Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Monday, December 15, 2014

Hikmah

Tatkala hidup ini diharungi
Terlalu banyak kejadian yang terjadi
Kadang kala rasa macam tak masuk akal
Rasa seperti tidak adil
Hati kecil ini sering berbicara
Kenapa aku?
Kenapa semua ini terjadi?
Kenapa tidak pada orang lain?
Terlalu banyak kenapa
Terlalu banyak persoalan
Yang aku sendiri tak boleh huraikan

Kosong
Aku rasa tin kosong yang dibuang juga berguna
Ada nilai jika dikumpul dan dijual
Pemungut tin juga mendapat manfaat dengan tin kosong
Lihat!
Siapa kata tin kosong tidak berguna?
Ketika kita berkata tin kosong tidak berguna,
Orang lain mendapat manfaat dengan tin kosong itu
Demi menyuap sesuap nasi ke mulutnya

Ketika terlalu banyak soalan di dalam kotak fikiran ini
Ketika aku cuba huraikan satu persatu
Ketika aku persoalkan aturanNya
Ketika aku cuba menolak takdir yang disusun 
Aku sedar aku telah jauh dari landasan Dia

HIKMAH

Tidak semua orang dapat melihat 
Mata manusia tidak dapat melihat sesuatu yang buruk sebagai hikmahNya
Manusia hanya melihat sesuatu yang baik dan indah sebagai hikmah
Tapi aku silap
Walaupun kejadian dan aturan Dia tidak seindah yang diharapkan
Itu adalah Hikmah
Bila mana aku rasa takdir Allah itu salah
Itu adalah Hikmah
Dia tidak pernah salah dan silap
Hikmah itu adalah untuk aku
Cuma aku tidak pandai menilai

Kini, 
Aku redha dan faham
Apa itu hikmah yang telah Allah aturkan dalam hidup aku
Kelak, aku kena terima apa sahaja tanpa persoalkan
Tanpa pertikaikan
Kerana Allah hanya menduga kepada hamba yang masih disayangiNya
Kerana aku tahu Dia masih ingat pada aku yang kerdil ini....



Luahan hati,
Teyqa_Rahim




No comments:

Post a Comment

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...