Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang terlalu cantik daripada Dia, yang kadang kala mata hati seorang manusia tidak mampu melihatnya... Bersabar dan teruskan bersabar... Jangan mempertikaikan aturan Allah yang sangat indah kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, maka takdir yang tertulis sudah semestinya yang terbaik untuk kita. Insya'Allah...

Wednesday, May 2, 2012

kawan

assalamualaikum..hai! mulakan hari ini dengan senyuman
(ceh, nampak sangat tak ikhlas patung ni senyum)

meh tengok aku senyum pula

dah iklan colgate lak ni..hehehe

saja nak post entry pagi-pagi ni...
khas buat kawan-kawan 
yang masih di sisi
walaupun susah dan senang

bagi yang pernah berkawan dengan aku
aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu semua
tipu aku cakap kalau aku tak ada rasa sayang pada persahabatan kita
namun, ini hakikat yang harus aku terima
terima kasih atas segala pengalaman yang telah kamu semua berikan
kenangan yang mungkin aku tak akan lupakan

buat kawan-kawan yang masih di sisi
mari kita teruskan perjuangan ini walaupun payah
walaupun banyak dugaan di hadapan kita
lupakan segala kesusahan kerana kita harus tabah menghadapinya
senyum
 ketawa
mengalah bukan erti kita kalah
kita cuba menjadi dewasa demi kebaikan bersama
terima kasih kerana masih berada di sisi aku
untuk meneruskan perjuangan 
di sini

semoga persahabatan ini berkekalan....
janganlah kita bersedih kerana ada insan lain yang lebih teruk dari apa yang kita alami

Kawan - Hijjaz

untuk kawan-kawan


Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan





4 comments:

  1. jangan pernah menyesal untuk berkawan.itulah harta berharga selain keluarga.tanpa kawan, susah untuk belajar erti hidup.terima kasih kawan mengajarku duka dan gembira, senyum dan tawa, kasih dan benci. semoga semua kawan berbahagia dgn haluan yg dipilih :)

    ReplyDelete
  2. itulah lumrah dunia...manusia tidak akan lari daripada masalah. apa2 pun bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. semoga ini menjadi pengajaran yang berharga buat kita dan orang lain....

    ReplyDelete
  3. Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi, hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik-baik saja. =)
    ailebiuuuu ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebjuu kamu juga....hehehe....
      (^_^) ok, senyum dah ni....

      Delete

meh la click kejap... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...