Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Tuesday, May 1, 2012

AKU TERKILAN !

aku manusia biasa
yang punya hati dah perasaan
jujur aku katakan aku terkilan 
amat-amat terkilan
atau kata lainnya aku terasa hati dengan 
kamu semua...

aku dan kawan-kawan
bukan sebahagian daripada kamu ke???
atau 
kami ini yang tak perlu ada dalam kelas tu???
pendapat kami tak boleh diterima pakai???

ya!
kita kena positif tapi 
jika kamu semua negatif terhadap kami
perlu ke kami positif???

aku penat 
sebab aku rasa tersisih
kami terpinggir daripada kamu semua....
tak semua perkara perlukan pendapat semua orang???
tapi kenapa tidak ada seorang pun daripada kami
diberi hak untuk bersuara?

pernah kamu semua tanya apa yang terbuku dihati kami?
pernah kamu semua tahu apa masalah yang kami hadapi?
kami terlalu menjaga kamu semua sehingga diri kami sendiri terkorban
kami back up kamu semua tapi ini balasannya?
kalau aku tahu ini bakal terjadi, dari mula lagi aku dedahkan....
tapi aku dan kawan-kawan bukan sekejam itu

jangan kerana masalah kamu, kami terkena tempiasnya
jangan pentingkan diri selagi kamu tidak tahu 
hujung dan pangkalnya
jangan menjadi kejam dengan menghukum kami
tanpa usul periksa
Tuhan marah...Allah murka...

wahai manusia
jangan kamu siksa aku begini
aku anggap semuanya kawan aku
tapi jika ini balasan kamu semua
aku undur diri demi kepuasan hati kamu......

berani kerana benar, takut kerana salah
buktikan ini kepada aku
jika aku salah
jika benar aku dan kawan-kawan aku salah
tampil dan bentangkan segala bukti
berikan kami kebenaran
jangan kamu bermuka-muka
itu pantang aku

inilah yang dinamakan takdir
ada hikmah disebaliknya
baik dan buruk itu rahsia Yang Maha Mengetahui
kita tak boleh ubah
semoga kamu semua gembira dengan apa yang terjadi...
aku doakan semoga semuanya berjaya
dunia dan akhirat

hanya satu pinta ku
aku sentiasa doakan kejayaan semua
tak ada istilah pentingkan diri...
tak tahu tanya
bukan menilai melalui luaran kami
senyum dan tawa bukan bererti tiada masalah

"don't judge a book by its cover"


gadis terkilan,
aku







8 comments:

  1. Replies
    1. sabar je ni.... tapi rasa tertindas la kawan....hehehe

      Delete
  2. same2 bersaba yer.. jgn sedeyh2... bia jer la.. xsemua y phm dan tahu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sampai bila mereka nak buat2 xpaham....sekurang2nya bincang dulu.....xpe lah, benda dah jadi....

      Delete
  3. semoga sinar kebenaran akan terbentang.bukan aku cakap kita betul, aku tahu kita pun ada khilaf dalam hal ni. sekurang-kurangnya khilaf tu disampaikan supaya perubahan dapat dilakukan.bukan disembunyikan daripada perkara sebenar. bukan di anaktirikan seolah-olah kita bukanlah berada dlm komuniti tersebut. sedangkan aku bertanya pada yang berkenaan pun tak ada yang jawab dgn jujur segala persoalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.... semoga semuanya berakhir. sama-sama kita berdoa semoga ini adalah dugaan untuk kita agar menjadi lebih baik. insya'allah....

      Delete
  4. andai mereka rasa apa yang kita rasa. mungkin ada hikmat atas apa yang terjadi. Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu. relakanlah saja ini bahwa semua yg terbaik, terbaik untuk kita semua. ♥

    ReplyDelete
  5. senyum diluar tak bermakna senyum didalam.... jangan ketepikan orang hanya kerna luaran... Jangan propa e2 yg utama...hidup ini umpama roda, mungkin hari ini hari kita berada dibawah... insyaAllah perancangan Allah itu yang berbaik..yang penting kita redha dengan apa yang berlaku...Aku tahu kawan2 aku sumenyer kuat dalam menghadapi ujian dan dugaan... mungkin ini catalyze untuk kita semua berjaya melebihi yang laen...

    ReplyDelete

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...