blog siapa yang macam tak bertuan tu? aishhh...ada ke patut buat blog macam tu, bila nak datang, tak nak tinggal-tinggalkan....ingat blog ni apa???
ceh, yang aku marah sangat buat apa kan, blog aku sendiri lah... apa lah aku ni kan? bukan saja tinggal-tinggalkan... kan ada pepatah melayu mengatakan "sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan" jadi aku tinggalkan lah blog ini sebentar kerana aku sangat lah sibuk sampai aku lupa nak update.... padahal cerita aku ni, berjela-jela cuma aku tak sempat nak berkongsi... aku sibuk melayan facebook dan twitter. sebenarnya facebook pun aku tak layan sangat juga, sekadar melihat-lihat aktiviti kawan yang lain dan aku mempunyai laman social yang baru iaitu google+ yang fungsinya hampir-hampir sama dengan facebook cuma di g+ ni tak ramai kawan lah....
aku nak share macam-macam ni tapi tak tahu nak mula dengan apa. sampai dah tak tahu nak update apa... owh, malam ni ada perlawanan antara Malaysia vs Indonesia. pasukan harimau muda yang akan menentang garuda pada malam ni betul-betul buat aku cuak. harap-harap menang lah... aku akan update keputusan perlawanan malam ini.... mari kita sama-sama doakan semoga pasukan harimau muda negara kita akan menumpaskan garuda yang ingin terbang jauh... insya'Allah dengan berkat doa dari semua penduduk Malaysia, kita boleh melakukannya...
Malaysia Boleh!
Malaysia Boleh!
No comments:
Post a Comment