Assalamualaikum...
hah! ini lah konon-kononnya nak update blog setiap hari walaupun sikit-sikit tapi bila datang kerja yang bertimbun akibat last minutes, desakan kemalasan yang bercambah dalam diri ini, cahaya pilihan ini lah yang jadi mangsa bila semua itu menguasai diri. walhal, banyak sangat-sangat benda yang mau diceritainya....
ceh, tetiba jadi indon lak aku kan. hehehe...
ok..ok... ni azam baru lah konon, walaupun dah 9hb, tak ada apa-apa makna untuk diri aku sebab aku tak merasai permulaan tahun ini dengan baik.
sebenarnya, ni semester aku yang terakhir buat 4 tahun pengajian aku sebelum aku meneruskan semester untuk latihan industri. sedih? gembira? tak dapat aku gambarkan kerana banyak perkara yang perlu aku fikirkan sebelum aku tinggalkan tempat ini. atau mungkin aku belum merasainya kerana aku masih terdampar di bumi pahang ini dengan keadaan yang tak berapa produktif sebab tanpa kelas dan exam, aku hanya perlu siapkan report final year aku. dan dengan ikhlas dan jujurnya, aku malas nak siapkan. ok, bye!
ni kalau supervisor aku baca mesti aku kena panahan petir sehingga boleh mengundang maut. hahaha...
p/s: nantikan semua cerita yang sepatutnya aku cerita kan. mana yang aku ingat je la ye. ikut mood juga sebab konon-konon nak post tapi terbengkalai je. hehehe
budak yang konon-konon :p
No comments:
Post a Comment