Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Tuesday, October 29, 2013

setiap yang hidup PASTI mati


Assalamualaikum semua...


sayu hati ini apabila membaca whatsapp daripada seorang sahabat bernama Nafisah pada 26/10/2013

"pusha dah xde mak"

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Perkataan pertama meniti di bibir ini tatkala air mata sudah pun menitis di pipi. Ya Allah, sungguh berat dugaan Mu terhadap sahabatku ini. tanpa berfikir panjang aku terus mencari Ump Nafisah di dalam contact list aku dan dail




"pusha" hanya itu sahaja yang mampu aku lafazkan ketika hati aku sebak mengenangkan dia
"mak dah tak ada" sambil terdengar esakkan yang sukar dibendung lagi
"sabar ye pusha" hanya itu mampu aku katakan ketika ini
"bila mak menghembuskan nafas terakhir?" aku cuba tabahkan hati meneruskan perbualan
"baru je kejap tadi"

perbualan terpaksa diberhentikan. aku faham ketika ini banyak urusan dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh pihak keluarga. aku berteleku sebentar di tepi katil sambil termenung. Ya Allah, jika ini terbaik buat sahabatku, berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

alhamdulillah, aku dan beberapa orang rakan selamat tiba di Pasir Gudang, Johor untuk menziarahi keluarga sahabat. Sebak. hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan di dalam hati ini tetapi harus ditahan. aku dan sahabat yang lain memeluk pusha sambil memberikan ucapan takziah dan kata-kata semangat. kami menahan air mata kerana jika kami menangis, pusha mesti bertambah sedih. bukan senang untuk menahan sebak di hati. bukan mudah untuk menutupi rasa hati ini. tapi ketabahan dan kekuatan itu hadir ketika kami bersama. Alhamdulillah, pusha juga seperti dapat merasakan apa yang kami ingin sampaikan.

Pusha,
Pusha harus ingat, yang hidup pasti akan mati. yang hidup harus meneruskan kehidupan. Arwah tak akan rasa gembira jika semua anak-anaknya bersedih di atas pemergiannya. Pemergiannya bukan sekadar hilang di dunia ini, ini adalah tanda kasih sayang Allah kepada arwah ibu. Allah lebih sayangkan ibu. Pusha harus terima ini sebagai ujian untuk membuat Pusha lebih kuat selepas ini. Pusha, sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya di luar batasan kemampuan hambaNya itu untuk menghadapi ujian dan dugaan yang diberikan. Insya'Allah, ibu akan berada bersama orang-orang yang soleh dan solehah. Sekarang ini apa yang Pusha harus buat ialah menguatkan diri, memberi semangat kepada ayah dan adik beradik yang lain. Tiqa tahu yang Pusha boleh lakukannya. Jaga kesihatan. Ingat Pusha, apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya. Jadi, berdoalah untuk arwah ibu. Pasti arwah ibu akan berasa tenang di sana. insya'Allah.

YA, setiap yang hidup PASTI mati. itu janji Allah kepada semua makhlukNya. bukan mudah untuk menghadapi dugaan ini tetapi itulah yang harus kita harungi bersama orang yang tersayang. betul! cakap memang senang sebab aku sendiri tidak tahu sama ada aku boleh menghadapi ujian sebegini jika mak dan ayah tiada. aturan Allah itu indah. ada sebab dan hikmah mengapa sesuatu itu terjadi tetapi kita harus yakin dan redha dengan takdir yang telah ditetapkan. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuannya jadi yakinlah bahawa setiap ujian dan dugaan yang diberikan itu mampu untuk kita hadapi. Jika kita menghadapi ujian, bukan besar atau kecil ujian tersebut diambil kira tetapi bagaimana cara kita menghadapi dan mengambil iktibar daripada setiap kejadian itu.

Ada rahsia di sebalik setiap ujian yang Allah berikan kepada kita. Allah memiliki alasan mengapa Dia menurunkan ujian kepada hamba-hambaNya. Allah bukan saja-saja nak bagi ujian pada kita. bila, siapa, dimana, bagaimana, mengapa. itu semua urusan Allah tetapi kita sebagai hambaNya, terima dan redha. kita harus bersiap sedia. setiap kejadian itu ada sebab dan hikmahnya. sungguh indah aturan Allah untuk makhlukNya. aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar Allah memberikan aku kekuatan untuk menghadapi ujianNya. Amin. 

"Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku, serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku sewaktu kecil"


Al-Fatihah buat Rasul junjungan kita, 
Nabi Muhammad SAW
Al-Fatihah buat para sahabat
Al-Fatihah buat semua umat Islam
Al-Fatihah buat ibu Nafisah
Al-Fatihah

3 comments:

  1. Replies
    1. ini luahan dari hati ini... semoga nafisah faham apa yang tiqa cuba sampaikan... ini juga peringatan buat diri tiqa jugak.....

      Delete
  2. terbaca lagi sekali... sedihlah... (T_T)

    ReplyDelete

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...