Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Friday, October 25, 2013

setelah sekian lama

assalamualaikum... setelah sekian lama aku tinggalkan blog ini, tiba2 aku rasa rindu untuk menulis kembali. membaca semua entry2 lama aku membuat aku sedih. suka duka aku luahkan di sini. dari mula aku masuk universiti sampai sekarang aku sudah pun menghabiskan pengajian aku selama 4 tahun di UMP. Alhamdulillah. tak ada kata seindah bicara untuk aku luahkan bertapa gembiranya hati ini dengan diri sendiri. hanya Allah yang mengetahui apa rasanya dan aku bersyukur kerana aku masih boleh kecapi nikmat kejayaan ini.

jadi bermulalah kisah kerjaya aku. memang sekarang ni aku buat 'part time' sebagai cikgu tuisyen. home tutor. maksudnya memang aku pergi rumah ke rumah untuk mengajar anak murid aku tu. manja betul anak2 zaman sekarang ni sebab nak ilmu tak perlu cari, cikgu yang datang rumah. betapa ibu ayah mereka ingin melihat anak mereka berjaya. Masya'Allah. banyak juga subjek yang aku ajar, Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Prinsip Akaun, Matematik Tambahan, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. walaupun sebagai cikgu tuisyen tapi aku rasa tanggungjawab yang besar aku pikul untuk kecemerlangan budak-budak tu. nampak! bukan senang nak jadi cikgu. bukan senang nak pikul tanggungjawab ini dunia dan akhirat. dan yang paling tak puas hati, aku pula yang kena buka buku belajar balik. sekolah rendah aku tak ada masalah tapi kalau dah namanya Matematik tambahan dan Prinsip akaun mahunya aku tak kena buka buku. aku study mengalahkan budak nak SPM je tahun ni. sabar je la. itulah antara dugaan dan cabaran seorang guru.

banyak lagi kisah hidup aku ni. tak tertulis dan tak tahu nak tulis mana satu dulu. kalau aku tak sibuk boleh lah aku update entry lain. takut lepas ni aku sibuk sebab dah ada kerja kan. hahaha. mungkin aku ni workaholic jugak lah sebab kalau dah kerja tu tak ingat benda lain, yang aku ingat makan minum tidur dan kerja. harapan aku, aku ingin menjadi seorang insan yang disegani dengan kerja aku. aku nak hidup aku berjaya dunia dan akhirat. berjaya dalam mengejar kerjaya. bila dah sampai tahap sekarang ni tiba-tiba aku macam dah tak ada cita-cita pula. hahaha. pelik aku dengan diri aku. aku nak jadi apa. aku nak buat apa. aku pun tak tahu. yang penting aku nak kerja dan keluar dari belengu seorang penganggur. semoga bertemu kita di entry yang lain. 

wassalam

No comments:

Post a Comment

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...