kaki kat tanah UMP ni.... penat~ tu je perkataan yang terluah tapi dalam keadaan penat yang menggila tu, ada satu perasaan yang lebih dalam iaitu perasaan bersalah pada semua geng group assignment aku sebab aku terpaksa balik rumah dan aku terpaksa meninggalkan semua kerja pada mereka. 

PERASAAN SERBA SALAH

adoi..aku ni dah lah tak pandai nak cakap macam mana. aku tanya atul tapi dia pun buat dek je, so aku tunggu je la. aku dah tak tahu hujung pangkal. serba salah sangat aku ni. aku sanggup je tak tidur malam ni sebab siapkan kerja tu. aku tahu aku bersalah tapi aku juga tersepit dengan family aku. aduhhh.... ni susah ni. kenapa lah lecturer tu nak kerja tu esok. kan dah buat aku rasa DOWN yang teramat sangat. ok lah, aku nak sambung buat kerja aku, hopefully semua nya akan siap seperti di rancang....insya'Allah.

~gadis serba salah~

Thursday, December 1, 2011

isteriku

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.



romantik tak? memang lah sebab puisi ini adalah dari Zahiril Adzim kepada isterinya, Shera Aiyob. see, boleh leleh air mata kalau lelaki baca kan pada perempuan ni..... maksud aku, suami kepada isterilah. bukan pasangan kekasih~ hehehe...belum tiba masanya lagi tu....

p/s: puitis~ ^_^

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...